Juliana Evans

Pelakon dan pengacara Malaysia

Che Puan[2] Juliana Sophie binti Johari Evans (lahir 5 Julai 1989)[a] ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.[3]

Juliana Evans
Juliana Evans sebagai Natrah.jpg
Juliana ketika melakonkan watak sebagai Natrah.
KelahiranJuliana Sophie binti Johari Evans
(1989-07-05) 5 Julai 1989 (umur 30)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
KediamanBangsar, Kuala Lumpur
PekerjaanPengacara, pelakon, model
Tahun aktif2001–kini
Ketinggian5 ft 5 in (1.65 m)
Berat106 lb (48 kg)
PasanganTengku Shariffuddin Shah[1]
(k. 2017)
Anak1
SaudaraIsabelle Evans (kakak)

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.[4] Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya. Kini, bakatnya semakin terserlah dalam beberapa drama dan filem lakonannya.[5][6]

Kehidupan awalSunting

Juliana dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor kepada bapanya yang berketurunan Inggeris dan ibunya berketurunan Melayu. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, kakaknya ialah Isabelle pernah menjadi pengacara di TV Pendidikan.

Beliau belajar di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di universiti tersebut selama dua tahun. Beliau juga telah mengambil cuti selama tiga bulan untuk berjumpa keluarga, berlakon serta menyambut raya bersama saudara-maranya.

KerjayaSunting

Ketika berusia 11 tahun, Juliana Evans menjadi pengacara rancangan E-zone yang bersiaran di Astro Ria. Beliau juga pernah muncul dalam filem dokumentari pendek Hapuskan Aedes, Cegah Denggi terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2002.

Pada tahun 2007, Juliana menjayakan watak sebagai Sofie dalam drama muzikal bebas 8TV, KAMI - The Series. Ia turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Nas-T, Syarul Ezani dan Ani Zayanah. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada 2008, ia menjadi filem pertama lakonannya.[7] Pada tahun sama, Juliana muncul dalam drama Kasut Tumit Tinggi, memegang watak sebagai Mai.[8]

Dalam tahun 2010, Juliana menjayakan watak utama sebagai Cendana dalam drama fantasi Sayang Cendana.[9] Beliau merupakan salah seorang pelakon utama filem drama sukan Hooperz arahan Rosihan Zain, dalam filem ini, Juliana melakonkan watak Nino.[10]

Beliau memegang watak sebagai Natrah, seorang gadis Belanda yang dipelihara oleh keluarga angkatnya dalam filem dokumentari dengan judul sama yang bersiaran di Astro Prima pada 24 Januari 2011.[11][12]

Beliau berlakon bersama Zizan Razak dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham, memegang dua watak, iaitu Ayu, seorang bohsia yang maut dilanggar lori dan Maya, hantu yang muncul dalam hidup Amran lakonan Zizan.[13] Juliana kembali digandingkan bersama Zizan dalam filem Hantu Bonceng juga arahan Idham.

Juliana memulakan kerjaya lakonan dalam teater pada 2015 menerusi pementasan teater Bawang Merah Bawang Putih yang dipentaskan di Istana Budaya dari 3 hingga 8 Disember 2015.[14][15]

Sejak 2017, beliau menjadi pengacara rancangan Mahligai Cinta di TV3.[16] Beliau juga pernah mengacarakan rancangan travelog Fly Us To Asia bersama Liyana Jasmay.[17]

Juliana merupakan antara lima selebriti yang dipilih sebagai duta bagi kempen #ThroughTheLens anjuran AirAsia. Empat selebriti lain yang terlibat termasuk Alvin Chong, Elfira Loy, Izara Aishah dan Zahirah MacWilson.[18]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Adam pada tahun 2006 dan diyakini bahawa nama beliau diabadikan dalam lagu popular Adam berjudul "Hai". Bait-bait liriknya dipercayai telah ditujukan kepada Juliana, malah dipersembahkan ketika acara Separuh Akhir IKON 2007. Namun hubungan cinta mereka khabarnya berakhir ketika lagu tersebut mendaki carta popular pada pertengahan 2007.

Pada tahun 2008 Juliana mengakui menjalinkan hubungan dengan vokalis utama kumpulan Bunkface iaitu Sam Baharom (abang kepada rakan karib Juliana, pelakon Siti Saleha).[19] Biarpun mengiyakan, namun pasangan ini bertindak low profile ketika berhadapan dengan media.[20] Hubungan cinta mereka dilaporkan putus pada awal tahun 2010.[21]

Juliana juga sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan intim dengan pelawak, Zizan ketika sama-sama berlakon dalam filem Hantu Bonceng.[22][23]

Pada tahun 2017, Juliana sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah. Suaminya merupakan kerabat diraja Selangor. Juliana berkata bahawa beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga dan berharap agar peminatnya terus mendoakan kebahagiannya.[1]

Pada Mac 2019, Juliana mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga. Menurut beliau: "Saya gembira untuk mengumumkan bahawa tiga bulan lagi saya bakal bergelar ibu. Suami dan saya sangat teruja untuk menjadi ibu dan bapa. Terima kasih atas semua doa,"[24][25][26]

Pada 13 Julai 2019, beliau melahirkan anak perempuannya yang bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin.[27][28][29][30]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem / drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2008 KAMI The Movie Sofie Effendee / Fariza Azlina Filem pertama
2010 Hooperz Nino Rosihan Zain
2011 Hantu Bonceng Maya/Ayu Ahmad Idham
2012 Mael Lambong Maria
Adik Manja Returns Su Dharma Harun
2013 KIL Gadis Bunuh Diri Nik Amir Mustapha
Dampak Hana Lai Yuk Long
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Anna Faisal Ishak
2017 The Secret Life of Pets Katie Chris Renaud Alih suara BM
Mendidih Bro Suraya Z. Lokman
2018 Pulang Alia Kabir Bhatia
2019 Bella & Jamie Jamie Fairuz Nizam Ablah

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 KAMI - The Series Sofie 8TV
2008 Kasut Tumit Tinggi Mai Astro Prima
2009 Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Natrah Astro Citra 8 Episod
Ghost 2 Lydia 8TV
2010 Sayang Cendana Cendana TV3
Cornetto Inikah Cinta? Juliana Astro Ria
2011 Natrah Natrah Astro Citra
Waktu Rehat (Musim 2) Azza TV9
Disney Channel
Episod: "Gosip"
2015 Oh! My English: Class of 2015 Taylor Marie Smith Astro TVIQ
2016 Rumi & Jawi Elly Astro Prima
Oh My English! After School Taylor Marie Smith Astro TVIQ
2017 Mata Cinta Matahari Astro Gempak Web drama
2018 Split TV Series Meen Astro Citra
2019 Mimpi Sabrina Sabrina TV3
2020 Degup Cinta Jasmine Astro Ria

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Puaka Topeng Putih Kris Astro Ria
Cinta Lelong Astro Ria
2nd Hand Henfon Astro Warna
2010 Sabar Ramona TV3
Cheritera
2011 Puteri Kayangan Lara
Kasih Ke Syurga Kasih
Si Tudung Tweet Marissa TV9
2012 Puteri Pulau Tuba TV2
2013 NY Cinta Mia Astro First
2015 Oh My Goat Taylor Marie Smith Astro TVIQ
2016 Oh My Ganu! 2 Taylor Marie Smith
2017 Hisyam dan 3 Hantutiyers Dirinya sendiri Astro Citra
2018 Miss & Mrs Airin ntv7
Vivi Si Perigi Irene ntv7

TeaterSunting

Tahun Tajuk Peranan
2015 Bawang Merah Bawang Putih Bawang Putih

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2001–02 E-Zone Dirinya sendiri/pengacara Astro Ria
2004 Majalah Moral TVIQ
2006 Bintang Kecil Raya TV9
2008 Remaja TV3
2009 Gadis Melayu TV9
2010 Era TV Astro Ria
2018 Mahligai Cinta TV3
Fly Us To Asia RTM

Siri webSunting

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2015 Pelangi Cinta Juliana YouTube CLEAR Malaysia

IklanSunting

Tahun Iklan
N/A Silkygirl
N/A Tracia Eternal
N/A Fair & Lovely
N/A Clean & Clear
N/A Cadbury
N/A Clear
N/A Galaxy A8
N/A Nanowhite
N/A Louis Vuitton Malaysia

DokumentariSunting

Tahun Tajuk Terbitan
2002 Hapuskan Aedes, Cegah Denggi Kementerian Kesihatan Malaysia

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pengacara TV Wanita Popular Dicalonkan
2010 FHM 100 Most Wanted Women In The World 2010 N/A Menang

Nota kakiSunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Elyana dan Raja Farah yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.

RujukanSunting

  1. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (30 April 2017). Juliana Evans dah kahwin Harian Metro. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  2. ^ Nor Azurin Ali (17 Mei 2017). "Gelaran baharu Juliana Evans". Kosmo!. Dicapai pada 25 September 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Jun 2015). "Jue tak menang tangan". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
  4. ^ "Infotainment baru 'ERA TV' di Astro Ria Khamis ini". mStar Online. 10 Mac 2009. Dicapai pada 16 September 2018.
  5. ^ Jessica Liew (14 September 2018). "Love, family and kindness". Malaysia Tatler. Dicapai pada 14 September 2016.
  6. ^ Loong Wai Ting (12 Ogos 2016). "Juliana Evans: Woman of many talents". New Straits Times Online. Dicapai pada 14 September 2016.
  7. ^ "Kami The Movie sasarkan penonton remaja". Berita Harian. 2008-09-23. Dicapai pada 2008-10-15.
  8. ^ Budiey (12 Januari 2009). "Juliana Evans, Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura Dalam Kasut Tumit Tinggi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 September 2009.
  9. ^ Sayang Cendana (Slot Lagenda TV3) Anizyn. Dicapai pada 8 September 2010.
  10. ^ Hooperz - Bukan sekadar permainan di atas gelanggang mStar Online (11 April 2010). Dicapai pada 8 September 2010.
  11. ^ Dokumentari kisah Natrah di Astro Prima Sensasi Selebriti (24 Januari 2011). Dicapai pada 8 September 2011.
  12. ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (5 Januari 2011). "Kupasan yang lebih mendalam". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 September 2011.
  13. ^ "'Hantu Bonceng' Kini Di Rumah Anda". gua.com.my. 16 September 2011. Dicapai pada 17 September 2011.
  14. ^ Barisan pelakon teater Bawang Merah Bawang Putih yang akan dipentaskan Utusan Malaysia (26 November 2015). Diperoleh pada 1 Disember 2015.
  15. ^ Syanty Octavia Amry (3 Disember 2015). "Cabar diri bawa watak jahat klasik". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
  16. ^ Juliana Evans ganti Mira Filzah Berita Harian (28 Disember 2017). Dicapai pada 1 Januari 2018.
  17. ^ Ardini Sophia Sina (28 Januari 2018). "Juliana hos program TV". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
  18. ^ "A shot at being double ambassador". The Star Online. 24 Oktober 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  19. ^ Budiey (30 Mei 2009). "Sah! Juliana Evans Bercinta Dengan Sam Bunkface". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2018.
  20. ^ Niezam Abdullah (19 Ogos 2010). "Pengakuan cinta Juliana Evans". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 September 2018.
  21. ^ Jessabell Soo (19 Ogos 2010). "Juliana, Sam putus cinta". Kosmo!. Dicapai pada 16 September 2018.
  22. ^ "Juliana Evans doakan yang terbaik untuk Zizan". The Rakyat Post. 17 April 2015. Dicapai pada 26 Oktober 2015. Juliana Evans tidak mahu lagi fokus soal cinta buat masa ini sebaliknya mahu terus sibuk dengan kerjaya seninya yang semakin berkembang baik.
  23. ^ Feride Hikmet Atak (18 April 2015). "Juliana Evans simpati terhadap kontroversi Zizan Razak". mSTAR Online. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
  24. ^ Mohd Haikal Isa (29 Mac 2019). "Juliana Evans dedah hamil lima bulan". Kosmo!. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  25. ^ "Juliana Evans bakal bergelar ibu". Sinar Harian. 29 Mac 2019. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  26. ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Mac 2019). "Berdebar menanti anak sulung". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  27. ^ Aref Omar (15 Julai 2019). #Showbiz: Juliana Evans delivers first baby, 'Mily' New Straits Times. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  28. ^ Farhana Ab Rahman (13 Julai 2019). 'Mily' nama puteri Juliana Evans Berita Harian. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  29. ^ Aqmar Mustaza (13 Julai 2019). Juliana Evans selamat bersalin Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  30. ^ Azyyati Ahmad (13 Julai 2019). Juliana Evans selamat lahirkan cahaya mata pertama Astro Awani. Dicapai pada 20 Julai 2019.

Pautan luarSunting