K. Pathmanaban

K. Pathmanathan (40 tahun) menetap di Ipoh, Perak. Pada 12 April 2009, beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Mohd. Ridzuan Abdullah. Sebagai bapa, beliau turut membawa 3 anaknya memeluk agama Islam. 3 anaknya iaitu ialah Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.

Mohd. Ridzuan Abdullah memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh. Mereka berkahwin pada 10 April 1993 di Jabatan Pendaftaran Perak dan dikurniakan tiga anak.

Isterinya M. Indra Ghandhi, (35) masih lagi menganut agama Hindu.Indra bekerja sebagai guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak Seri Sedaya. Indra memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh.Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim memutuskan M Indira Ghandhi, 34, diberi hak penjagaan sementara bagi tiga kanak-kanak itu dan menetapkan 12 Mei untuk kes disebut semula.Si ayah dihalang daripada memasuki rumah Indra iaitu 39, Lorong 2B, Taman Permata, Ipoh.[1]

Kes ini membabitkan bidang kuasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah.

Status anakSunting

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah ini. Ia dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[2]

Pada 23 April 2009, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mengumumkan keputusan kabinet berhubung isu ini.Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur 18 tahun, hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.Undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu. Tujuannya bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab.

Bantahan 100 NGO IslamSunting

Keputusan kabinet ini dianggap tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.Tiada perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip mahu ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar mahu kabinet mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.[3] Istilah dalam Perkara 12(4) itu adalah `parent or guardian' bukan `parents or guardian' yang mana ia bermaksud `ibu atau bapa atau penjaga.

Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, seseorang kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkan.

Urutan kesSunting

  • Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.
  • Pada 5 Mei 2009, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.
  • Pada 11 Mac 2010, peguam Mohd Ridzuan, Mohammad Faizal Che Yusof menyatakan pihaknya telah memfailkan rayuan penangguhan pelaksanaan kehakiman dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
  • Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan.
  • Pada 11 Mac 2010, Hakim Wan Afrah memerintahkan hak penjagaan anak bongsu itu diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan SEJAK 2009.
  • Pada 1 April 2010, Mahkamah Tinggi Ipooh menolak permohonan seorang bapa supaya menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh bekas isterinya M. Indira Gandhi pada Mac 2010. Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam kamar selepas mendapati tiada keistimewaan dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah. Indira Gandhi diwakili M. Kulasegaran.[4]

Kes SubashiniSunting

Pada 2007, Mahkamah Persekutuan memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu. Kes ini dirujuk sebagai Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray.Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan, Hukum syarak menetapkan mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mesti seorang Islam kerana jika yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.[5]

RujukanSunting