KRI Ajak (653) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda anti kapal selam yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Ajak milik Indonesia merupakan kapal kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. KRI Ajak memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Ajak dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1989. KRI Ajak merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. Ia dibina oleh syarikat binaan Lurssen, Vegesack, Jerman dan P.T. PAL SY, Surabaya.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.

KRI Ajak mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Ajak dilengkapi untuk misi anti kapalselam "anti-submarine warfare".

Kapal KRI Ajak sepanjang 58.1 m; 7.62meter * 2.75meter ( 190.6 kaki panjang * 25 kaki * 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Ajak mempunyai seseran 423 tan penuh.

Torpedo sunting

2 tiub torpedo wire-guided SUT 21 inci berkembar.

Meriam sunting

Meriam utama kapal perang KRI Ajak yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal Bofor 57 mm/70 kaliber yang mampu memuntahkan 200 biji/minit pada jarak 17 km ( 9.3 batu nautikal) menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Berat termasuk sarung "weight to shell" 2.4 kg.

Terdapat juga satu mesingan 40 mm dan dua mesingan 20 mm.

Penangkis countermeasures sunting

Sonar: PHS-32 hull mounted MF EW: DR-2000 S3 intercept, Dagie decoy RL

KRI Ajak dilengkapi dengan sistem pemintas EW: DR-2000 S3 dengan sistem pelancar umpan chaff Dagie decoy RL.

Pengesan sunting

KRI Ajak memiliki sonar pengesan pada badan kapal PHS-32 ('ML').

Tujahan sunting

Kapal KRI Ajak mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan kelajuan 27.25 knot.