Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika

Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika ialah jurnal saintifik akses terbuka berulasan sejawat yang diterbitkan empat kali setahun oleh Pusat Penerbit UPM ( Universiti Putra Malaysia ). Kandungan yang diterbitkan merangkumi semua aspek penyelidikan pertanian tropika dan bidang berkaitan. Ketua Pengarang ialah Phebe Ding (Universiti Putra Malaysia)

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science 
Maklumat umum
DisiplinPertanian tropika
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Disunting olehPhebe Ding
Butiran penerbitan
Sejarah1978–kini
PenerbitPusat Penerbit Universiti Putra Malaysia
Negara/wilayahMalaysia Edit the value on Wikidata
KekerapanSuku tahunan
Ya
Singkatan
ISO 4Pertanika J. Trop. Agric. Sci.
Pengindeksan
CODENPJTSE9
ISSN1511-3701
2231-8542
No. OCLC316259460
Pautan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pertanika (1978-1992) sunting

Pertanika telah memulakan penerbitan pertama pada Julai 1978. Penerbitan isu pertama jernal (jurnal) Pertanika dikendalikan oleh sidang pengarang yang juga merupakan Jawatankuasa Kecil Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.[1] Nama Pertanika telah diinspirasikan oleh 'Pertanian' yang merupakan asas penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (nama asal Universiti Putra Malaysia).

Ketua editor atau ketua pengarang pertama bagi jernal (jurnal) Pertanika ialah Dr. John Joseph Augustin (1978- 1982) yang juga ketika itu merupakan ahli Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri, wakil Universiti Pertanian Malaysia dalam Jawatankuasa Penasihat Bahasa Pusat Perkembangan Kurrikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan memegang beberapa jawatan penting lain.[2] Beliau telah dibantu oleh Dato' Profesor Dr. Ahmad Mahdzan Ayob, bekas Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Utara Malaysia yang ketika itu merupakan pengurus perniagaan Pertanika dan beberapa ahli sidang pengarang lain seperti Prof. Emeritus Chin Hoong Fong.

Penyelarasan semula Pertanika kepada tiga judul baharu (1993- kini) sunting

Pada tahun 1992, Pertanika telah diselaraskan semula dan dibahagikan kepada tiga jurnal untuk memenuhi keperluan jurnal khusus dalam bidang pengajian yang sejajar dengan kekuatan universiti. Jurnal dalam siri Pertanika yang lain ialah Jurnal Pertanika Sains & Teknologi dan Jurnal Pertanika Sains Sosial & Kemanusian. [3] Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika kekal meneruskan legasi asal Pertanika sehingga kini yang lebih menjurus kepada penerbitan penyelidikan berasaskan pertanian tropika.

Jurnal ini telah tersenarai dalam indeks petikan Scopus pada Julai 2007.[4]

Pada tahun 2016, Jurnal Pertanika Sains Pertanian Tropika telah menerima status taraf Skim Galakan Penerbitan (CREAM) 2016 bagi kategori Jurnal berpotensi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.[5]

Ketiga-tiga judul Pertanika kini diterajui oleh Prof. Dr. Ir. Mohd Sapuan Salit semenjak Oktober 2022 selaku Ketua Editor Eksekutif (Chief Executive Editor). [6] Antara Ketua Editor Eksekutif yang pernah menerajui Pertanika ialah Dato'. Prof. Dr. Abu Bakar Salleh (Julai 2018-Mac 2021) yang juga merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia. [7]

Jurnal-jurnal lain yang menggunakan tajuk judul Pertanika (2013 - kini) sunting

Selain daripada tiga jurnal yang diselaraskan semula pada tahun 1992, terdapat juga jurnal-jurnal yang menggunakan tajuk judul Pertanika.

  • Jurnal Pertanika Mahawangsa merupakan jurnal yang baharu ditubuhkan pada tahun 2013. Walaupun jurnal ini menggunakan tajuk judul Pertanika, jurnal ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Penerbitan Jurnal, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia manakala tiga judul jurnal Pertanika yang lain dikendalikan oleh Seksyen Penerbitan Jurnal, Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia.[8]
  • Pertanika Journal of Scholarly Research Reviews ialah jurnal pasca-siswazah yang dikendalikan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia yang mula diterbitkan pada Disember 2015.[9]
 
Bahagian isi kandungan jurnal Pertanika isu pertama Julai 1978

Abstrak dan pengindeksan sunting

Jurnal disarikan dan diindeks dalam:

Rujukan sunting

  1. ^ "Laporan Tahunan 1977-1978 Universiti Pertanian Malaysia" (PDF).
  2. ^ "Laporan Tahunan 1977-1978 Universiti Pertanian Malaysia" (PDF).
  3. ^ "Mengenai Pertanika Jurnal". penerbit.upm.edu.my. PENERBIT UPM. Dicapai pada 2023-05-16.
  4. ^ "Laporan Tahunan 2007 Universiti Putra Malaysia" (PDF).
  5. ^ "Tiga Pensyarah UPM Dianugerahkan Malaysia's Rising Star Award 2016 | Universiti Putra Malaysia". www.upm.edu.my. Dicapai pada 2023-07-27.
  6. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-07-27.
  7. ^ Abu Bakar Salleh (dalam bahasa Inggeris), 2023-07-27, dicapai pada 2023-07-27
  8. ^ Jurnal Pertanika Mahawangsa, 2023-07-27, dicapai pada 2023-07-27
  9. ^ "The Pertanika Journal Of Scholarly Research Reviews (PJSRR) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH". sgs.upm.edu.my. Dicapai pada 2023-07-27.
  10. ^ a b c Templat:Cite MIAR
  11. ^ a b c "Web of Science Master Journal List". Intellectual Property & Science. Clarivate. Dicapai pada 2023-05-16.
  12. ^ "Serials cited". CAB Abstracts. CABI. Dicapai pada 2023-05-16.
  13. ^ "CAS Source Index". Chemical Abstracts Service. American Chemical Society. Dicapai pada 2023-05-16.
  14. ^ "Source details: Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science". Scopus Preview. Elsevier. Dicapai pada 2023-05-16.

Pautan luar sunting