KL Special Force

Filem aksi Malaysia 2018 arahan Syafiq Yusof

KL Special Force merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2018 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios. Ia dibintangi oleh Dato' Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.[3][4][5] Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai KL Special Force berusaha untuk menumpaskan kumpulan perompak dikenali sebagai Geng Anarkis yang merompak bank Damofa.[6][7][8]

KL Special Force
PengarahSyafiq Yusof
PenulisSyafiq Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAzami Alias
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
  • Damofa Productions
  • Viper Studios
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
8 Mac 2018
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM4 juta
Pecah panggungRM12.1 juta[1][2]

Penggambaran dijalankan pada Julai 2016 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan berakhir pada September 2016. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018, menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta dalam masa 4 minggu tayangan.[1][9][10][11][12][13] Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan KL Special Force sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[14]

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang sekumpulan unit khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Roslan (Rosyam Nor) yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan mafia yang diketuai oleh Asyraff (Syamsul Yusof). Kumpulan mafia yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.

Seorang pegawai polis muda bernama Zulkilfli (Fattah Amin) yang berjiwa besar diserapkan dalam unit khas JSJ untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul.

Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya, Diana (Sabrina Ali), mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Amirah (Puteri Balqis). Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia (Tania Hudson) yang merupakan anak kepada pemilik Bank Damofa iaitu Dato' Mior (Mahmud Ali Bashah). Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila geng Anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis? Apakah rahsia tersebut?

Pelakon sunting

KL Special Force sunting

  • Rosyam Nor sebagai Roslan, ketua medan KL Special Force
  • Fattah Amin sebagai Zul, anggota korup KL Special Force

Geng Anarkis sunting

Pelakon pembantu sunting

Penerbitan sunting

Selepas memuktamadkan penggambaran filem Abang Long Fadil 2, Syafiq Yusof memulakan projek filem terbaru apa yang akan dikenali sebagai KL Special Force.[15] Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Syafiq menjelaskan beliau ingin menghasilkan sebuah filem kepolisan yang lain daripada yang lain dan mengulas: "Saya terhoyong-hayang apabila saya menulis skrip filem ini. KL Special Force akan memberi pandangan yang berbeza mengenai pasukan polis,"[15][16][17] Beliau mendapat idea untuk mengarahkan filem ini selepas mengarahkan beberapa episod drama Gerak Khas.[18]

Fattah Amin, yang terkenal dengan peranan televisyen seperti Playboy Itu Suami Aku, Hello, Mr. Perfect! dan My Coffee Prince, memegang watak sebagai Zul, pegawai polis baru yang diserapkan di Unit Tindakan Khas (UTK); KL Special Force merupakan filem pertama lakonan beliau.[19][20] Untuk filem ini, Fattah melakukan sendiri aksi lagak ngeri, dan mendapat tunjuk ajar daripada pakar lagak ngeri.[21][22] Rosyam Nor yang sebelum ini membintangi beberapa filem terbitan Skop Productions memegang watak sebagai ASP Roslan, pegawai polis senior dan ketua pasukan UTK. Untuk menjayakan watak Roslan, Rosyam dipaksa terjun dari tingkat tujuh bangunan. Walaupun pada mulanya beliau menolak, akhirnya beliau berjaya melakukannya atas permintaan Syafiq.[23] Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM2.5 juta dengan penggambaran dijalankan selama 70 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Ipoh, Perak bermula Julai 2016 dan berakhir pada September 2016. Sebanyak 10% kesan khas telah dibuat dalam filem ini.[24]

Tania Hudson yang sebelum ini bekerja di bawah arahan Syafiq menerusi filem Abang Long Fadil 2, memegang watak sebagai Mia, anak perempuan Dato’ Mior lakonan Mahmud Ali Basha dan tunang kepada Zul. Tania mengakui berasa gementar semasa menjayakan watak Mia di dalam filem ini.[25] Ramona Zamzam yang memegang watak Nadia, ahli wanita tunggal kumpulan Geng Anarkis, juga mengakui tidak pernah puas semasa menjayakan filem ini dan mahukan satu watak yang lebih lasak dan mencabar dirinya.[26] Mustaqim Bahadon yang terkenal dengan peranannya di televisyen memegang watak sebagai Rizal, adik kepada Asyraf lakonan Syamsul Yusof, KL Special Force merupakan filem kedua lakonannya bersama Skop Productions selepas KL Gangster 2 (2013).

Dalam satu temuramah bersama Malaysiakini pada 2016, Syafiq ketika ditanya mengenai pemilihan Rosyam sebagai pelakon utama filem ini berkata beliau memilih Rosyam kerana susuk tubuhnya yang dirasakan amat ideal dan bukan semata-mata kerana namanya masih mekar dan popularitinya tidak pernah merudum dan melihat beliau paling sesuai dengan watak dalam skrip.[27] Syafiq turut mengakui perkataan ‘Special Force’ bermaksud Gerak Khas dan menjadikannya sebagai panduan.[28] Beliau menjelaskan:

KL Special Force adalah cawangan fiksyen yang diwujudkan untuk menangkap kumpulan perompak di dalam filem ini. Itu sahaja. Cawangan itu tidak wujud pun dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia). Ia sekadar sebuah fantasi dalam wayang dan perlu diperjelaskan kepada semua pihak terbabit,”

Poster filem ini mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, direkabentuk oleh KUKUBESI yang sebelum ini merekabentuk poster untuk filem Mat Moto, Desolasi dan Abang Long Fadil 2.[29] Syafiq bagaimanapun akui kebanyakan filem genre aksi jenayah menonjolkan perompak bertopeng seperti Police Story (1985) dan Heat (1995), hanya sekadar kebetulan sahaja.[30]

Keluaran dan sambutan sunting

Promosi sunting

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem KL Special Force telah dimuat naik di akaun YouTube Syafiq Yusof pada 29 Januari 2018 dan telah mencatat melibihi 313 ribu tontonan.[31] Sementara Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk TV3, Astro Ria dan Astro Citra.[32]

Bagi mempromosikan filem ini, Syafiq bersama abangnya, Syamsul Yusof dan Tania Hudson dijemput sebagai tetamu jemputan rancangan meleTOP yang dihoskan oleh Neelofa dan Johan Raja Lawak pada 6 Mac 2018.[33] Pada 8 Mac, Fattah Amin, Tania dan Syamsul ditemuramah oleh Nadia Nash dalam rancangan JoMovie di Astro Citra bagi promosi lanjutan filem ini.[34] Pada 22 Februari, sebulan sebelum tayangan–Rosyam Nor, Fattah dan Tania ditemuramah oleh Dzulfitri Yusop dalam rancangan Agenda Awani di Astro Awani bagi membincangkan lebih lanjut mengenai filem ini.[35]

Tayangan sunting

Tayangan Perdana KL Special Force berlangsung pada 5 Mac 2018 di eCurve Damansara, manakala tayangan umum di pawagam seluruh negara bermula 7 Mac 2018. Sebanyak 139 pawagam menayangkan filem ini, termasuklah 9 di Singapura, dan 2 di Brunei. Ia sepatutnya dijaduakan untuk tayangan pada akhir 2017, namun ia ditunda kepada Mac 2018.[36] Filem ini juga ditayangkan di Singapura dan Brunei.[37]

Kutipan sunting

Pada tayangan lewat malam dan hari pertama tayangan, KL Special Force berjaya mengutip kira-kira RM900,000,[38] dan turut mencatat jumlah kutipan tertinggi, iaitu hampir RM1 juta.[39] Selepas 4 hari tayangan, ia berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM4.7 juta sekali gus mencipta rekod baharu Skop Productions.[40][41][42][43] Filem ini telah mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM5.3 juta dalam masa 5 hari tayangan.[9] Filem ini telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM9 juta dalam masa 10 hari tayangan sehingga 19 Mac.[13] Setakat pada 29 Mac, KL Special Force telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM11 juta dalam masa tiga minggu tayangan.[44] Filem ini telah berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM12.1 juta setakat 4 April 2018.[1]

Pelakon utama, Rosyam Nor mengakui kejayaan KL Special Force ialah hasil kerja keras barisan pelakon dan tenaga kerja penerbitan.[45][46]

Ulasan kritis sunting

KL Special Force menerima ulasan positif dan bercampur-campur darpada pengkritik filem. Angelin Yeoh dari portal Star2 menulis bahawa filem ini mendapat elemen aksi yang bermula dari awal, dengan urutan pembukaan mendebarkan yang memaparkan Roslan memanggil "sekumpulan perompak bank bodoh". Beliau memberikan penarafan 3 dari 5 bintang dengan 6.5 daripada 10 ulasan.[47] Emmy mengulas untuk portal Oh My Media melaporkan KL Special Force mendapat pujian netizen yang rata-ratanya berkongsi pendapat di Twitter.[48] Menulis untuk Kakimuvee, Zulfadli Zulkifli memuji hasil garapan Syafiq dari segi jumlah aksi berbanding filem Polis EVO.[49]

Shazryn Mohd Faizal menulis untuk mSTAR Online meletakkan filem ini dalam kategori filem bertih jagung yang menyajikan babak aksi dan dramatik yang cukup menarik.[50] Khai Azfar dari portal web Hangat.com mengulas bahawa KL Special Force jauh lebih menarik berbanding filem Tomb Raider dan menyifatkannya sebagai paling istimewa.[51] Lokman Hakiem Abd. Samad dari Utusan Malaysia mengulas bahawa KL Special Force memberikan garapan filem aksi yang baik serta debaran yang cukup maksima kerana terlalu banyak ‘plot twist’ yang dimuatkan dalam filem ini. Beliau turut meluahkan "mungkin akan ada segelintir penonton berkata KL Special Force memiliki elemen-elemen seperti filem New Police Story dan The Dark Knight pada babak rompakan".[52]

Penerbit drama TV dan pemilik Zeel Production, Haji Fadzil Teh memuji keberkesanan lakonan Fattah Amin dalam filem ini menerusi kenyataannya di laman Instagram: "Saya menangis bukan kerana Liza Dollah (Liza Abdullah) dan juga sebab Rosyam Nor atau Syamsul Yusof, saya menangis sebab bangkitnya Fattah Amin sebagai seorang hero baru filem Melayu".[53] Khaleeda Rashikin dari Media Hiburan pula memerhatikan filem ini menjadi trending di Twitter dan mendapat respons positif dari netizen yang turut membandingkan lakonan Rosyam Nor dengan Tom Cruise dan Fattah Amin dengan Jackie Chan,[54] beliau turut mengulas KL Special Force membawa perubahan besar kepada industri perfileman negara dan mempunyai mesej dan pengajaran yang diketengahkan.[55] Dalam ulasan oleh Aref Omar dari New Straits Times, KL Special Force menggabungkan letupan, pergaduhan senjata dan aksi dengan polis dan penyamun yang lebih gelap dan licik. Beliau mengulas filem itu tidak sempurna - dan terdapat adegan penting tertentu yang bahkan menarik ketawa yang tidak disengajakan daripada penonton.[56]

Kontroversi sunting

Tidak lama selepas filem ini ditayangkan, KL Special Force berdepan dengan kontroversi yang mengejutkan berikutan tindakan sebuah laman di Facebook yang menyeru orang ramai untuk memboikot filem tersebut, hanya kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang penerbit filem ini, Dato’ Sri Fadino dari Damofa Productions yang didakwa terlibat dengan skim jenayah Ponzi kepada orang ramai sehingga kehilangan berjuta-juta ringgit.[57][58]

Syafiq juga menyarankan agar masyarakat harus lebih sedar dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang boleh menghasut negatif, keraguan dan ketidakpercayaan. Menurutnya, salah satu mesej utama KL Special Force ialah tidak sepatutnya menjadi tuduhan tanpa bukti.[59]

Muzik sunting

"Selamat Tinggal Masa"
Single oleh Syamsul Yusof dan Black Hanifah
Dilancarkan pada5 Mac 2018
Dirakamkan pada2018
GenreR&B, Hip hop
Panjang3:59 minit
SyarikatMonkey Bone Records
PenulisSyamsul Yusof
PenerbitSyamsul Yusof
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi rasmi bagi filem KL Special Force ialah "Selamat Tinggal Masa" dipersembahkan oleh Syamsul Yusof dan Black Hanifah,[60] dikeluarkan pada 5 Mac 2018 oleh Monkey Bone Records dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[61] dan penstriman digital di Spotify.[62]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[61]
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Selamat Tinggal Masa"Syamsul YusofSyamsul Yusof dan Black Hanifah3:59


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 5 Mac 2018 Muat turun digital[61]
Penstriman digital[62]
Monkey Bone Records

Tayangan media sunting

Bermula 4 Mei 2018, KL Special Force telah dipertontonkan secara eksklusif di penyiar TV internet iflix dan ia boleh ditonton oleh semua pelanggan iflix secara eksklusif di mana-mana platform rangkaian. Ini menjadikan KL Special Force sebagai filem Malaysia pertama yang dihasilkan menerusi iflix Originals.[63][64][65][66]

Anugerah dan pencalonan sunting

KL Special Force menerima 4 pencalonan di Anugerah Skrin 2018, namun tidak memenangi sebarang kategori. Pada tahun 2019, ia menerima satu pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-30 dan Anugerah MeleTOP Era 2019.

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Filem Terbaik KL Special Force Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Syafiq Yusof Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Rosyam Nor Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Lelaki Harapan Fattah Amin Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2019 Filem MeleTOP KL Special Force Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Gandingan Serasi Filem Popular (Fattah Amin dan Syamsul Yusof) Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Dennis Chua (4 April 2018). "#Showbiz: KL Special Force powers on RM12.1 million collection". New Straits Times. Dicapai pada 7 April 2018.
  2. ^ Zack Kapcai (4 April 2018). "Selepas hampir sebulan, inilah kutipan terkini KL Special Force yang mengagumkan". Iluminasi. Dicapai pada 10 April 2018.
  3. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  4. ^ Khaleeda Rashikin (6 Mac 2018). "Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza, KL Special Force 'Pasti Mari!'". Media Hiburan. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  5. ^ "Rosyam Masih Berbisa, Fattah Mula Tunjuk Taring". Suria FM. 9 Mac 2018. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  6. ^ Edy Noor Reduan (8 Mac 2018). "KL Special Force filem wajib tonton". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  7. ^ "KL Special Force". Cinema.com.my. 8 Mac 2018. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  8. ^ "KL Special Force pertaruh aksi dan drama". FINAS. 5 Mac 2018. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  9. ^ a b "Lima hari 'KL Special Force' berjaya kutip RM5.3 juta". The Malay Mail Online. 14 Mac 2018. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  10. ^ "RM RM4.7 juta dalam masa 4 hari, KL Special Force memang pecah panggung". Media Hiburan. 12 Mac 2018. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  11. ^ Nor Fatihah Ismail (4 Mac 2018). "Yusof, Syafiq cakap pasal KL Special Force". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  12. ^ "Drama aksi KL Special Force". Kosmo!. 15 Mac 2018. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  13. ^ a b Farhana Ab Rahman (19 Mac 2018). "KL Special Force catat RM9j dalam 10 hari". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  14. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  15. ^ a b Angelin Yeoh (16 May 2016). "This director wants you to be ready for his Malaysian Special Force film". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 7 Februari 2017.
  16. ^ Kembali dengan filem aksi KL Special Force. Astro Awani. 21 Mei 2016. Dicapai pada 7 Februari 2017.
  17. ^ Aref Omar (9 Mac 2018). "Action packed collision course of drama and thrills". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  18. ^ Ashraf Nasser (11 Mac 2018). "Syafiq Yusof puas hati dengan "KL Special Force"". Cinema Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  19. ^ Aref Omar (7 Mac 2018). "Fattah recalls humble beginnings". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  20. ^ Ifqdar Rahman (12 Februari 2018). "Kegagahan Fattah Amin dalam KL Special Force". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-22. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  21. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (5 Jun 2016). Buat sendiri aksi lagak ngeri bukti Fattah Amin pelakon versatil mStar Online. Diperoleh pada 11 Jun 2016.
  22. ^ "Nak Tengok Fattah Amin Kena Belasah Dalam KL Special Force". Mangga Media. 7 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  23. ^ Aqmar Mustaza (14 Mac 2018). "Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-30. Dicapai pada 30 Mac 2018.
  24. ^ KL Special Force Arahan Syafiq Yusof Menampilkan Aksi Penuh Debaran! Deenamik (30 Januari 2018). Dicapai pada 7 Februari 2018.
  25. ^ Angelin Yeoh (26 Mac 2018). "Tania Hudson wants to do more action movies". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-02. Dicapai pada 2 April 2018.
  26. ^ Ramona Zamzam Tidak Puas Berlakon Dalam KL Special Force Astro Gempak (23 Mac 2018). Diperoleh pada 24 Mac 2018.
  27. ^ Nadia Azam (16 Mei 2016). "Syafiq akui kagum lihat bentuk tubuh Rosyam". Malaysiakini. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  28. ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Februari 2018). "Jalan tengah hasilkan KL Special Force". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  29. ^ Azam A. (13 Mac 2018). "Kenali KUKUBESI, Artis Di Sebalik Poster Hebat 'KL Special Force'". The Vocket. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  30. ^ Amirul Haswendy Ashari (6 Mac 2018). "'Kebetulan saja' kata Syafiq". Harian Metro. Dicapai pada 23 Mac 2018.
  31. ^ "KL Special Force Official Trailer 2018". YouTube. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  32. ^ "Di Sebalik Tabir KL Special Force". YouTube. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  33. ^ "MeleTOP: KL Special Force setanding filem aksi Hollywood? | Syamsul Yusof, Syafiq Yusof, Tania Hudson". YouTube. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  34. ^ "JoMovie KL Special Force: Wawancara Fattah Amin, Syamsul Yusof dan Tania Hudson". YouTube. Dicapai pada 30 April 2018.
  35. ^ "Agenda Awani: KL Special Force (Fattah Amin, Rosyam Nor dan Tania Hudson)". YouTube. Dicapai pada 30 April 2018.
  36. ^ Sajian terhebat 2018 Harian Metro (31 Disember 2017). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  37. ^ "KL Special Force" will screen in Singapore and Brunei Yahoo! Lifestyle (7 Mac 2018). Diperoleh pada 11 Mac 2018.
  38. ^ Aqmar Mustaza (10 Mac 2018). KL Special Force kutip hampir RM1 juta hari pertama Sinar Harian. Diperoleh pada 11 Mac 2018.
  39. ^ Aref Omar (13 Mac 2018). "#Showbiz: KL Special Force seizes RM4.7 million box office loot after 4 days". New Straits Times. Dicapai pada 30 Mac 2018.
  40. ^ "Kutip RM4.7 juta, KL Special Force jadi bualan". Malaysiakini. 12 Mac 2018. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  41. ^ Farihad Shalla Mahmud (13 Mac 2018). KL Special Force raih RM4.7j selepas 4 hari Berita Harian. Diperoleh pada 13 Mac 2018.
  42. ^ "'KL Special Force' makes RM4m after just four days in cinemas". The Malay Mail. 13 Mac 2018. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  43. ^ Alif Fadli Mohd. Sori (12 Mac 2018). "KL Special Force kutip RM4.7 juta". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  44. ^ "Tiga minggu 'KL Special Force' kutip lebih RM11 juta". The Malay Mail Online. 2 April 2018. Dicapai pada 4 April 2018.
  45. ^ Muhamad Fairoz Azizan (12 Mac 2018). "Kejayaan KL Special Force hasil kerja keras produksi". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  46. ^ ""Kerja Keras Produksi Punca KL Special Force Berjaya"". My News Hub. 13 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-24. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  47. ^ Angelin Yeoh (10 Mac 2018). ‘KL Special Force’: Syafiq Yusof’s latest movie is action-packed and unpredictable Diarkibkan 2018-03-12 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  48. ^ Emmy (8 Mac 2018). Setelah dua jam menonton filem KL Special, netizen bagi rating 9.5/10 dan puji filem bertaraf antarabangsa Diarkibkan 2018-03-11 di Wayback Machine Oh My Media. Diperoleh pada 11 Mac 2018.
  49. ^ Zulfadli Zulkifli (8 Mac 2018). Review KL Special Force Kakimuvee. Diperoleh pada 11 Mac 2018.
  50. ^ Shazryn Mohd Faizal (13 Mac 2018). Di Sebalik Kehebatan ‘KL Special Force’ Terselit Rencah Kelemahannya mSTAR Online. Diperoleh pada 13 Mac 2018.
  51. ^ Khai Azfar (8 Mac 2018). "Filem KL Special Force Lebih Hebat Berbanding Tomb Raider!". Hangat.com. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  52. ^ Lokman Hakiem Abd. Samad (6 Mac 2018). "Terjah Filem : KL Special Force janjikan debaran maksima". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  53. ^ Zack Kapcai (13 Mac 2018). "Haji Zeel komen lakonan Fattah dalam KL Special Force". Illuminasi. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  54. ^ Kiki Lala (13 Mac 2018). "Fattah Amin Seumpama Jackie Chan Dalam Filem KL Special Force". Utara News. Dicapai pada 10 April 2018.
  55. ^ Khaleeda Rashikin (9 Mac 2018). "'Rosyam Nor is like Tom Cruise, Fattah Amin macam Jackie Chan, netizen puji KL Special Force sampai trending". Media Hiburan. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  56. ^ Aref Omar (16 Mac 2018). "#Review: Explosive action and intense drama". New Straits Times. Dicapai pada 16 Mac 2018.
  57. ^ Aqmar Mustaza (10 Mac 2018). "Gerakan boikot : Syafiq minta buat laporan polis". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  58. ^ "Gerakan Boikot : KL Special Force Berdepan Satu Kontroversi Yang Mengejutkan!". Keramat Viral. 12 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-30. Dicapai pada 30 Mac 2018.
  59. ^ Aref Omar (13 Mac 2018). "Director: Think first before making potentially harmful statements". New Straits Times. Dicapai pada 16 April 2018.
  60. ^ Mohd Riduan Rizal Ahmad (6 Mac 2018). "Selamat Tinggal Masa merupakan single baharu Black bergandingan dengan Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-03. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  61. ^ a b c "Selamat Tinggal Masa (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 5 Mac 2018. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  62. ^ a b "Selamat Tinggal Masa, a song by Syamsul Yusof, Black". Spotify. 5 Mac 2018. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  63. ^ "KL Special Force Filem Malaysia Pertama Dihasilkan Iflix Originals". SoyaCincau. 4 Mei 2018. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  64. ^ Huma Makesvari (8 Mei 2018). "'KL Special Force' Premieres On iflix". Youth Bernama. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  65. ^ Raja Idris (4 Mei 2018). "iflix Premieres KL Special Force – Their First Original Malaysian Action Movie". Youth Bernama. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  66. ^ Budiey (5 Mei 2018). "Filem KL SPECIAL FORCE Kini Boleh Ditonton di iFlix". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Jun 2018.

Pautan luar sunting