KRI Dewaruci merupakan sebuah kapal latihan milik tentera laut Indonesia. Ia kadang-kala dieja sebagai Dewa Ruci atau Dewarutji; KRI: 'Kapal Perang Republik Indonesia]] adalah kapal layar Class A dan merupakan kapal layar kelas Barquentine yang dimiliki dan dikendali oleh Tentera laut Indonesia.[1] Dewaruci juga bertindak sebagai duta perhubungan ("goodwill ambassador") Indonesia kepada dunia.

KRI Dewaruci
KRI Dewaruci
Sejarah
Tentera laut Indonesia
Nama: KRI Dewaruci
Nama gelaran: KRI Dewaruci
Status: Masih beroperasi
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal layar
Panjang: 58.27 meter
Lunas: 9.45 meter
Tinggi: 36.48 meter
KRI Dewaruci.
KRI Dewaruci.

KRI Dewaruci merupakan kapal layar barquentine sepanjang 191-kaki, yang melakukan pelayaran sulong dari Hamburg pada tahun 1953 dan digunakan sebagai kapal layar latihan bagi tentera laut Indonesia.

KRI Dewaruci digunakan bagi melatih taruna/kadet Akademi Angkatan Laut, TNI Angkatan Laut. Kapal ini ditempatkan di Surabaya dan merupakan kapal layar terbesar yang dimiliki Angkatan Laut Indonesia. Nama kapal ini diambil dari nama dewa dalam kisah Wayang Jawa, yaitu Dewaruci.

Kapal berukuran 58.5 meter dan lebar 9.5 meter dari kelas Barquentine ini dibina di Jerman oleh H. C. Stulchen dan merupakan satu-satunya kapal layar tiang tinggi keluaran limbungan kapal itu pada 1952 yang masih menggunakan layar dari tiga yang pernah dihasilkan. Pembuatan kapal ini dimulai pada tahun 1932, namun terhenti semasa Perang Dunia Kedua kerana limbungan kapal rosak teruk. Kapal tersebut akhirnya selesai dibuat pada tahun 1952 dan dirasmikan pada tahun 1953. Sejak itu, ia ditempatkan di Laut Jawa, Surabaya. Nama dan patung hadapannya mewakili dan memaparkan dewa kebenaran dan keberanian Indonesia.

Kapal ini memiliki 3 tiang utama yaitu tiang Bima, Yudhistira dan Arjuna serta memiliki 16 layar. Selain menggunakan layar, KRI Dewaruci juga memiliki enjin sebagai sistem pendorong dengan satu kipas. Setiap tahunnya, kadet AAL berlayar dengan Dewaruci ke pelbagai bahagian dunia dengan tujuan utama adalah latihan pelayaran bintang atau disebut Kartika Jala Krida.

KRI Dewaruci juga sering mengikuti lumba kapal layar di berbagai tempat di dunia. Kapal ini juga memiliki pasukan pancaragamnya sendiri, iaitu taruna Akademi Angkatan Laut yang biasa dikenal dengan nama Gita Jala Taruna.

Scantlings (ship dimensions, etc.) sunting

  • Panjang: 58,27 m
  • Lebar: 9,5 m
  • Beam: 9,45 m
  • Lunas: 4,05 m
  • Tinggi: 36,48 m
  • Luas layar: 1090,50 m²
  • Badan: Keluli
  • Awak: 150
  • Tahun dibina: 1953
  • Bendera: Indonesia

Daftar komanden KRI Dewaruci sunting

  1. Captain Albert Frederick Hermann Rosenow 1953 – 1954
  2. Kapten Laut ( P ) R.S Soebiyakto 1954 – 1955
  3. Mayor Laut ( P ) R. Imam Soetopo 1955 – 1956
  4. Kapten Laut ( P ) Susatyo Mardhi 1956 – 1956
  5. Mayor Laut ( P ) Fritz Suak 1956 – 1959
  6. Mayor Laut ( P ) Rudy Poerwana 1959 – 1961
  7. Mayor Laut ( P ) R.Soeparno 1961 – 1962
  8. Letkol Laut ( P ) H. Soemantri 1962 – 1965
  9. Mayor Laut ( P ) M.A Nasution 1965 – 1967
  10. Letkol Laut ( P ) J.H Salu 1967 – 1970
  11. Letkol Laut ( P ) R. Soemartopo 1970 – 1973
  12. Letkol Laut ( P ) Soejarno 1973 – 1975
  13. Letkol Laut ( P ) Wasis Nindito 1975 – 1976
  14. Letkol Laut ( P ) R. Koes Satyono 1976 – 1978
  15. Letkol Laut ( P ) Susanto 1978 – 1979
  16. Letkol Laut ( P ) M.S Hasibuan 1979 – 1980
  17. Letkol Laut ( P ) Prio Judoyanto 1980 – 1982
  18. Letkol Laut ( P ) Warsono H.P 1982 – 1985
  19. Letkol Laut ( P ) Ripagam Hadi 1985 – 1988
  20. Letkol Laut ( P ) Soemindiharso 1988 – 1990
  21. Letkol Laut ( P ) Poebowasito 1990 – 1992
  22. Letkol Laut ( P ) Syamsumar H. 1992 – 1993
  23. Letkol Laut ( P ) Sad Suyono 1993 – 1995
  24. Letkol Laut ( P ) Wahyu Sasongko 1995 – 1997
  25. Letkol Laut ( P ) B. Riswanto 1997 – 1998
  26. Letkol Laut ( P ) I.G.N Dadiek Surarto 1998 – 1999
  27. Letkol Laut ( P ) Darwanto Sh. 1999 – 2001
  28. Letkol Laut ( P ) Didin Zainal Abidin 2001 – 2004
  29. Letkol Laut ( P ) Gig J.M Sipasulta 2004 – 2005
  30. Letkol Laut ( P ) Sutarmono 2005 – 2008
  31. Letkol Laut ( P ) Akmal 2008 – 2012
  32. Letkol Laut ( P ) Haris Bima Bayuseto 2012-Sekarang

Rujukan sunting


Pautan luar sunting

  1. American Sail Training Association. Sail Tall Ships! A Directory of Sail Training and Adventure at Sea, 15th Edition. Canada: Dollco Printing, 2003.
  2. Koza, Thaddeus. The Tall Ships. East Hartford, Conn.: Tide-Mark Press, 1996.