Puan Junie Simon (lahir 1934 di Kuala Lumpur

Kerjaya sunting

Beliau menjadi guru selama 37 tahun di Sekolah Menengah Bukit Bintang (1952-1989).Beliau tidak pernah bertukar sekolah.Anak tunggalnya seorang peguam.

Pandu Puteri sunting

Beliau menjadi Leftenan, Pandu Puteri (1955),pangkat Kapten (1956), Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Petaling (1960), Ketua Unit Renjer Puteri 1 Zon Pudu (1960), Penolong Pesuruhjaya Negeri Selangor (1963) dan Pesuruhjaya Negeri Wilayah Persekutuan (1988-kini).

Anugerah sunting

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menganugerahkan Pingat Tangkai Padi, Pingat Jasa, Agok Bakti Lebah dan anugerah yang tertinggi iaitu Pingat Layang-Layang. Beliau juga merupakan penerima Anugerah 80 tahun Pandu Puteri. Pada tahun 1978, beliau telah dianugerahkan Pingat A.M.N. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-10-14.