KL Vampires ialah sebuah filem aksi fantasi cereka sains Malaysia 2019 arahan Daven R. dengan lakon layar oleh Nazri M. Annuar dan Saiful Zaidrin terbitan Cinemaya Studios.[1] Ia mengisahkan sekumpulan puntianak yang sudah insaf daripada melakukan kekejaman dan hidup dengan aman bersama manusia di ibu kota.[2] Dibintangi oleh Pablo Amirul, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Raja Ilya, Aeril Zafrel dan pelakon Indonesia, Donny Alamsyah, filem ini ditayangkan pada 14 November 2019.[3]

KL Vampires
PengarahR. Daven
PenerbitR. Daven
S. Gunasegaran (eksekutif)
R. Anand (eksekutif)
PenulisNazri M. Annuar
Saiful Zaidrin
Dibintangi oleh
Muzik olehRaja Nazrin Shah
SinematografiJay
Disunting olehR. Daven
Syarikat
penerbitan
Cinemaya Studios
Mula ditayangkan
14 November 2019
Tempoh tayangan
114 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang dua kumpulan pontianak (vampire) yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai pengganti kepada darah.

Kerajaan pontianak yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari dan dibantu ketua komander iaitu Shah. Manakala sebuah lagi kumpulan diketuai Argus yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya yang telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu bapa kepada Ratu Citra Sari.

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya serta bala tenteranya dengan menimbus mereka di dalam tanah menerusi manteranya. Argus cuba membangkitkan semula tentera-tentera tersebut dan ia hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Pada tahun 2012, Devan R. terbaca tulisan seorang blogger yang menggunakan nama Nazri Vovinski mengenai pontianak. Minat yang mendalam terhadap filem cereka sains seperti Star Wars dan Close Encounters of the Third Kind memberikan inspirasi kepadanya untuk mengarahkan KL Vampires. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur selama 35 hari serta beberapa lokasi di Jogjakarta, salah satunya ialah di Istana Air Taman Sari pada 2016.[1][2][6]

Raja Ilya, yang memegang watak Ratu Citra Sari menerima tawaran berlakon dalam KL Vampires selepas melihat jalan cerita mengenai makhluk itu yang jarang diterbitkan. "Sebelum ini saya memang teringin untuk bekerja di bawah arahan Daven R dan hampir menjayakan sebuah projek, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan. Kemudian apabila mendapat tawaran berlakon dalam filem KL Vampires, saya tidak boleh menolaknya kerana percaya dengan hasil kerjanya yang sangat membanggakan,".[1] Barisan pelakon termasuk Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim dan Wan Hanafi Su.[2] Pelakon Indonesia Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman turut berlakon.[2]

KeluaranSunting

KL Vampires dikeluarkan di pawagam seluruh Malaysia pada 14 November 2019.[7]

Juliana Johar dari Kopi Planet berkata: "Dari sudut sinematografi, KL Vampires menekankan skor warna yang gelap dan malap bagi memberikan lagi mood gelap yang melatari plot penceritaan ini yang menampilkan kuasa baik dan jahat.[8]

RujukanSunting

  1. ^ a b c Najiy Jefri (19 Oktober 2019). "Puntianak mengganas di ibu kota". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  2. ^ a b c d Michelle Gun (11 Ogos 2016). "Kisah puntianak insaf". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  3. ^ Rudy Imran Shamsudin (19 November 2019). "KL Vampires penuh dugaan". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  4. ^ Rudy Imran Shamsudin (15 November 2019). "Raja Ilya lega". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  5. ^ Ramlah Zainal (6 November 2019). "Serlah nama di layar perak". Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  6. ^ "KL Vampires Papar Kisah Tentang Perebutan Takhta Kekuasaan". Kopi Planet. 21 Oktober 2019. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  7. ^ "KL Vampires mengganas di pawagam 14 November". FemagOnline. 15 Oktober 2019. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  8. ^ Juliana Johar (13 November 2019). "Plot KL Vampires Kemas, Papar Kuasa Baik Lawan Kuasa Jahat". Kopi Planet. Dicapai pada 1 Februari 2020.

Pautan luarSunting