Jus sanguinis (disebut [yus san-gui-nis], Latin: hak darah) ialah suatu prinsip undang-undang kewarganegaraan di mana kewarganegaraan tidak ditentukan melalui tempat kelahiran sebaliknya dengan mempunyai satu atau dua orang tua keluarga (ibu bapa) yang merupakan warganegara sesebuah negara. Anak-anak yang dilahirkan boleh secara automatiknya menjadi warganegara jika orang tua mereka mempunyai kewarganegaraan atau identiti kebangsaan yang bersifat etnik, budaya dan sebagainya.[1] Kewarganegaraan juga boleh dipakai pada anak-anak mereka yang berada dalam diaspora dan sendirinya bukan warga negara pemberi kewarganegaraan, berbanding dengan jus soli (Latin: hak tanah).[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Kostakopoulou, Dora (2008). The Future Governance of Citizenship. Cambridge University Press. m/s. 26–27.
  2. ^ Vink, Maarten Peter; de Groot, Gerard-René (November 2010). "Birthright Citizenship: Trends and Regulations in Europe" (PDF). Florence: European University Institute. m/s. 35.