Juwita Suwito (lahir 31 Mac 1977) merupakan seorang penyanyi dan penggubah bebas Malaysia yang dikenali dengan lagu bahasa Inggeris seperti SMS, Only In the Dark dan sebagainya. Beliau juga merupakan penyanyi asal lagu tema bagi rancangan realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia dan juga lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2007. Anak kacukan Indonesia-Singapura ini merupakan adik kepada Aubrey Suwito.

Juwita Suwito
Kelahiran (1977-03-31) 31 Mac 1977 (umur 47)
Melaka, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Oops! Asia (2004-2006)
Four Forty Records (2006–kini)
Pengkarya berkait
Liang, Altered Frequency, Jaclyn Victor
Laman sesawang
www.juwitasuwito.com — Laman rasmi

Biografi sunting

Sewaktu mengakhiri zaman remaja, Juwita mula menyokong artis terkenal Malaysia sebagai penyanyi latar di gig, konsert mega dan upacara penganugerahan besar, serta dipanggil untuk merakam demo lagu untuk penerbit rantau Asia Timur. Contohnya, persembahan Breathe Again beliau diterbit oleh Warner Music Taiwan dalam runut bunyi bagi siri drama berbahasa Mandarin The Outsiders.

Pada bulan Julai 2003, sewaktu mewakili Malaysia di YWCA World Council & International Women’s Summit di Brisbane, Australia, Juwita mendendangkan sebuah lagu yang digubahnya berdasarkan tema sidang kemuncak itu, Leading Change, yang mengekspresikan keghairahan beliau untuk mendorong para pemuda untuk menggunakan kebolehan kurniaan Tuhan untuk menyalurkan arus perubahan kepada masyarakat.

Pada tahun 2004, Juwita diberi tanggungjawab untuk melatih para peserta Malaysian Idol bagi dua tahun berturut-turut. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pelatih undangan di One in a Million dan program realiti TV yang lain.

Pada tahun 2005, album solo sulung beliau, Brand New World dipilih sebagai penerima anugerah Album Inggeris Terbaik di Anugerah Industri Muzik serta pencalonan untuk Persembahan Vokal Wanita Terbaik dalam Sebuah Album. Sejak keluarnya album ini, Juwita pernah membuat persembahan di pelbagai acara, perhimpunan belia dan konsert di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan juga Australia.

Album kedua beliau, Juwita Suwito - For Real yang dipasarkan mulai 2006, merangkumi lagu-lagu gubahan Juwita sendiri, seperti Beautiful Lies (yang dipetik dari runut bunyi filem Gol & Gincu) dan lagu klasik Desperado yang dipopularkan oleh kumpulan The Eagles, serta lagu berbahasa Melayu berjudul Teman Sejati digubah beliau bersama Habsah Hassan dan runut pop rock beliau, Walk Away yang disambut baik oleh stesen radio Malaysia. Lagu-lagu ini menonjolkan realiti hidup di dalam mata seorang dewasa muda dalam gaya yang penuh perasaan tetapi pada masa yang sama segar dan kontemporari.[1] Album ini juga dicalonkan untuk Album Inggeris Terbaik pada AIM yang ke-14 pada tahun 2007.

Pada tahun 2006 juga, Juwita terlibat dalam rakaman lagu tema baru bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2007. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa beliaulah yang menyumbangkan vokal kepada lagu ini sehingga identitinya dibongkarkan pada pertengahan tahun 2007.[2]

Diskografi sunting

  • 2004: Brand New World (album)
  • 2006: For Real (album)
  • 2008: Take Five with Juwita Suwito at Avanti (EP)

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.juwitasuwito.com/bio.html Diarkibkan 2010-02-11 di Wayback Machine Biografi Juwita Suwito (Inggeris)
  2. ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2007/6/23/central/18073936&sec=central[pautan mati kekal] Juwita Suwito is the voice behind the VMY song, the Star Metro Central, 23 Jun 2007.

Pautan luar sunting