Bandar Juneau (AFA: /ˈdʒuːnoʊ/; Tlingit: Dzánti K'ihéeni), lazimnya dikenali sebagai Juneau, ialah ibu negeri Alaska, Amerika Syarikat.

Juneau, Alaska
Bandar Juneau
Ibu negeri Alaska
Bandar
Bendera Juneau, Alaska Bandar Juneau
Mohor rasmi Juneau, Alaska Bandar Juneau
Kedudukan Juneau di Alaska
Kedudukan Juneau di Alaska
NegaraAmerika Syarikat
NegeriAlaska
Keluasan
 • Jumlah3,253.93 batu persegi (8,427.63 km2)
Aras
56 ft (17 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah31,276
 • Kepadatan1,750/batu persegi (675.5/km2)
Zon waktuUTC-9 (AKST)
 • Musim panas (DST)UTC-8 (AKDT)
Laman sesawanghttp://www.juneau.org/

Sebelum kedatangan orang Eropah di benua Amerika, Selat Gastineau merupakan tempat memancing kegemaran puak Auke dan Taku yang telah mendiami kawasan berhampiran selama beberapa ribu tahun. Berdasarkan bancian Amerika Syarikat, kawasan bandar ini mempunyai keluasan 8,430 km2, maka di sinilah kawasan perbandaran ke-3 paling besar di Amerika Syarikat mengikut keluasan. Sebagai ibu negeri Alaska, sumber pekerjaan utama di Juneau ialah kerajaan.[1]

Juneau menganjurkan Perayaan Tradisional Alaska tahunan, pesta muzik Klasik & Jazz Juneau, serta Sambutan Kebudayaan Orang Asli Alaska setiap 2 tahun. Bandar Juneau beroperasi bawah bentuk kerajaan majlis dan pengurus. Juneau tidak dapat dicapai secara langsung melalui jalan raya, namun begitu, terdapat perhubungan jalan raya ke beberapa kawasan berdekatan. Penduduk bandar ini secara amnya mendapat perkhidmatan Hospital Setempat Barlett di kawasan Tasik Berkembar Juneau.

Rujukan sunting

  1. ^ The Associated Press. "Alaska capital move would devastate Juneau economy" Diarkibkan 2009-04-23 di Wayback Machine, Fairbanks Daily News-Miner, 19 April 2009; accessed August 2, 2009.

Pautan luar sunting