Junior MasterChef Australia


Junior MasterChef Australia adalah sebuah rancangan pertandingan memasak dari negara Australia. Ini adalah terbitan pecahan dari MasterChef Australia , yang juga merupakan adaptasi dari Inggeris iaitu Masterchef (UK). Peserta MasterChef bagi edisi ini terdiri daripada kanak-kanak berusia 8 hingga 13 tahun. Siri ini bermula dengan melibatkan 50 peserta lalu ditapis.

Junior MasterChef Australia
GenreMasakan
JuriGary Mehigan
Anna Gare
George Calombaris
Matt Preston
Penggubah lagu tema
Robbie Williams dan Kylie Minogue
Lagu pembukaanKids
Negara asalAustralia
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod17
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalNetwork Ten
Format gambar576i (SDTV)
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal12 September 2010
Kronologi
MengikutiMasterChef Australia (musim 2)
Diikuti olehMasterChef Australia (musim 3)
Pautan luar
Laman sesawang

Gary Mehigan, George Calombaris dan Matt Preston kembali bersama juri baru, Anna Gare. Matt Moran pula muncul pada musim kedua bagi menggantikan Matt Preston. Callum Hann juga telah terlibat dalam siri ini.

Berbeza dengan siri sebelumnya, Junior MasterChef Australia dihasilkan oleh Shine Australia. Promo itu dapat dilihat semasa episod akhir MasterChef Australia (Musim 2).

PerubahanSunting

Dalam siri Junior, peserta tidak akan disingkirkan setiap minggu, tetapi empat akan disingkir pada waktu selepas Top 12 diputuskan. Setiap peserta yang disingkirkan juga akan menerima hadiah.

MusimSunting

Musim 1Sunting

Penerbitan versi kanak-kanak ini asalnya dicadangkan pada Oktober 2009. Siri pertamanya menampilkan peserta semuda 8 hingga 12 tahun dan dirakamkan selepas siri kedua MasterChef Australia. Isabella Bliss yang berusia 12 tahun memenangi Junior MasterChef buat julung kalinya.

Musim 2Sunting

Junior MasterChef diperbaharui pada 15 November 2010 akibat sambutan yang kuat lalu kembali untuk musim kedua pada 2011. Penggambaran bermula pada 28 Julai 2011 untuk tayangan bermula Oktober 2011. Greta Yaxley berusia 11 tahun dari Australia barat memenangi Junior MasterChef bagi tahun 2011.

RujukanSunting