Justin Hoh

pemain badminton Malaysia

Justin Hoh Shou Wei (Bahasa Cina: 贺首维; lahir 1 April 2004) ialah seorang pemain badminton Malaysia.[1][2] Hoh menduduki tempat pertama dalam Kedudukan Remaja Dunia BWF dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki pada 1 April 2022.[3]

Justin Hoh Shou Wei
贺首维
Maklumat peribadi
NegaraMalaysia
Lahir (2004-04-01) 1 April 2004 (umur 20)
Kuala Lumpur, Malaysia[1]
Tahun aktif2017–kini
Cakat tanganKanan
JurulatihMisbun Sidek
Perseorangan lelaki
Rekod karier95 menang, 20 kalah
Ranking tertinggi282 (17 Oktober 2022)
Ranking semasa292 (1 November 2022)
Profil BWF

Kerjaya sunting

2019 sunting

Pada 15 Disember 2019, Hoh memenangi Kejohanan Badminton Remaja Asia B-17 atau dikenali sebagai Kejohanan Badminton Remaja Asia menewaskan Jason Gunawan dari Hong Kong dalam perlawanan akhir Perseorangan Lelaki B-17.[4] Hanya seminggu selepas itu, dia memenangi kejuaraan Beregu Lelaki B-19 dalam Siri Antarabangsa Remaja Bangladesh bersama pasangannya Muhammad Fazriq Mohammad Razif menewaskan rakan senegaranya Eon Eogene Ewe & Ong Zhen Yi di perlawanan akhir.[5]

2021 sunting

Selepas lebih setahun tidak bertanding di peringkat antarabangsa kerana pandemik, pada 31 Oktober 2021 Hoh membuat kemunculan semula pada Remaja Finland di mana beliau memenangi gelaran Beregu Lelaki B-19 bersama pasangannya Ong Zhen Yi, menewaskan rakan senegara Muhammad Fazriq Mohammad Razif & Wong Vin Sean dalam Final Seluruh Malaysia.[6]

2022 sunting

Pada 30 Mei 2022, Hoh memenangi Kejohanan Petronas Bawah 21 Tahun Kebangsaan buat kali pertama selepas menewaskan Chia Jeng Hon.[7] Beliau memenangi gelaran senior pertamanya di Antarabangsa Bonn selepas menewaskan Su Li Yang di perlawanan akhir.[8] Beliau kemudiannya memenangi gelaran senior kedua pada minggu berikutnya di Terbuka Croatia, selepas menewaskan Nguyen Hai Dang dari Vietnam dalam masa 80 minit.[9][10] Pada 28 Ogos, dia memenangi gelaran antarabangsa ketiganya untuk musim ini di Siri Antarabangsa Junior India selepas mengalahkan lawannya, Pranay Shettigar dari India.[11]

Pencapaian sunting

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (2 gelaran) sunting

Perseorangan lelaki

Year Tournament Opponent Score Result
2022 Antarabangsa Bonn   Su Li-yang 21–19, 21–17   Juara
2022 Terbuka Croatia   Nguyễn Hải Đăng 21–15, 16–21, 21–18   Juara
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Masa Depan BWF

Antarabangsa Remaja BWF (3 gelaran, 1 naib juara) sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2022 Antarabangsa Remaja India   Pranay Shettigar 21–18, 21–14   Juara

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Lawan Skor Keputusan
2021 Remaja Finland   Ong Zhen Yi   Muhammad Fazriq Mohamad Razif
  Wong Vin Sean
23–21, 17–21, 21–18   Juara
2019 Bangladesh Junior   Muhammad Fazriq Mohamad Razif   Eogene Ewe
  Ong Zhen Yi
13–21, 22–20, 21–12   Juara
2019 Remaja Malaysia   Muhammad Fazriq Mohamad Razif   Ooi Jhy Dar
  Yap Roy King
14–21, 14–21   Naib juara
     Kejohanan Grand Prix Antarabangsa Remaja BWF
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa Remaja BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa Remaja BWF
     Kejohanan Siri Masa Depan Remaja BWF

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Justin Hoh Shou Wei | BAM". bam.org.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  2. ^ "HOH Justin | Profile". bwfworldtourfinals.bwfbadminton.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  3. ^ "BWF Junior Rankings (1/4/2022)". Tournamentsoftware.com (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022.
  4. ^ "Justin wins Asia Junior U-17 Crown". bam.org.my (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2019.
  5. ^ "Bangladesh Junior IS: Young Malaysians Dominant in Dhaka". bam.org.my (dalam bahasa Inggeris). 22 Disember 2019.
  6. ^ "Doubles success soothes Justin's singles pain in Finland". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2021.
  7. ^ "Justin dominasi kejohanan Bawah 21 Tahun". Harian Metro. 30 Mei 2022. Dicapai pada 5 November 2022.
  8. ^ "Ambitious Justin aiming high". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 21 Jun 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  9. ^ "Terbuka Croatia: Justin Hoh Raih Kejuaraan Senior Kedua Untuk Tahun 2022". Sukanz. 24 Jun 2022. Dicapai pada 5 November 2022.
  10. ^ "Justin lakar kejutan tawan Terbuka Croatia". Kosmo!. 25 Jun 2022. Dicapai pada 5 November 2022.
  11. ^ "Justin bags fourth title of the season". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 28 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.

Pautan luar sunting