KRI Fatahillah

(Dilencongkan dari KRI Fatahilah)


KRI Fatahilla (361) atau KRI Fatahilla merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget ringan kelas Fatahilah generasi moden. Ia dibina oleh syarikat Wilton-Fijenoord di Schiedam, Belanda yang siap pada tahun 1979. Kapal yang berada dalam kelas yang sama termasuk KRI Fatahilah, KRI Malahayati, dan KRI Nala.

Tentuan sunting

Kapal ini bersaiz sepanjang 83.85 meter x 11.1 meter x 3.3 meter (375.1 kaki x 36.4 kaki x 10.8 kaki). Ia mempunyai sesaran sebanyak 1,450 tan apabila dimuat penuh. Ia mempunyai 82 orang anak kapal, dan dilengkapi dengan peluru berpandu bagi keupayaan pertempuran di permukaan laut (anti-surface warfare).

Torpedo sunting

KRI Fatahilla dilengkapi dengan tiga tiub pelancar torpedo berkembar 12.75 inci.

Peluru berpandu sunting

Sistem pertahanan udaranya adalah pelancar peluru berpandu Mistral bagi peluru berpandu darat-ke-udara. Mistral menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Jarak sasaran adalah dari 0.5 kepada 5 km. Mistral mempunyai pencari infra, kelajuan 2.6 Mach dan dilengkapi dengan 3 kg kepala peledak.

Selain itu KRI Fatahilla juga dilengkapi dengan 4 MM38 Exocet permukaan-ke-permukaan bagi keupayaan pertempuran dipermukaan laut "anti-surface warfare".

Bagi keupayaan pertempuran bawah permukaan air, ia juga dilengkapi dengan 2 peluru berpandu 375 mm anti-kapal selam (ASW RL).

 
Lencana KRI Fatahillah.

Meriam sunting

Meriam utama kapal perang KRI Fatahilla yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam 120mm/46caliber DP. KRI Fatahilla juga dilengkapi dengan selaras mmesingan 40 mm dan 2laras mesingan 20 mm. pelbagai guna.

Penangkis countermeasures sunting

KRI Fatahilla membawa 2 pelancar umpan RL sebagai tambahan kepada sistem pemintas SUSIE-I. Ia dikawal oleh sistem persenjataan WM-28.

Bagi pertempuran bawah air, KRI Fatahilla mempunyai sistem sonar PHS-32 yang dilekatkan pada bahagian bawah badan kapal (MF).

Pengesan sunting

KRI Fatahilla memiliki radar pengesan permukaan dan udara DA-05. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode" dan dalam pengesan percikan "splash spotting" ketika meninjau "scanning". KRI Fatahillah turut memiliki sonar pengesan pada badan kapal (kemungkinannya jenis PHS-32 ('ML')).

Tujahan sunting

Kapal peronda ini mempunyai dwi-enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang memberikan tujahan 8,000 bhp, dengan kelajuan beroperasi 21 batu nautikal. Selain itu ia mempunyai satu turbin gas yang mampu membekalkan kuasa 22,360 shp bagi menghasilkan kelajuan semasa bertempur pada 30 batu nautikal.

Secara keseluruhan KRI Fatahilla mempunyai kelengkapan senjata yang baik dan kukuh dibina.