Buka menu utama

Kemahiran Amal Islami(KAMIL)ialah pertandingan yang diadakan untuk Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, KAFA Integrasi, Sekolah Rendah Islam Dan Prasekolah Negeri Selangor yang menghimpunkan guru pembimbing dan peserta yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk mewakili sekolah dalam acara yang dipilih.Sebanyak 30 acara telah dipertandingkan untuk penyertaan dari SRA,SRAI,KAFAI, SRI manakala 9 acara untuk prasekolah JAIS.Tujuan JAIS dalam mengadakan pertandingan ini adalah untuk merapatkan ukhuwah serta bertujuan untuk mencungkil bakat para murid-murid.