Dato' Seri Haji Junus bin Wahid adalah seorang ahli politik Malaysia kelahiran Perak dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak ke- dan pernah menjadi Ahli DUN Slim River, Perak.

Dato' Seri

Junus Wahid

S.P.M.P. (Perak), D.P.C.M. (Perak), A.M.P., A.M.N., P.P.T.
Yang Dipertua
Dewan Undangan Negeri Perak
Dalam jawatan
1999 – 2004
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Dalam jawatan
1986 – 2004
Digantikan olehMohd. Khusairi Abdul Talib (BN-UMNO)
Kawasan pilihan rayaSlim, Perak
Butiran peribadi
Lahir(1947-12-23)23 Disember 1947
Chikus, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak
Meninggal dunia03 Februari 2016
Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
PasanganDatin Seri Insah Daharun
PekerjaanAhli politik

Latar belakangSunting

Junus Wahid dilahirkan di Chikus, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada 23 Disember 1947. Bapanya Wahid bin Malim Ibrahim merupakan seorang pesawah padi dan ibunya Jani bind Lebai Musa, seorang suri rumah turut membantu suami di sawah. Anak kelima daripada enam orang adik-beradik ini mengharungi hidup yang sukar sewaktu kecil, apabila bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih di sekolah rendah. Akibat pemergian bapanya, Junus tinggal bersama ibu saudaranya buat seketika dan kemudian pula bersama bapa saudaranya[1].

Junus mula mengenali isterinya Insah binti Daharun semasa mereka bersama-sama menjadi guru di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Hutan Melintang. Hubungan yang terjalin diikat dengan pertunangan pada tahun 1966. Sewaktu Junus menuntut di Universiti Malaya, Insah menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dari tahun 1969 hingga 1970. Guru manis lulusan maktab ini seterusnya mengajar di Kampung Chepor, Lenggong. Setelah berkahwin dengan suaminya pada 15 Mac 1970, Insah kemudian mengajar di Sekolah Sri Petaling, Petalingjaya pada tahun 1971. Insah meneruskan kariernya sebagai guru sehingga lO Julai 1992 apabila beliau memilih sendiri untuk bersara. Mereka dikurniakan lima orang anak perempuan.

PendidikanSunting

Setelah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, beliau merantau ke Johor dan bekerja sebagai penyelia ladang getah selama setahun. Dari tahun 1966 hingga 1968, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Hutan Melintang dan menjalani latihan guru di Pusat Latihan Wilayah Teluk Intan. Beliau mengambil peperiksaan Sijil Sekolah Tinggi dan berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dari tahun 1969 hingga 1971.

KerjayaSunting

Junus memulakan tugas sebagai Penolong Kanan di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor dari tahun 1972 hingga 1974. Pada tahun 1975 hingga 1978 beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Setelah itu beliau memegang jawatan pengetua di beberapa buah sekolah menengah, seperti Sekolah Menengah Sri Tapah, Sekolah Menengah Sungkai, dan Sekolah Menengah Sri Kampar. [1]

PolitikSunting

Bidang pendidikan yang diceburinya ditinggalkan apabila beliau diberi kepercayaan oleh Barisan Nasional bertanding kerusi DUN Slim River pada tahun 1986. Beliau seterusnya dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Belia dan Sukan dan Kebajikan Masyarakat. Pada pilihanraya umum berikumya, iaitu pada 22 Oktober 1990, beliau sekali lagi dipilih untuk mewakili kerusi yang sama. Beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Slim River dengan majorid 9781 undi, mengalahkan calon Semangat 46, Auzir bin Mohd Yaacob. Beliau sekali lagi dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Industri, Perbadanan Awam, Kebudayaan, dan Pelancongan. [1]

Junus mula aktif dalam UMNO sewaktu beliau bertugas di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor pada tahun 1972. Bermula daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bidor, beliau seterusnya dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim dari tahun 1976 hingga 1980. Seterusnya beliau dipilih pula menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim selama enam tahun sejak 1980. Dari tahun 1982 hingga 1984 beliau juga dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMN O Perak. Kewibawaan berpolitiknya terserlah sejak tahun 1976 lagi. Sewaktu beliau menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO beliau juga dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Apabila had umur tidak mengizinkan beliau menjadi Ketua Pemuda, beliau telah dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim sehingga ke hari ini. Di peringkat Perhubungan' UMN O Negeri Perak, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMN O Perak dari tahun 1986 hingga sekarang. Selain itu beliau juga menjadi Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia.[1]

Anugerah & pengiktirafanSunting

Junus Wahid telah dikurniakan PPT (1978), AMN (1980), AMP (1986), DPCM (1990), dan SPMP (1997)

KematianSunting

Junus Wahid meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh, jam 10.10 pagi 3 Februari 2016, akibat barah prostat.[2]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Raja Noora Ashikin Raja Abdullah (1994). Suara dan Amanah : Sketsa Pemimpin Perak (PDF). Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn Bhd.
  2. ^ "Bekas Speaker Perak meninggal dunia".