Justin Dean Kluivert (lahir 5 Mei 1999)[3] merupakan seorang pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi sayap untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Belanda.

Justin Kluivert
Maklumat peribadi
Nama penuh Justin Dean Kluivert[1]
Tarikh lahir (1999-05-05) 5 Mei 1999 (umur 24)
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7 in)[2]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 34
Kerjaya remaja
2005–2006 SV Diemen
2007–2016 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2017 Jong Ajax 8 (2)
2016–2018 Ajax 44 (12)
2018– Roma 29 (1)
Pasukan kebangsaan
2013–2014 Belanda B15 5 (2)
2014–2015 Belanda B16 10 (3)
2015–2016 Belanda B17 16 (0)
2016 Belanda B18 3 (0)
2016–2017 Belanda B19 6 (0)
2017– Belanda B21 2 (1)
2018– Belanda 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:31, 4 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 September 2018

Kerjaya kelab sunting

Ajax sunting

Kluivert menyertai program belia AFC Ajax dan menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Ajax.[4] Beliau melakukan penampilan pertamanya di Eerste Divisie ketika bersama Jong Ajax pada 16 September 2016 menentang MVV.[5] Beliau juga beraksi dalam Liga Belia UEFA 2016-17 dan turut menjaringkan gol ketika menentang PAOK pada 2 November.[6]

Kluivert melakukan penampilan sulungnya di Eredivisie pada 15 Januari 2017 ketika pasukannya menang 3-1 ke atas PEC Zwolle.[7] Seterusnya, beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 19 Mac semas menentang SBV Excelsior. Beliau tampil dalam enam perlawanan di kejohanan Liga Europa yang menyaksikan Ajax mara ke final namun tewas kepada Manchester United.

Pada 26 November 2017, Kluivert memulakan kempen dengan menjaringkan hatrik ketika membelasah Roda JC 5-1.[8]

Roma sunting

Pada 12 Jun 2018, Kluivert berpindah ke kelab Itali Roma berikutan panggilan telefon yang dibuat oleh legenda Francesco Totti kepada bapanya dengan perpindahan sebanyak €18.75 juta.[9][10] Beliau memillih jersi bernombor 34 di Roma sebagai tanda sokongan kepada kawan baiknya dan bekas rakan sepasukannya di Ajax, Abdelhak Nouri. Nouri menghidapi penyakit jantung pada 2017 dan terpaksa menamatkan kariernya dengan serta merta.[11][12]

Kluivert menjadi pemain Roma termuda yang menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas meledak gol dalam perlawanan menentang Viktoria Plzeň pada 3 Oktober 2018.[13] Gol tersebut juga merupakan gol pertama Kluivert untuk Giallorossi dan beliau dedikasikan gol tersebut kepada Nouri.[14] Pada 16 Disember, beliau menjaringkan gol sulungnya di Serie A ketika pasukannya melakar kemenangan 3-2 ke atas Genoa.[15]

Kerjaya antarabangsa sunting

Dalam Kejohanan Eropah bawah-16 2013, Kluivert telah beraksi dalam sepanjang kejohanan di mana Belanda telah mara ke separuh akhir.

Kluivert menerima panggilan pertama untuk skuad senior oleh Ronald Koeman pada Mac untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang England dan Portugal.[16] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk senior pada 26 Mac ketika Belanda meraih kemenangan 3-0 ke atas juara Eropah, Portugal. Beliau masuk menggantikan Memphis Depay dan bermain selama 12 minit sebelum wisel penamat ditiupkan. [17]

Kehidupan peribadi sunting

Justin Kluivert merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak antarabangsa Belanda, Patrick Kluivert dan cucu kepada bekas pemain bola sepak Suriname, Kenneth Kluivert.[18] Beliau juga berasal daripada keturunan Curaçao melalui keturunan sebelah neneknya.[19]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Jong Ajax 2016–17 8 2 0 0 0 0 8 2
  Ajax 2016–17 14 2 0 0 6 0 20 2
2017–18 30 10 2 1 4 0 36 11
Jumlah 44 12 2 1 10 0 56 13
  Roma 2018–19 29 1 1 0 5 1 35 2
Jumlah kerjaya 81 15 3 1 15 1 99 17

Antarabangsa sunting

Sehingga 6 September 2018.
Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2018 2 0
Jumlah 2 0

Pencapaian sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Champions League squad list submitted". A.S. Roma. 3 September 2018. Dicapai pada 30 January 2019.
  2. ^ https://www.asroma.com/en/team/players-and-staff/justin-kluivert#tab_player-stats=distribution&tab_player=profile
  3. ^ Luckhurst, Samuel (2018-03-08). "Justin Kluivert finally reveals what Man United manager Jose Mourinho told him". men. Dicapai pada 2018-10-16.
  4. ^ "Ajax signs contract with Justin Kluivert". ajax.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 1 July 2016.
  5. ^ "MVV Maastricht vs. Jong Ajax - 16 September 2016". Soccerway. Dicapai pada 17 September 2016.
  6. ^ "Ajax A1 boekt overtuigende Youth League-zege bij PAOK". FC Update. 2 November 2016. Dicapai pada 8 January 2019.
  7. ^ PEC Zwolle vs. Ajax - 15 January 2017, Soccerway. Retrieved 16 January 2017
  8. ^ "Justin Kluivert scores hat trick as Ajax thrash Roda JC". ESPN FC. 26 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017.
  9. ^ [1]
  10. ^ "Serie A - Calcio: Roma sign Ajax winger Justin Kluivert". MARCA in English. Dicapai pada 12 June 2018.
  11. ^ "Kluivert honours Nouri with Roma shirt number choice". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-18.
  12. ^ Ciaran Varley (8 January 2019). "The touching reason players are wearing the number 34". BBC. Dicapai pada 9 January 2019.
  13. ^ "KLUIVERT AIMING FOR MORE AFTER BECOMING ROMA'S YOUNGEST UCL GOALSCORER". www.asroma.com.
  14. ^ "Football news - Justin Kluivert dedicates first Roma goal to former team-mate Abdelhak Nouri". Eurosport.
  15. ^ "Soccer-Relief for Di Francesco as Roma fight back to beat Genoa". Reuters. 16 December 2018. Dicapai pada 27 December 2018.
  16. ^ Labellarte, Giuseppe (22 March 2018). "Ronald Koeman urges Justin Kluivert to remain in Dutch Eredivisie". Sports Mole. Dicapai pada 26 March 2018.
  17. ^ "Cristiano Ronaldo and Portugal suffer heavy defeat by Netherlands". The Guardian. Reuters. 26 March 2018. Dicapai pada 26 March 2018.
  18. ^ "Ajax's Justin Kluivert wants to be the best and not just famous for his dad". The Guardian.
  19. ^ Smith, Chad (19 August 2017). "THE RISE OF FOOTBALL IN CURAÇAO AND THE INFLUENCE OF PATRICK KLUIVERT". These Football Times. Dicapai pada 8 January 2019.
  20. ^ "Justin Kluivert is uitgeroepen tot Talent van de Toekomst!" (dalam bahasa Dutch). AFC Ajax – melalui Twitter.CS1 maint: unrecognized language (link)Templat:Primary source inline