Jung Joon-young (lahir pada 21 Februari 1989) adalah seorang penyanyi Korea Selatan dan penulis lagu, DJ radio, pengacara, pelakon dan personaliti televisyen. Pertama kali beliau mendapat pengiktirafan rancangan realiti TV yang mencari bakat, Superstar K4 (2012) terbitan Mnet, di mana dia mendapat tempat ketiga.[1] Pada tahun 2013, beliau menjadi ahli termuda dalam rancangan hiburan 2 Hari & 1 Malam Musim 3. Beliau menjadi pengacara untuk program radio beliau bertajuk "MBC FM's Jung Joon-young Simsimtapa" (2014) dan membuat penampilan debut di layar perak menerusi filem Love Forecast (2015). Sejak tahun 2015, Joon-young adalah vokalis untuk rock band Drug Restaurant, sebelum ini menggunakan nama JJY Band,[2] menerbitkan album pertama mereka "Escape to Hangover" pada Mei 2015[3]

Jung Joon-young
Jung Joon-young at 2016
Latar belakang
Nama asal정준영
Nama lahirJung Joon-young
Kelahiran (1989-02-21) 21 Februari 1989 (umur 35)
Jakarta, Indonesia
GenreRock, soft rock, alternative rock, garage rock, hard rock, post-punk revival
PekerjaanSinger-songwriter, pelakon, DJ radio, pengacara, personaliti TV
InstrumenVocals, guitar, piano, bass
Tahun aktif2010–sekarang
Syarikat rakaman
CJ E&M Music
REALIVE (C9 Entertainment)
Pengkarya berkait
Drug Restaurant
Nama Korea
Hangul정준영
Hanja鄭俊英
Perumian SemakanJeong Jun-yeong
McCune–ReischauerChŏng Chunyŏng

Sejak beliau debut dengan album 1st Mini Album pada bulan Oktober 2013, Jung telah memenangi Anugerah Artis Baru Solo untuk lagu "이별 10분전 (The Sense of an Ending)" di Anugerah Carta K-pop Gaon ke-3 (3rd Gaon Chart K-pop Award). Kemudian, beliau mengeluarkan mini album ke-2 yang dihasilkan sendiri, Teenager, yang mengandungi enam buah lagu yang ditulis dan digubah sendiri pada 26 Jun 2014.[4] Jung mengadakan perjumpaan bersama peminat di Taiwan pada 2013 dan diikuiti dengan pertunjukan luar negara pertama beliau di Taipei pada Julai 2014. Beliau menyanyikan lagu yang ditulis sendiri berjudul "하루만 (I'm Nobody)" di Konsert Pretty Man Jepun (Pretty Man OST Japan Concert) pada Julai 2014. Beliau mengadakan lawatan konsert di China pada November 2014 dan membuat pertunjukan di Beijing, Shenzhen dan Shanghai.[5] Jung membuat konsert debutnya di Amerika semasa K-CON 2014 sebagai pengacara dan artis.[6]

Pada Mac 2019, Jung bersara dari industri hiburan, sebagai sebahagian siasatan Burning Sun scandal, mengakui bahawa beliau "telah merakam perempuan tanpa persetujuan mereka dan menyebarkannya di ruang perbualan aplikasi".[7] Ini adalah di tengah-tengah kes dakwaan beliau di mana beliau merakam aksi seks beliau sendiri dan mengongsikannya dengan kawan-kawan beliau.[8]

Kehidupan awal sunting

Jung Joon-young dilahirkan pada tanggal 21 Februari 1989, di Jakarta. Dia dibesarkan di Indonesia, Cina, Jepun, Perancis dan Filipina.[9][10] Dia adalah anak bongsu kepada pasangan Jung Hak-chun dan Choi Jong-sook. Ayahnya adalah seorang ahli perniagaan yang sentiasa merantau ke negara-negara asing. Jung belajar untuk berbicara lima bahasa berbeza seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Korea,[11] berbicara bahasa Jepun, dan bahasa Tagalog. Dia tidak boleh mendaftar di sekolah biasa kerana kerap berpindah. Dia telah mengambil pelajaran peribadi untuk subjek tetap seperti Matematik, Bahasa Inggeris, biola, dan piano. Dia juga punya tali pinggang hitam ijazah keempat dalam Taekwondo.

Ketika Jung berumur 17, dia memutuskan untuk pergi ke Filipina untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Dia mengajar Taekwondo dan muzik untuk anak-anak tempatan. Dia adalah anggota koir yang pernah membuat pertunjukan di hadapan bekas presiden Filipina, Gloria Macapagal-Arroyo. Dia menyatakan inspirasi beliau adalah Kurt Cobain dan bertekad untuk menjadi bintang rock setelah dia melihat rancangan MTV Unplugged oleh Nirvana di zaman remaja beliau.[12][13]

Kerjaya sunting

Tempoh sebagai Indie Band

Jung berpindah ke Korea Selatan pada tahun berikutnya untuk memulakan kerjaya muzik dan tidak lama kemudian menandatangani kontrak dengan agensi hiburan, Danal Entertainment yang kononnya akan menerbitkan lagu solo Joon-young berjudul Rock Trip pada 2010 serta single digital bertajuk "환상 Fantasy" pada tahun 2012.

Pada tahun 2008, agensi Starkim Entertainment memilih Jung sebagai vokalis LEDApple.[14] Sebagai salah seorang anggota, dia perlumenjalani proses latihan dan bahkan siap rakaman album debut bersama band, bagaimanapun, sebelum debut LEDApple pada tahun 2010, agensi Starkim Entertainment telah mendapat tahu yang Joon-young sudah ada kontrak dengan agensi lain yang menolak untuk menamatkan kontrak Joon-young, maka beliau terpaksa dikeluarkan dari LEDApple.[15]

Pada tahun 2010, Jung terjun ke dunia muzik indie di Hongdae, Seoul dan membentuk pelbagai band seperti Flower Mist yang busking di Jepun dan Switch On yang membuat persembahan untuk kelab teater amatur.

Jung pernah menjadi model untuk beberapa gedung beli-belah atas talian. Beliau juga pernah berlakon untuk iklan untuk "BGF retail" (sebuah francais) dan mengambil bahagian dalam video muzik artis lain seperti "Liquor Bottle" (술병 oleh Haha).[16][17] Jung muncul dalam rancangan hiburan Ulzzang Generation 얼짱시대 Musim 5 (Ep.1~Ep.8)[18][19] dan merujuk program ini, beliau berkata, "Orang-orang lain tidak suka program ini kerana mereka pikir rancangan ini adalah hanya tentang lelaki yang kacak dan perempuan cantik berbual dalam sebuah rancnagan TV, tetapi ini adalah kesempatan yang baik untuk [dia] untuk membuat wang."

Sejak bandnya, "Switch On" masih tidak popular, Jung Joon-young cuba menyertai Superstar K4 bersama ahli-ahli lain untuk meraih populariti, namum mereka tidak boleh meneruskan uji bakat tersebut kerana masalah visa ahli-ahli lain. Maka, Joon-young memutuskan untuk meneruskan uji bakat tersebut sebagai artis solo.

Semasa Superweek, suara serak yang rendah, penampilan, dan watak yang tidak menentu menarik perhatian penonton serta juri-juri, terutama sekali PSY. Selain itu, duet beliau dengan Roy Kim menyanyikan lagu "먼지가 되어 (Becoming Dust)" oleh (Kim Kwang-Suk), yang Jung ubah dari balada kepada versi rock, menjadi hit besar dan merupakan lagu duet uji bakat terbaik.[20][21] Selepas lagu tersebut dikeluarkan, ia mencapai status "all-kill" dalam carta masa sebenar dan memenangi 20's Hot Choice Cover oleh Mnet serta Lagu Karaoke Paling Popular untuk tahun 2013 di Anugerah Carta Gaon K-pop Ke-3 (3rd Gaon Chart K-pop Awards). Jung berisiko untuk diundi keluar beberapa kali dalam rancangan tersebut, namun beliau akhirnya dapat mencapai ke peringkat akhir melalui pilihan Psy semasa keputusan akhir juri-juri.

Sepanjang peringkat akhir, dia tetap dengan gaya rock sebagai gaya muzik beliau sahaja. Dia berulang kali disarankan oleh juri-juri untuk cuba genre-genre muzik yang berbeza seperti balada. Namun, sebaliknya, kegigihan beliau tentang muzik rock menarik hati ramai penonton, dan akhirnya, ia membantu beliau menubuhkan golongan peminat yang kuat. Dia mampu untuk mengharungi peringkat ketiga melalui sejumlah besar undi telefon. Antara lagu yang mewakili gaya muzik rock beliau adalah "매일매일 기다려 Waiting Everyday" (TeeSams), "Bed of Roses" (Bon Jovi), dan "Outsider" (Bom-Yeoreum-Gaeul-Gyeoul 봄여름가을겨울)[22] di mana persembahan ini medapat sambutan yang positif dari para hakim dan penonton. Pada peringkat kelima, dia telah diminta untuk menyanyikan lagu rock balada oleh kumpulan IZI bertajuk "응급실 Emergency Room"[23] yang telah dipilih oleh para penonton tanpa menghiraukan gaya muzik beliau. Tidak disangka-sangka, ia menduduki tangga teratas dalam carta-carta atas talian dan juga memperoleh reaksi yang sangat baik dari orang ramai.[24]

Walaupun dia telah disingkirkan di peringkat keenam suku akhir sebagai Top 3, Jung disebut semasa dalam wawancara selamat tinggal "Superstar K4 adalah titik tolak untuk [nya] muzik kerjayanya. Sebelum [dia] mencuba untuk Superstar K4, hanya orang-orang yang suka musik rock mendengar [nya] lagu-lagunya. Bagaimanapun, sekarang lebih ramai orang yang mendengar [nya] musik dan mengakui bakat [dia]. [Dia] berasa senang [yang] harus membuat [dirinya] dikenali melalui Superstar K4."[25]

2013: Debut dan 1st Mini Album sunting

Selepas Superstar K4, Jung telah mengadakan konsert-konsert, program TV dan radio, model untuk kereta, pakaian, permainan, skrin-N dan arak. Dari 6 Mei, beliau menjadi DJ untuk program radio Close Friend terbitan MBC FM4U hingga 1 September. Beliau juga tampil dalam beberapa rancangan TV termasuk Immortal Songs: Singing the Legend, Happy Together (terbitan KBS2), Radio Star, dan We Got Married (terbitan MBC). Beliau telah menyertai rancangan hiburan 2 Days & 1 Night Musim 3 terbitan KBS2 sejak 1 Disember.

Pada 21 Mei, Jung, menandatangani kontrak dengan CJ E&M selepas menerima banyak tawaran dari syarikat-syarikat hiburan.[26][27][28]

Selepas menandatangani kontrak dengan CJ E&M, Jung melancar lagu debut single berjudul "Spotless Mind (병이에요)" dengan dua versi muzik video: versi S dan versi N pada 1 Oktober. Hanya selepas sati jam dilancarkan, lagi ini telah menduduki tempat pertama di Mnet, Bugs, dan Soribada.[29]

Pada 10 Oktober, Jung debut dengan melancarkan album EP, Jung Joon Young 1st mini album. EP ini mengandungi enam buah lagu, termasuk lagu, "The Sense of an Ending" (이별 10분 전), dan dua lagu yang beliau bersama-sama menulis dan gubah: "Missed Call" (아는 번호) dan "Take off Mask". EP tersebut meraih kejayaan yang sederhana, menduduki tempat pertama dalam carta harian dan carta mingguan Synnara Record dalam minggu pertama. Tambahan pula, "Spotless Mind" (병이에요) menduduki tempat ketiga dan "The Sense of an Ending" (이별 10분전) juga menduduki tempat kedua dalam rancangan musik Music Core terbitan MBCidsoft3@reviewstar.net (February 2018). "정준영, CJ E&M과 전속계약 확정 "올 여름 앨범 활동 예정"publisher=reviewstar". Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2014. Dicapai pada May 21, 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Beliau melawat Taiwan untuk mempromosikan EP pertama beliau pada 8 Disember dan menyapa seramai 1,000 peminat Taiwan dan mengadakan sesi autograf serta mengadakan persembahan untuk mereka yang membeli album edisi terhad istimewa.[30]

Jung menerima anugerah Artis Solo Lelaki Baru untuk "이별 10분전 (The Sense of an Ending)" dan Lagu Karaoke Paling Popular sepanjang tahun untuk "먼지가 되어 (Becoming Dust)" di Anugerah Carta Gaon K-pop ke-3 (3rd Gaon Chart K-Pop Awards). Beliau juga menerima anugerah Bintang Tahunan (Star of the Year) di Anugerah Hiburan MBC (MBC Entertainment Awards).[perlu rujukan]

2014: Teenager dan 2 Days & 1 Night Musim 3 sunting

 
Jung at KCON in Los Angeles, 2014

Pada 2 Januari, beliau melancarkan lagu runut bunyi untuk drama Pretty Man berjudul "하루만 (I'm Nobody)" ditulis dan digubah beliau sendiri yang mengandungi dua versi iaitu versi rock Amerika dan versi pop British. Versi rock balada untuk "I'm Nobody (하루만)" telah menduduki tangga teratas Carta Bugs (Bugs Chart) dan Carta Mnet dalam masa lima hari selepas dilancarkan.[31]

Pada 12 Mac, Jung, melancarkan lagu sorak rasmi, "Always Reds", yang merupakan kolaborasi dengan kumpulan hip hop Soul Dive, sebuah lagu dalam album sorak rasmi Red Devils' "We are the Reds" untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[32]

Jung berkolaborasi dengan Younha untuk lagu duet "달리함께 (Just the way you are)" yang memberi menggalakkan orang untuk mempunyai keyakinan. Lagu ini menggabungkan irama rock dan balada.[33] Apabila tiba hari pelancaran pada 29 Mei, ia menduduki tangga terats dalam beberapa carta musik seperti Mnet, Bugs, dan Olleh Music.[perlu rujukan]

Jung kembali dengan EP kedua berjudul Teenager, pada 26 Jun. Semua lagu dalam EP tersebut disusun dan digubah oleh Jung sendiri dan beliau juga terlibat dalam reka bentuk dan produksi konsep album, reka bentuk muka depan dan perkara-perkara lain berkaitan dengan album ini. Tema album ini "dewasa yang bermimpi (the adult who dreams)" dan mengandungi niat Jung yang mahu orang yang sudah tidak mampu berdepan dengan keadaan dunia sekarang untuk kembali mempunyai impian.[34][35] Ia menduduki tangga ketiga dalam Carta Album Gaon ([4]Gaon Album Chart) dalam minggu pertama ia dilancarkan.

Pada 19 Julai, Jung menyertai barisan pelakon drama Pretty Man sebagai artis undangan untuk konsert drama tersebut di Jepun.[36] Jung Joon-young tampil di KCON Los Angeles, California sebagai salah seorang pengacara majlis dan juga artis yang akan membuat persembahan dari 9 Ogos hingga 10 Ogos dan membuat debut Amerika dengan menyanyikan single-single beliau, termasuk lagu ciptaan sendiri "Teenager". Beliau juga menghiburkan penonton dengan menyanyikan lagu "Black or White" oleh Michael Jackson dengan cara beliau yang tersendiri .[37] Selepas sesi pengenalan di Taiwan, beliau mengadakan konsert jelajah berjudul "2014 Demo Live Tour with Jung Joon-young," di China, bermula pada 14 November di Beijing, diikuti di Shenzhen pada 15 November dan di Shanghai pada 16 November.[38]

Pada 1 Ogos, wakil Jung Joon-young menyatakan bahawa Joon-young akan cuba berlakon di layar perak melalui filem bertajuk Love Forecast bersama Lee Seung-gi dan Moon Chae-won di mana karakter yang bakal dimainkan Jung Joon-young mempunyai perasaan cinta satu pihak terhadap karakter yang akan dimainkan oleh Moon Chae-won.[39]

Jung Joon-young mengambil bahagian dalam runut bunyi drama Modern Farmer terbitan SBS, menyanyikan lagu "Same Place" yang merupakan lagu irama balada rock yang meceritakan kisah cinta yang amat menyedihkan.[40] Tidak lama setelah "Same Place" dilancarkan pada 5 Disember, runut bunyi untuk drama Blade & Soul berjudul "Show Time" dilancarkan pada 17 Disember.

Dengan kehadiran beliau dalam rancangan hiburan 2 Days & 1 Night musim ketiga terbitan KBS, beliau memenangi Anugerah Penghibur Terbaik dalam Rancangan Hiburan (Top Entertainer Award in a Variety Show) di Anugerah Hiburan KBS ke-14 (2014 KBS Entertainment Awards).[41]

2015: Debut Layar Perak dan JJY Band sunting

Jung Joon-young membuat penampilan debut di layar perak melalui filem romantik komedi Love Forecast, yang mula ditayangkan pada 15 Januari.[42] Beliau kemudian membintangi drama 19+ berjudul The Lover, disiarkan oleh Mnet, memainkan peranan sebagai ahli muzik yang tidak popular dan bertemujanji dengan perempuan yang lebih tua dari beliau sebanyak 12 tahun.[43] Kemudian, beliau melakukan penampilan cameo dalam episod ke-10 drama The Producers, bersama Roy Kim sebagai anti-peminat (anti-fan).

Kemudian, beliau membuat penampilan debut dengan band rock JJY Band, dengan pelancaran album pertama mereka, Escape to Hangover, dan lagu utama "OMG" pada 27 Mei. "OMG" digubah oleh Joon-young dan Lee Seung-joo (ahli band Vanilla Unity).[44][45] Album debut mereka menerima kritikan positif dari peminat muzik dan para pengkritik.[46]

Beliau kemudiannya menyertai rancangan hiburan berjudul Old House, New House disiarkan oleh JTBC sebagai ahli tetap. Rancangan ini menyatukan artis dan pereka hiasan dalaman untuk menyediakan dekorasi dalaman rumah dan penambahbaikan, di mana setiap minggu, dua kumpulan akan bertanding sesama sendiri untuk menentukan pasukan mana yang telah membuat renovasi rumah yang lebih baik.[47][48]

2016: Sympathy sunting

Wakil dari CJ E&M mengumumkan yang kontrak mereka dengan Joon-young akan berakhir pada November 2015.[49] Beliau mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak tersebut. Pada 5 Januari 2016, C9 Entertainment mengumumkan bahawa Joon-young dan band beliau telah menandatangani kontrak eksklusif bersama syarikat rakam mereka, REALIVE.[50]

Pada 19 Februari, Joon-young mengumumkan kembalinya beliau ke industri muzik dengan album single, 공감 (Sympathy). Beliau memilih soft rock sebagai bunyi utama untuk album solo beliau. "공감 (Sympathy)", judul lagu utama, adalah lagu duet yang dirakam bersama penyanyi Korea, Seo Young-eun. Ia telah ditulis, digubah dan dihasilkan oleh Joon-young sendiri. Beliau juga menulis, menggubah dan menghasilkan satu lagi lagu di dalam album tersebut dan menampilkan kebolehan muzik beliau yang amat luas di dlama album tersebut. Beliau melancarkan lagu-lagu baru beliau buat pertama kali semasa konsert JJY Band pada 20 dan 21 Februari di Dewan Seni, Pusat Seni Lottecard (Art Hall of Lottecard Art Center) di Seoul. 공감 (Sympathy) dilancarkan pada 24 Februari bersama muzik videonya.[51] Pada 26 Februari, beliau melancarkan muzik video untuk lagu kedua dari album tersebut berjudul "Amy".

Stesen TV kable tvN mengumumkan pada 7 Mac bahawa Joon-young akan menyertai rancangan masakan mereka, 집밥 백선생 2 (Mr. Baek The Homemade Food Master Season 2), sebagai ahli tetap di mana beliau akan belajar memasak dari Baek Jong-won, chef popular dari Korea, tentang seni masakan rumah.[52] Pada 30 Mac, stesen TV kable JTBC mengumumkan Joon-young akan bersama artis Kangin, Jeong Jinwoon, dan Lee Chul Woo untuk sebuah rancangan hiburan realiti baru, Hitmaker, di mana mereka akan meneroka sukan-sukan di negara-negara lain.[53]

2017: The First Person sunting

Pada 31 Januari, Joon-young mengumumkan melalui akaun Instagram beliau yang beliau akan melancarkan album penuh pertama beliau bertajuk 1인칭 (The First Person). Pada 1 Februari, C9 Entertainment mengumumkan bahawa lagu berjudul "나와 너 (Me and You)" akan menjadi lagu utama, merupakan lagu berirama balada menampilkan penyanyi veteran Korea, Jang Hye-jin.[54] Dua hari kemudian, agensi Joon-young mendedahkan senarai penuh lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut melalui akaun Twitter mereka. Album ini mengandungi sembilan lagu termasuk intro dan outro, lima lagu baru dan dua buah lagu dari album single terdahulu beliau, 공감 (Sympathy). Semua lagu di dalam album ini ditulis, digubah dan disusun oleh Joon-young sendiri. Penerbit album ini adalah Jung Joon-young dan Lee Ji-hyun.[55] Album ini dilancarkan secara atas talian pada 7 Februari. Muzik video untuk lagu utama "나와 너 (Me and You)" telah dikongsikan di laman YouTube rasmi Joon-young.[56] Pada 18 Februari, agensi Joon-young mengumumkan bahawa versi bahasa Cina untuk album ini akan dilancarkan secara atas talian melalui iTunes dan KKBox pada hari tersebut di empat buah negara iaitu Taiwan, Hongkong, Singapura dan Malaysia. Versi CD telah dilancarkan pada 17 Mac. Versi bahasa Cina mengandungi 12 lagu termasuk sembilan lagu dari versi Korea dan tiga versi bahasa Cina untuk lagu "Sympathy", "Amy", dan "Me and You".[57]

2018: Debut sebagai pemain video profesional dan "Fiancée" sunting

Pada 18 Januari, C9 mengumumkan bahawa Joon-young telah menyertai pasukan "Team Kongdoo", sebuah pasukan eSports, yang pakar dalam permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) sebagai pemain video profesional dan mereka telah mengadakan upacara kemasukan pada 17 Januari.[58][59]

Pada 5 Mac, C9 Entertainment mengumumkan bahawa Joon-young akan melancarkan single terbaru pada hujung bulan.[60] Tajuk single tersebut kemudian didedahkan sebagai "Fiancée" dan akan dilancarkan pada 29 Mac.[61]

Jung mengadakan konsert solonya berjudul "Sing" pada 19 & 20 Mei di Dewan Langsung Shinhwa Cardan Square, Mapo, Seoul.[62]

Jung membuat penampilan di 2018 World DJ Festival Anthem Compilation, mengadakan persembahan lagu baru berjudul "Fly" bersama kumpulan Advanced pada 28 Mei.[63]

Pengumuman dibuat bahawa Jung akan terlibat dalam pembikinan lagu-kagu tema untuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Jung akan menyanyikan lagu ketiga berjudul, Hifive Republic of Korea dalam album yang berjudul, We, The Reds.[64]

Pada 13 Julai, Jung bersama Yook Sung-jae (ahli kumpulan idol BTOB) terlibat dalam pelancaran media rancangan realiti terbitan Viu berjudul "Hello K-Idol". Dilaporkan bahawa mereka berdua akan bertindak sebagai mentor khas.[65][66]

Jung kembali ke Manila, Filipina pada 22 September 22 untuk mengadakan pertemuan dengan peminat, Fiancée buat pertama kali di negara itu. Beliau menyatakan bahawa beliau berharap dapat membawa kumpulan Drug Restaurant ke Manila untuk satu konsert tahun hadapan.[67][68]

Pada 19 Oktober 2018, Jung mengumumkan dalam akaun media sosial beliau Instagram bahawa beliau akan membuka sebuah restoran secara rasminya yang diberi nama 'Maison de Coréein' di Paris tahun hadapan selepas sebulan menjalankan operasi sebagai restoran pop-up.[69]

Kontroversi & Persaraan sunting

Pada 11 Mac 2019, telah didakwa pada 2015 dan 2016, Jung telah merakam kelakuan seksnya secara rahsia dengan sekurang-sekurangnya 10 wanita, kemudian mengongsikan video-video tersebut dengan rakan-rakan beliau dalam satu aplikasi perbualan, termasuk artis Korea terkenal Seungri. Dakwaan-dakwaan tersebut muncul ketika polis menyiasat Seungri untuk dakwaan membekalkan perkhidmatan pelacur, dan menyebabkan Jung turut disiasat.[70][71][72][73]

Pada 12 Mac 2019, Jung mengumumkan persaraan beliau dari industri hiburan, mengakui segala jenayah yang berkaitan dengan "merakam wanita tanpa persetujuan mereka dan mengongsikannya di aplikasi perbualan". Beliau juga meminta maaf kepada pelbagai wanita yang beliau rakam, serta para peminat, dan juga berikrar akan bekerjasama dengan polis. Siasatan tentang penglibatan beliau dalam Burning Sun scandal masih berjalan, melibatkan artis-artis Seungri, Choi Jong-hoon, Yong Jun-hyung dan Lee Jong-hyun.[74][75][76][77][78] On March 21, Jung was arrested over allegations that he illegally shared sexually explicit videos of women taken without their knowledge or consent.[79]

Bakat Kesenian sunting

Pengaruh

Muzik Joon-young berakar pada alternatif rock. Beliau menyatakan bahawa beliau terinspirasi untuk menjadi ahli muzik rock apabila menonton persembahan Nirvana dalam rancangan MTV Unplugged semasa beliau remaja. Sejak itu, beliau banyak mendengar muzik rock dari Barat seperti Queen, Led Zeppelin, Arctic Monkeys, The Strokes, hingga band rock Jepun seperti L'Arc-en-Ciel and Vamps.[perlu rujukan]

Pengaruh rock Jepun dan soft rock sangat ketara dalam album-album beliau. Penyampaian suara vokal Joon-young, dengan suara seraknya yang tersendiri memberikan pengaruh kuat rock Jepun. Untuk album debut Drug Restaurant, Escape to Hangover, Joon-young meneroka genre garage rock dan post-punk revival. Semasa pembuatan album debut band beliau, beliau banyak mendengar muzik dari band garage rock untuk mencari inspirasi.

Diskografi sunting

  • The First Person (2017)

Lawatan Konsert & Persembahan Langsung sunting

2012
2013
  • Konsert Impian Jung Joon-young
  • Konsert Mini CGV ShinChon
2014
  • Konsert Ceramah Juvana Busan
  • Konsert Ceramah Jung Joon-young
  • Pertemuan Peminat kali Pertama Jung Joon-young
  • Konsert Kolaborasi Jung Joon Young & Eddie Kim di Ulsan
  • Konsert Lawatan Langsung Demo 2014 bersama Jung Joon-young di Cina (2014 Demo Live Tour with Jung Joon Young in China)
2017
  • Konsert Langsung Jung Joon Young bersama Drug Restaurant di Seoul, Daegu dan Daejeon
  • Konsert Langsung Jung Joon Young bersama Drug Restaurant di Taipei
  • Showcase Jung Joon Young di Tokyo
  • Konsert "Me & You" Jung Joon Young bersama Drug Restaurant di Tokyo

Filmografi sunting

Filem sunting

sex


Tahun Tajuk Peranan / Watak
2015 Love Forecast Yeom Hyo-bong / Andrew

Siri Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan / Watak Stesen TV
2013 Monstar Han Ji-woong (young / ep.9) Mnet
2014 Fated to Love You Radio DJ (ep.8) MBC
2015 The Lover Jung Young-joon Mnet
The Producers Cindy's anti-fan (ep.10) KBS2
2016 The Sound of Your Heart Jo Suk's neighbor (ep.2)

Rancangan Hiburan sunting

Tahun Tajuk Stesen TV Nota
2010 Tent in the City Mnet Cameo
2011 Ulzzang Generation Season 5 ComedyTV Ahli Tetap
2012 Superstar K4 Mnet Peserta - Top 3
2013 Jung Joon-young's Be Stupid OnStyle Di sebalik tabir proses pembuatan album
We Got Married (Season 4) MBC Berpasangan dengan Jeong Yu-mi
2013–sekarang 2 Days & 1 Night Season 3 KBS2 Ahli Tetap
2014 M! Countdown Mnet MC bersama Ahn Jae-hyun
Foul Interview: 4 Things Show Orang yang ditemuduga
Fashion King Korea 2 SBS Ahli Tetap, berpasangan dengan pereka fesyen Han Sang Hyuk
Style Icon Awards 2014 OnStyle MC bersama Jang Yoon-ju
2015 Two Young Mnet Ahli Tetap
Laws of the Jungle in Samoa SBS Ahli Tetap (Episod 186–189)
Old House New House JTBC Ahli Tetap
2016 Mr. Baek The Homemade Food Master 2 tvN
Hit Maker JTBC
What The Chart CH Hyundai Card MC bersama Muzie
Celebrity Bromance MBig TV Ahli Tetap bersama Roy Kim
Laws of the Jungle in East Timor SBS Ahli Tetap (Episod 238–240)
2017 Male Friend x Female Friend Ahli Tetap
Trip of The Beer Lovers SBS Mobidic TV
My Sweet Town Kuki Health TV Pengacara bersama Kisum
My Unexpected Sweet Trip TVN (Asia) Ahli Tetap
Salty Tour TvN
2018 Law of the Jungle in Cook Islands SBS Ahli Tetap (Episod 299–301)
Royal Adventure SBS Mobidic TV /
Clash Royal
Ahli Tetap
One Night Food Trip (International Edition) TVN (Asia) Ahli tetap

Program Radio sunting

Tarikh Penyiar Tajuk Peranan Nota
28 Jan 2013 ~ 3 Mac 2013 MBC FM4U Hope Song at Noon

김신영의 정오의 희망곡

DJ DJ sementara untuk Februari 2013
6 Mei 2013~ 1 Sept 2013 Close Friend

친한친구

Dari pukul 8 malam hingga 10 malam
7 Julai 2014 ~ 15 November 2015 MBC FM Jung Joon-young's Simsimtapa

정준영의 심심타파

Dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi

Anugerah dan Pencalonan sunting

Tahun Anugerah/Kritik Kategori Keputusan Ruj.
2013 3rd Gaon Chart Music Awards New Male Solo Artist of the Year Menang [80]
Popular Singer of the Year with Roy Kim Menang
15th Mnet Asian Music Award Best New Male Artist Tercalon
Artist of the Year Tercalon
MBC Entertainment Awards Star of the Year Menang [81]
28th Golden Disk Awards New Rising Star Award Tercalon [82]
Popularity Award Tercalon
23rd Seoul Music Awards Rookies Award Tercalon [83]
Mnet 20's Choice Awards 20's Hot Cover Music with Roy Kim Menang [84]
2014 7th Style Icon Asia Top 10 Style Icons Tercalon
16th Mnet Asian Music Award Style in Music Menang
Best Band Performance Tercalon
Union Pay Song of the Year (TEENAGER) Tercalon
KBS Entertainment Awards Best Entertainer Award (Variety) Menang
2015 Korea Wave Fashion Festival Best Airport Fashion (Singer Category) Menang
17th Mnet Asian Music Award Best Band Performance Tercalon
Union Pay Song of the Year (OMG) Tercalon
KBS Entertainment Awards Excellence Award (Variety) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Kim Min-Kwan We are expecting Jung Joon-young's future Ohmynews,2012-11-22
  2. ^ "Jung Joon Young Band Announces Name Change And Comeback Plans". May 20, 2016.
  3. ^ "Jung Joon Young Band (JJY Band) are ready to rock in new exclusive teaser images!". All Kpop. 26 May 2015. Dicapai pada 26 May 2015.
  4. ^ "Jung Joon Young Set to Show His Past, Present, and Future with New Mini Album "Teenager"". Soompi. June 18, 2014.
  5. ^ [1] kpopherald, 2014-10-04
  6. ^ [2] BBC News, 2014-03-19
  7. ^ McCurry, Justin (13 March 2019). "K-pop scandal widens as singer admits sharing secretly filmed sex videos". The Guardian. Dicapai pada 13 March 2019.
  8. ^ "Jung Joon-young: K-pop star quits over secret sex videos". BBC News. Dicapai pada 13 March 2019.
  9. ^ Rocker Jung Joon Young Reveals his Linguistic Talents: Speaks Five Languages![3]
  10. ^ Lee Kyung-Nam Jung Joon-young's father who is an international businessman
  11. ^ possibility for 5 languages SBS E!, 2012-10-06
  12. ^ "Jung Joon Young Enjoys the Fruits of His Labor in "Vogue Girl Korea" Photo Shoot". Soompi. August 10, 2013.
  13. ^ "Jung Jun Young Says He Was Inspired To Become A Rock Star By Nirvana's Kurt Cobain". kpopstarz. July 28, 2014.
  14. ^ Stewart Ho Reveals ‘Superstar K4’s Jung Joon Young Was Once a Fellow Member CJ E&M enewsWorld,2012-11-16
  15. ^ Jung Joon Young is Not Glitz and Glamour But Serious Musician in “Arena Korea” Photo Shoot Soompi,2013-8-11
  16. ^ Stewart Ho K4’s Jung Joon Young Discovered in Taetiseo enewsworld,2012-10-04
  17. ^ "정준영 트윙클 뮤비 포착 "찾아낸 이가 대단해" - 아시아경제". Asiae.co.kr. Dicapai pada 2013-04-24.
  18. ^ Jung Joon-Young was on the TV Show"Ulzzang Generation" News DongA.2012-09-24
  19. ^ "정준영 얼짱시대 출연 당시 관심 ..."뭔가 미묘하게 다른데..." - 헬스코리아뉴스". Hkn24.com. Dicapai pada 2013-04-24.
  20. ^ "정준영·로이킴의 '먼지가 되어'..시청자 홀리다 - 스타뉴스". Star.mt.co.kr. Dicapai pada 2013-04-24.
  21. ^ Lee, JinHo Psy Says ′After Turning Into Dust′ on ′Superstar K4′ was the Best Ever CJ E&M enewsWorld,2012-12-10
  22. ^ "정준영, '슈스케4' 톱4는 '실력' 이었다 - 스타뉴스". Star.mt.co.kr. Dicapai pada 2013-04-24.
  23. ^ 하성태(woodyh) @woodyh98. "정준영이 보여준 <슈퍼스타K4>의 진짜 지향점 - 오마이스타". Star.ohmynews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-17. Dicapai pada 2013-04-24. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  24. ^ "′Superstar K4′s′ Jung Joon Young Beats Lee Hi on Weekly Chart - Latest K-pop news, Korean drama & movie - enewsworld". Enewsworld.interest.me. 2012-11-20. Dicapai pada 2013-04-24.
  25. ^ Financial starnnews 최현정 (2012-11-17). "정준영 탈락 소감 "클럽에서 춤 추고 여가 즐기고 싶어"".
  26. ^ gato@osen.co.kr (May 21, 2013). "정준영, CJ E&M과 전속계약 공식발표 "올여름 데뷔"". OSEN. Dicapai pada May 21, 2013.
  27. ^ idsoft3@reviewstar.net (May 21, 2013). "정준영, CJ E&M과 전속계약 확정 "올 여름 앨범 활동 예정"publisher=reviewstar". Diarkibkan daripada yang asal pada May 3, 2014. Dicapai pada May 21, 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  28. ^ "Jung Joon Young joins CJ E&M and set to heat things up this summer with a new release!". allkpop.com. May 21, 2013. Dicapai pada May 21, 2013.
  29. ^ Grace Danbi Hong (September 27, 2013). "[Video] Jung Joon Young Reveals S Version Teaser of 'Spotless Mind'". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada September 27, 2013.
  30. ^ "jung joon young has a successful fan meeting in Taiwan with 1000 fans". mwave. December 13, 2013.
  31. ^ Lee, Sun-min (January 3, 2014). "Jung releases TV soundtrack song". Korea JoongAng Daily.
  32. ^ "Jung Joon Young and Soul Dive Collaborate for Red Devils Cheer Song". Kpopstarz. March 13, 2014.
  33. ^ "Jung Joon Young-Younha Releases Teaser of Duet "Just the Way You are"". Kpopstarz. May 26, 2014.
  34. ^ "Jung Joon Young to Return as a 'Teenager' with Self-Produced Album". CJ E&M enewsWorld. June 20, 2014.
  35. ^ "Jung Joon Young To Return With "TEENAGER"=kpopstarz". June 20, 2014.
  36. ^ "Jung Joon Young Pretty Man and Concert Plans". June 20, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  37. ^ "'M! Countdown' Highlights': Block B Wins #1 On The '2 Nights In LA' KCON 2014 Episode Special + Performance Recaps". kpopstarz. Aug 16, 2014.
  38. ^ "Jung Jun-young takes bigger step into China". kpopherald. October 4, 2014.
  39. ^ "Jung Joon Young movie debut". Allkpop. August 1, 2014.
  40. ^ "Jung Joon Young sings 'Same Place' for the 'Modern Farmer' OST". Allkpop. Dec 5, 2014.
  41. ^ "Winners of The 2014 KBS Entertainment Awards". soompi. December 27, 2014.
  42. ^ "Lee Seung Gi Gets Dissed By Moon Chae Won In The Full Trailer For 'Today's Love=kpopstarz". December 17, 2014.
  43. ^ "Jung Joon Young Of 'The Lover' Says The Noona Romance Is Impossible". April 1, 2015.
  44. ^ "Jung Joon Young to make his comeback as part of 4-member band 'Jung Joon Young Band'". May 14, 2015.
  45. ^ "Jung Joon Young Band Works with Bon Jovi's Producer for Debut Song". May 21, 2015.
  46. ^ "Jung Joon Young Ceci Interview". MNB Magazine. 22 July 2015. Dicapai pada 22 July 2015.
  47. ^ "'Old Home New Home' Jung Joon-young, 'Women's Room Expert!'". December 23, 2015.
  48. ^ "Cooking out, interior design in". December 11, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada December 12, 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  49. ^ "CJ E&M 측 "정준영과 최근 계약만료..재계약 논의중"". November 20, 2015. Dicapai pada 23 April 2018.
  50. ^ "정준영, C9엔터테인먼트 리얼라이브 레이블과 전속계약 체결". January 5, 2016.
  51. ^ "Jung Joon Young to Release His Homme Fatale Attraction". February 19, 2016.
  52. ^ "정준영, '집밥 백선생2' 합류…"나머지 미정"[공식입장]". March 7, 2016.[pautan mati]
  53. ^ "강인·정진운·정준영·이철우, JTBC '히트메이커' 출연". March 30, 2016.
  54. ^ "장혜진, 정준영 컴백 지원..타이틀곡 '나와너' 피처링". February 1, 2017.
  55. ^ "Update: Jung Joon Young Reveals Track List For Album "The First Person"". February 3, 2017.
  56. ^ "Watch: Jung Joon Young Releases Emotional MV For "Me And You" Off New Full Album". February 7, 2017.
  57. ^ "정준영, 동남아 4개국서 중국어 버전 '1인칭' 발매..본격 진출". February 18, 2017.
  58. ^ "정준영, 프로게이머 된다…배틀그라운드 프로게임단 입단(공식)". Herald Pop. Dicapai pada 2018-01-18.
  59. ^ "가수 정준영, 배틀그라운드 프로게임단 '팀콩두' 입단". Kongdoo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-18.
  60. ^ "정준영, 3월말 컴백 확정‥1년여만에 솔로 싱글 발매(공식)". Pop Herald. Dicapai pada 2018-03-05.
  61. ^ ""로맨틱 턱시도"…'솔로컴백' 정준영, 타이틀곡 명은 '피앙세'". Osen. Dicapai pada 2018-03-14.
  62. ^ "노래하는 정준영에 흠뻑 취한 시간, 소극장 단독 콘서트 'Sing' 성료". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 2018-10-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  63. ^ "C9Entertainment on Instagram: "[#정준영] 정준영이 참여한 [어드밴스드 (Advanced)의 2018 월드 디제이 페스티벌 Anthem Compilation'] '날아 (feat. 정준영)'을 음원사이트에서 바로 만나보실 수 있습니다. 멜론▶…"".
  64. ^ "Watch: Jung Joon Young and Oh My Girl Sing to Support Korean National Team for 2018 World Cup". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 2018-10-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  65. ^ "Jung Joon-young, Yook Sung-jae on what it takes to be a K-pop idol". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 2018-10-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  66. ^ "Online reality show seeks to groom Pinoy K-pop trainees". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 2018-10-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  67. ^ "Jung Joon-young meets his 'Fiancee' in Manila". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 2018-10-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  68. ^ "Kare-Kare, San Mig & Ideal Girl: 5 Highlights From Jung Joon Young's "Fiancee" Fan Meeting In Manila". hellokpop (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-25. Dicapai pada 2018-12-30.
  69. ^ "[엑's 이슈] 프로게이머→요식업 CEO, '자유로운 영혼' 정준영의 새로운 도전" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-10-19.
  70. ^ Yoon, Soo-jung (March 12, 2019). "Other Celebrities Implicated in Seung-ri Scandal". Chosun Ilbo. Dicapai pada March 13, 2019.
  71. ^ Kang, Seung-woo (March 12, 2019). "K-pop singer Jung Joon-young booked for illegal sex video filming". The Korea Times. Dicapai pada March 13, 2019.
  72. ^ "Police probe allegation singer shared sex videos in Seungri's chat room". The Korea Times. March 12, 2019. Dicapai pada March 13, 2019.
  73. ^ "Police seek arrest warrant for Jung Joon-young over secret sex videos". The Korea Times. March 18, 2019. Dicapai pada March 18, 2019.
  74. ^ Jung, Hae-myoung (March 15, 2019). "Sex videos fuel K-pop reshuffles". The Korea Times. Dicapai pada March 15, 2019.
  75. ^ Munzenrieder, Kyle (March 12, 2019). "Seungri and Jung Joon-Young Retire Amidst a K-pop Scandal That's Rocking Korea". W magazine. Dicapai pada March 13, 2019.
  76. ^ May, Tiffany; Lee, Suhyun (March 13, 2019). "K-Pop Singer Jung Joon-young Admits to Illicitly Filming Women". The New York Times. Dicapai pada March 14, 2019.
  77. ^ "How the Seungri and Jung Joon-young K-pop sex scandal exposes South Korea's culture of toxic masculinity". South China Morning Post. March 18, 2019. Dicapai pada March 18, 2019.
  78. ^ MacDonald, Joan (March 15, 2019). "How The Burning Sun Scandal Affects Korea's Drama World". Forbes Magazine. Dicapai pada March 20, 2019.
  79. ^ "K-Pop Star Jung Joon-Young Arrested in Sex Video Scandal". Billboard magazine. March 21, 2019. Dicapai pada March 21, 2019.
  80. ^ "Winners from 'The 3rd GAON Chart Kpop Awards'! | allkpop.com". allkpop. Dicapai pada 2018-02-25.
  81. ^ with Roy Kim
  82. ^ "The 28th GOLDEN DISK AWARDS". isplus.live.joins.com. Dicapai pada 2018-02-25.
  83. ^ "23rd Seoul Music Awards". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-21. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  84. ^ "Winners of the '2013 Mnet 20's Choice Awards'!". allkpop. 2013-07-18. Dicapai pada 2013-07-18.

Pautan Luar sunting