KD KERIS merupakan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia jenis kapal peronda kelas kelas "Kris" yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD KERIS memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh.[1]

KD KERIS merupakan kapal peronda yang bertempat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Ia kemudiannya diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 27 Jun 2006.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD Keris adalah KD KERIS dan KD SUNDANG.

Kapal dalam kelas "Kris" memiliki sesaran 96 tan piawaian, 109 tan muatan penuh. Ia sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 m dan ketinggian 1.7 m.

Ia memiliki kemudahan 10 bunk di mes belakang, 6 bunk di mes hadapan, 4 bunk untuk senior rate, 1 untuk CO dan 2 untuk XO dan NO. Bilangan kemudahan yang sedia ada adalah 23 orang krew.

Torpedo sunting

KD Keris tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan torpedo.

Peluru Berpandu sunting

KD Keris tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan peluru berpandu.

Meriam sunting

KD Keris dilengkapi dengan persenjataan 2 meriam 40/70 mm Bofors. Ia juga dilengkapi dengan Mesingan Kegunaan Umum (GPMG-General Purpose Machine Gun) belt-fed 7.62 mm.

Penangkis langkah balas sunting

KD Keris tidak dilengkapi dengan sebarang pertahanan pelancar umpan, sebaliknya menggunakan kelajuaannya bagi mempertahankan diri.

Pengesan sunting

KD Keris dilengkapi dengan Radar DECCA TM 616, COLLINS 618T HF Transceiver dan RACAL PTR 171 UHF Transceiver.

Tujahan sunting

Ia memiliki 2 enjin MTU MD655/18 diesel 3,580 kuasa kuda dengan dua gandar yang mampu menghasilkan kelajuan 27 knots. Ia memiliki julat perkhidmatan sejauh 3,074 KM pada kelajuan 14 knot.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting