KD Jebat di Sydney Harbour pada 2013
Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Frigat (FFG)
Kelas: Yarrow F2000/Lekiu
Pembuat: BAE Systems Marine, Glasgow (dahulunya Yarrow Shipbuilders)
Ditempah: 1992
Mula dibina: November 1994
Dilancar: 25 Mei 1995
Ditauliah: 20 November 1999
Khidmat: skuadron frigat ke-23
Spesifikasi
Sesaran: 2270 tan
Panjang: 106 m
Lebar: 12.8 m
Dalam: 3.6 m
Tujahan: 4 x diesel menggerakkan 2 aci, menghasilkan 16,000 bhp
Kelajuan: 28 knot
Julat: 5000 batu (8000 kilometer)
Anak kapal: 146 dengan 18 pegawai
Persenjataan: Meriam : 1 x Meriam Dwi Kegunaan Bofors 57mm/70 + 2 x MSI 30 mm meriam Anti pesawat,

SAM : Seawolf SHORAD dengan 16 pelancar tegak Permukaan Ke Udara - SAM,

SSM : 2 x 4 sel MM40 Blk II Exocet SSM,

ASW : 2 x B515 triple 12.75 inci torpedo bagi melancarkan tiub Whitehead 324mm

Pesawat: 1 x helikopter ringan (Agusta Westland Super Lynx 300)
Pegawai Pemerintah: Kepten Aris Aditan Bin Abdullah
Unit: Skuadron Frigat ke-23 Tentera Laut Diraja Malaysia

KD Jebat merupakan kapal frigat peluru berpandu Tentera Laut Diraja Malaysia dan merupakan salah satu aset utama tentera laut Malaysia.

Kapal ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders UK di Glasgow (kini BAE Systems Naval Ships) dari reka bentuk FS 2000 frigat ringan. KD Lekiu telah dilancarkan pada Disember 1994 sementara KD Jebat dilancarkan pada Mei 1995. KD Hang Jebat membawa nombor panji yang lebih rendah (F 29) bagi melambangkan kekanan kapal ini, yang membawa panglima atau laksamana. (Hang Jebat menggantikan Hang Tuah sebagai Laksamana semasa Kesultanan Melaka sementara Hang Lekiu tidak pernah dijadikan Laksamana.)

Pembelian kapal ini membabitkan pemindahan teknologi yang utama termasuk sebahagian nilai kontrak termasuk membabitkan pembelian dan perkhidmatan yang dikontrakkan kepada syarikat Malaysia.

Penghantaran dan status beroperasi tergendala disebabkan masalah gabungan sistem tempur. KD Jebat ditauliahkan pada Mei 1999. Kapal ini mempunyai peningkatan kebolehan yang tinggi berbanding frigat yang telah digunakan sebelumnya oleh Tentera Diraja Laut Malaysia iaitu, F24 KD Rahmat dan F76 KD Hang Tuah (ex-HMS Mermaid).

KD Jebat kini ditugaskan dalam Skuadron Frigat ke-23 Tentera Laut Diraja Malaysia.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting