Kattassery Joseph Yesudas (lahir 10 Januari 1940) ialah pemuzik dan penyanyi latar India. Yesudas menyanyikan lagu-lagu klasik, kerohanian dan sinematik India. Beliau telah merakamkan lebih daripada lapan puluh lagu dalam beberapa bahasa India, termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Hindi, Kannada, Bengali, Odia serta Arab, Inggeris, Latin, dan Rusia, semasa kerjaya yang melangkaui lebih dari lima dekad. Kerap dipanggil sebagai Gaanagandharvan (ഗാനഗന്ധർവ്വൻ / Penyanyi Samawi), beliau dianggap sebagai penyanyi India paling hebat sepanjang masa.[1][2]


K. J. Yesudas
Kelahiran
Kattassery Joseph Yesudas

(1940-01-10) 10 Januari 1940 (umur 84)
Nama lainDasettan, Gaanagandharvan
Pusat pendidikanKolej Muzik Swathi Thirunal, Thiruvananthapuram
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Komposer
Tahun aktif1961–kini
PasanganPrabha (k. 1970)
Anak-anak
AnugerahPadma Vibhushan (2017)
Padma Bhushan (2002)
Padma Shri (1977)
Kerjaya muzik
Genre
  • muzik klasik India
  • nyanyian latar
  • Filmi
Laman web rasmidrkjyesudas.com

Yesudas telah mempersembahkan di kebanyakan bahasa India kecuali Punjabi, Assam, Konkani, dan Kashmir.[3][4] Beliau juga telah membuat beberapa lagu filem Malayalam sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an.

Yesudas memenangi Anugerah Kebangsaan untuk Penyanyi Latar lelaki Terbaik lapan kali, Anugerah Filmfare Selatan lima kali, dan Anugerah Negeri untuk Penyanyi Latar Lelaki Terbaik empat puluh tiga kali, termasuk anugerah yang diberikan oleh kerajaan negeri Kerala, Tamil Nadu, Andhra Pradesh, Karnataka, dan Bengal Barat.[1] Beliau telah dianugerahkan Padma Shri pada tahun 1975, Padma Bhushan pada tahun 2002, dan Padma Vibhushan (penghargaan awam tertinggi kedua) pada tahun 2017 oleh Kerajaan India atas sumbangannya terhadap seni.[5] Pada tahun 2011 Yesudas dikurniakan dengan anugerah pencapaian cemerlang CNN-IBN telah merakamkan lebih daripada 80,000 lagu dalam kerjaya lima dekad.[6] Pada tahun 2006, beliau menyanyikan 16 lagu dalam empat bahasa India Selatan pada hari yang sama di AVM Studio, Chennai.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Music legend Yesudas turns 70". The Hindu. Chennai, India. 10 January 2010. Dicapai pada 8 January 2011.
  2. ^ "'I don't sing trendy music'". Rediff. Dicapai pada 2009-09-06.
  3. ^ "Those magical moments..." Chennai, India: The Hindu. 3 September 2002. Dicapai pada 2009-08-19.
  4. ^ "Life devoted to music". The Hindu. 1 February 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-29. Dicapai pada 2009-08-19.
  5. ^ "Padma Bhushan Awardees – Padma Awards – My India, My Pride". India.gov.in. Dicapai pada 2011-09-09.
  6. ^ "Yesudas receives CNN-IBN 'Indian of the Year' award". 17 December 2011. Dicapai pada 2016-09-01.
  7. ^ "One for the records". Chennai, India: The Hindu. 1 December 2006. Dicapai pada 2010-05-01.

Pautan luar sunting