KD Sri Johor merupakan kapal peronda tentera laut Malaysia jenis kapal peronda kelas "Kris" yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD Sri Johor memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh. KD Sri Johor merupakan kapal peronda yang bertempat di Skuadron 31, Sandakan, Sabah.[1]

KD Sri Johor (43) merupakan kapal peronda yang dibina oleh Vosper Ltd., di Portsmouth, England. Ia dibina pada 28 Julai 1967, dan dibeli pada 1965. Ia memiliki berat 96 tan piwaian, 109 tan berat penuh. KD Sri Johor adalah sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 meter dan kedalaman 1.7 meter. Ia mampu membawa 22 orang anak kapal.

Dengan pembangunan dan pembesaran peranan tentera laut, terutama selepas mengambil tanggung jawab bagi meronda persisiran pantai Sabah dan Sarawak pihak tentera laut Malaysiamenempah dari Vosper 14 kapal peronda bersaiz besar pada tahun 1965. Kapal peronda ini dinamakan kapal peronda kelas "Kris" dan dilengkapi dengan enjin yang lebih baik dan radar Decca 707. Ia turut dilengkapi dengan senjata lebih berat berbanding sebelumnya. Kapal peronda kelas "Kris" terakhir ditauliahkan pada tahun 1968. Kapal-kapal peronda ini terbukti tahan lasak dan memenuhi keperluan yang terbukti dengan tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun, yang merupakan kelas yang terlama berkhidmat dalam tentera laut DiRaja Malaysia.

Kapal ronda ini pada mulanya hanya bertujuan bagi rondaan persisiran pantai, tetapi dengan perlaksanaan konsep Zon Perikanan Esklusif EEZ ia telah dipertingkatkan dan dipermodenan sepanjang perkhidmatan mereka. Ini kerana mereka pada asalnya memiliki keupayaan beroperasi terhad dan bertujuan bagi rondaan antara 8 km dan 32 km dari persisiran sedangkan perairan negara terbentang lebih dari 320 km dan dijangka akan digantikan dengan kapal peronda yang lebih berkeupayaan. Ia kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Laut Malaysia pada 27 Jun 2006.

Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD Sri Johor adalah KD Kris, KD Sundang, KD Badek, KD Renchong, KD Tombak, KD 1967, KD Lembing, KD Serampang, KD Panah, KD Kerambit, KD Beladau, KD Kelewang, KD Rentaka, KD Sri Perlis, dan KD Sri Johor.

Kapal dalam kelas "Kris" memiliki seseran 96 tan piwaian, 109 tan muatan penuh. Ia sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 m dan ketinggian 1.7 m

Ia memiliki kemudahan 10 bunk di mes belakang, 6 bunk di mes hadapan, 4 bunk untuk senior rate, 1 untuk CO dan 2 untuk XO dan NO. Bilangan kemudahan yang sedia ada adalah 23 orang.


Torpedo sunting

KD Sri Johor tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan torpedo.

Peluru Berpandu sunting

KD Sri Johor tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan peluru berpandu.

Meriam sunting

KD Sri Johor dilengkapi dengan 2 meriam Bofors 40/70 mm dan dua mesingan 12.7 mm.

Penangkis langkah balas sunting

KD Sri Johor tidak dilengkapi dengan sebarang pertahanan pelancar umpan, sebaliknya menggunakan kelajuaannya bagi mempertahankan diri.

Pengesan sunting

KD Sri Johor dilengkapi dengan sistem pengesan elektronik Racca Decca Bridgemaster 707, ARPA 1-band.

Tujahan sunting

KD Sri Johor dilengkapi dengan 2 enjin MTU MD655 / 18 diesel yang mampu menghasilkan 3,580 kuasa kuda yang mendorong 2 gandar. KD Sri Johor mampu bergerak pada kelajuan maksimal 27 knot dengan jangkauan jelajah optimal sejauh 3,074km (1,400 batu) pada kelajuan 14 knot.

Penerbangan sunting

Tiada

Rujukan sunting

Pautan luar sunting