Julian Weigl (lahir 8 September 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman.[1]

Julian Weigl
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-09-08) 8 September 1995 (umur 28)
Tempat lahir Bad Aibling, Jerman
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 33
Kerjaya remaja
2001-2006 SV Ostermünchen
2006–2010 1860 Rosenheim
2010–2013 1860 Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2014 1860 Munich II 23 (0)
2014–2015 1860 Munich 38 (0)
2015– Borussia Dortmund 39 (0)
Pasukan kebangsaan
2013–2014 Jerman B19 4 (0)
2014–2015 Jerman B20 10 (1)
2015– Jerman B21 5 (0)
2016– Jerman 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:56, 15 November 2016 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:56, 15 November 2016 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

1860 Munich sunting

Weigl melakukan penampilan pertamanya di 2. Bundesliga pada 14 Februari 2014 ketika menentang Ingolstadt. Beliau menggantikan Yannick Stark pada minit ke-66 yang berkesudahan pasukannya tewas 2-0.[2] Beliau seterusnya beraksi 14 perlawanan liga dalam musim pertamanya bersama pasukan senior TSV. Pada perlawanan pembukaan musim 2014–15 menentang Kaiserslautern, Weigl pada usia 18 tahun menjadi kapten pasukan TSV. Justeru itu, beliau menjadi kapten termuda dalam sejarah kelab 1860 Munich. Selepas perlawanan kedua liga, Weigl telah disaman dan digantung bersama rakan sepasukannya, Vitus Eicher, Daniel Adlung dan Yannick Stark. Keempat-empat pemain tersebut telaah mabuk pada lewat malam dan dalam keadaan tersebut, mereka berbicara perkara-perkara negatif mengenai kelab mereka. Jawatan kapten pasukan telah diserahkan kepada Christopher Schindler.

Borussia Dortmund sunting

Selepas musim 2014–15, Weigl berpindah ke Borussia Dortmund dan beliau menandatangani kontrak meletakkan beliau di kelab itu sehingga tahun 2019. Julian Weigl melakukan penampilan sulungnya untuk Dortmund pada 15 Ogos 2015 ketika menang 4-0 menentang Borussia Mönchengladbach. Beliau kemudian melakukan penampilan pertama di Liga Europa sebulan kemudian ketika beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-60 semasa menentan FC Krasnodar. Weigl menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund ketika menentang Sporting Lisbon pada perlawanan Liga Juara-Juara menerusi jaringan luar kotak penalti sekali gus menjadi gol kemenangan buat pasukan Dortmund.

Kerjaya antarabangsa sunting

Weigl mula mewakili Jerman di peringkat belia ketika mewakili negara tanah airnya ke kempen kelayakan Kejohanan Eropah bawah-19 2014 yang akhirnya Jerman menjuarai kejohanan tersebut. Sejak Ogos 2014, beliau sebahagian daripada pasukan bawah-20 Jerman. Pada 13 Oktober 2014, Weigl menjaringkan gol antarabangsa pertamanya yang berkesudahan seri 1-1 menentang pasukan bawah-20 Belanda. Weigl melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 Jerman pada 3 September 2015 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Denmark. Beliau seterusnya beraksi untuk pasukan senior dalam perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Biarpun tewas 3-1, beliau disahkan termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Euro 2016 dua hari kemudian.

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 15 November 2016
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  1860 München II 2013-14 23 0 23 0
  1860 München 2013–14 14 0 0 0 14 0
2014–15 24 0 1 0 1 0 26 0
Jumlah 38 0 1 0 0 0 1 0 40 0
  Borussia Dortmund 2015–16 30 0 5 0 16 0 51 0
2016–17 9 0 1 0 4 1 14 1
Jumlah 39 0 6 0 20 1 0 0 65 1
Jumlah kerjaya 39 0 6 0 20 1 0 0 65 1

Nota sunting

  1. ^ Termasuk Pusingan Play-off Penyingkiran

Catatan sunting

  1. ^ "Germany - J. Weigl - Profile with news, career statistics and history". soccerway.com. Dicapai pada 6 September 2014.
  2. ^ name="soccerway2">"FC Ingolstadt 04 vs. 1860 München 2-0". soccerway.com. Dicapai pada 6 September 2014.