KRI Keris (624) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal kelas bot berpeluru berpandu yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Keris milik Indonesia merupakan kapal kelas bot berpeluru berpandu (PSK Mk5) . KRI Keris memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Keris dibina oleh Korea-Tacoma SY, Masan, Korea Selatan.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Mandau, KRI Rencong, KRI Badik, dan KRI Keris.

KRI Keris mempunyai 43 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Keris dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal KRI Keris sepanjang 53.58 m; 8 meter * 1.63 meter ( 175.8 kaki panjang * 26.2 kaki * 5.3 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 41 batu nautikal. KRI Keris mempunyai seseran 290 tan penuh atau 255 tan ketika kosong.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.

TORPEDO sunting

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU sunting

Sistem pertahanan udara adalah satu pelancar peluru berpandu Matra Simbad berkembar; Mistral; IR mengejar homing sehingga jarak 4 km (2.2 batu nautikal) dengan kelapa peledak seberat 3 kilogram.

Kapal bot berpeluru berpandu ini dilengkapi dengan empat peluru berpandu MM38 Exocet permukaan-ke-permukaan (SSM).

TNI-AL dalam perancangan bagi melengkapi semua kapal ronda pantas dengan peluru berpandu anti-kapal C-802 Saccade buatan Cina. Setiap kapal dirancang untuk dilengkapi dengan dua peluru berpandu C-802 Saccade yang sepanjang 6.39 meter, panjang sayap 1.22 meter, seberat 715 kg. Peluru berpandu ini mempunyai jarak serangan 120 km (melebihi exocet) pada kelajuan 0.9 Mach. Peluru berpandu ini turut dilengkapi radar yang mampu mengatasi sistem Penangkis Eletronik (Electronic Counter Measure - ECM).

MERIAM sunting

Meriam utama KRI Keris yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam 57 mm/70 kaliber dengan satu meriam 40 mm sokongan. Selain itu ia mempunyai dua mesin gan 20 mm. Meriam-meriam ini dikawal oleh sistem kawalan tembakan WM-28 dan boleh gunakan bagi pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES" sunting

KRI Keris turut dilengkapi dengan sistem pemintas DR-200S Mk1 bagi pertahanan udara.

TUJAHAN sunting

Kapal KRI Keris mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan 2,240 bhp secara berterusan dengan peningkat turbine gas yang mampu meningkatkan kuasa kepada 25,000 shp bagi menghasilkan kelajuan tempur pada 41 batu nautikal.

Pegawai pemerintah KRI Keris sunting

Pautan luar sunting