KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar. Ia diuruskan oleh Y. S. Tang Holdings Sdn Bhd. Dengan keluasan 1 juta kaki persegi, ia menjadikan KB mall sebagai pusat beli-belah terbesar di pantai timur semenanjung malaysia sebelum pelancaran AEON Mall di Kota Bharu.

KB Mall
LokasiKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tarikh pembukaan2005
Bil. penyewa utamaPacific Hypermarket & Departmental Store, Pacific Bowling
Bil. tingkat3

Kompleks ini dibuka pada tahun 2005. Didalam pusat membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu Pacific Hypermarket & Departmental Store. Di tingkat atas, terdapat medan selera dan juga Pacific Bowling.

Tragedi kereta terbangSunting

 
Tragedi KB Mall 6 Disember 2009

Pada 6 Disember 2009 jam 5:00 petang, penduduk Kota Bharu di kejutkan dengan kejadian KB Mall Runtuh atau Kereta Terbang ekoran dentuman yang sangat kuat dimana sebuah kereta dari tempat paking tingkat atas melanggar tembok bumbung dan menjunam kedalam pasaraya tersebut. Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

Dalam insiden ini, dua pelajar dari Kolej Kesihatan Masterskill maut ditempat kejadian manakala dua yang lain cedera parah.al- fatihah

Tragedi cubaan bunuh diriSunting

Pada 24 Mac 2011 jam 5:00 petang,, sekali lagi tragedi berlaku di kompleks ini iaitu cubaan membunuh diri apabila seorang gadis nekad terjun dari bangunan ini. Bagaimanapun gadis tersebut berjaya terselamat walaupun telah jatuh dari bangunan tersebut tanpa sebarang kecederaan kerana pasukan Bomba dan Penyelamat telah meletakkan beberapa tilam dibawah bangunan tersebut.

Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk dikawasan tersebut.

Lihat jugaSunting