Buka menu utama
Junaidah Harris

Junaidah binti Daeng Harris atau lebih dikenali sebagai Junaidah Haris (meninggal dunia pada 1 April 1998) merupakan seorang pelakon filem Melayu hitam putih dan juga isteri pertama P. Ramlee. Mereka berkahwin pada 1950 tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama empat tahun. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak:

Junaidah juga mempunyai seorang lagi anak bernama Abdul Rahman daripada perkahwinan sebelumnya.

Selain dikenali sebagai isteri P. Ramlee, Junaidah Daeng Harris juga seorang pelakon seperti bapanya. Lakonannya dapat dilihat dalam Angin Berpesan, Aladdin, Dian, Permata Di Perlimbahan, Rayuan Sukma dan beberapa filem lagi.

Di samping itu, nama Junaidah juga sempat tercatat sebagai penyanyi piring hitam pada tahun 50-an. Salah sebuah lagunya ialah "Remaja". Junaidah diiringi Pathe Orchestra pimpinan Osman Ahmad.[1]

Pautan luarSunting

RujukanSunting