K. Fatimah

Ngatimah binti Kasbie atau lebih dikenali sebagai K. Fatimah (lahir 3 Jun 1940) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu.[1][2]

K. Fatimah
Kelahiran
Ngatimah binti Kasbie

(1940-06-03) 3 Jun 1940 (umur 82)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon, penari
Tahun aktif1960–1989
MajikanMalay Film Productions
PasanganYusof Majid

Kehidupan PeribadiSunting

Beliau mendirikan rumahtangga bersama Yusof Hj Majid dan dikurniakan lima orang anak (3 lelaki dan 2 perempuan). Mereka kini masih menetap di Singapura.

Kerjaya SeniSunting

Sebelum menceburkan diri di dalam seni lakonan, beliau pernah dinobatkan sebagai Juara Ratu Kebaya / Cantik sebanyak dua kali berturut-turut di Singapura dan sekali di Johor Bahru pada tahun 1950-an ketika beliau berusia belasan tahun lagi. Beliau hanya menyertai peraduan itu secara suka-suka kerana ingin menemani temannya iaitu Fatimah Ahmad. Oleh kerana kedua-duanya ini telah berjaya di dalam peraduan tersebut, ia telah menambat hati pihak Shaw Brothers untuk mengambil mereka menjadi salah satu pelakon Malay Film Productions dan mereka juga telah diundang untuk menyertai peraduan Menjadi Bintang dan berjaya dipilih bersama dua lagi peserta untuk menjalani ujibakat pada 18 Julai 1959 di Studio Jalan Ampas. Antara pengarah yang melakukan uji bakat tersebut ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Jamil Sulong. Dikhabarnya, mereka akan diberi watak pembantu untuk filem arahan Tan Sri P. Ramlee bertajuk Badang namun filem itu tidak menjadi kenyataan.

Beliau mula berkecimpung di dalam bidang seni lakonan pada awal tahun 1960 dan filem Isi Neraka merupakan filem lakonannya yang pertama tanpa dialog. P. Ramlee yang bertanggungjawab menukar nama Ngatimah kepada Fatimah. Lazimnya, beliau akan menukar nama pelakon dibawah arahannya, dan sering membawa tuah dalam kerjaya seni.[3]

Watak lakonan yang paling diingati ialah:

Selepas filem Ibu Mertua-ku, K. Fatimah hilang dalam dunia lakonan kerana ingin menumpukan masanya dengan keluarga. Pada tahun 1987, pengarah Ahmad Fauzee, telah mengundang beliau untuk muncul sebagai pelakon undangan di dalam filem Kolej 56 dan itulah filem terakhir beliau.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1960 Isi Neraka Filem pertama
Sumpah Wanita Puteri Raja
1961 Indera Bangsawan Permaisuri Raja
Ali Baba Bujang Lapok Norsiah
Seniman Bujang Lapok Isteri Kedua Abang Kus
Panji Semerang Puteri Nilawati
1962 Ibu Mertua-ku Salbiah
Siti Muslihat Bibah (isteri Khamis)
1989 Kolej 56 Isteri Majikan Bapa Rosli Filem terakhir, pelakon undangan

RujukanSunting

Pautan luarSunting