KRI Martadinata (342) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget peronda yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Persenjataan sunting

Kapal KRI Martadinata milik Indonesia merupakan kapal friget peronda . KRI Martadinata memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Martadinata dibina oleh American SB, Toledo, OH. sebagai (DE 1035). Ia dilancarkan pada 1960, sebelum dibaikpulih pada tahun 1974 di Subic Bay bagi kegunaan tentera laut Indonesia.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Samadikun, KRI Martadinata, KRI Mongisidi, dan KRI Ngurah.

KRI Martadinata mempunyai 171 orang anak kapal termasuk pegawai.

Kapal KRI Martadinata sepanjang 95.1 m; 11meter * 3.7meter ( 312kaki panjang * 38.9kaki * 12.1kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 20 knot. KRI Martadinata mempunyai seseran 1,970 tan penuh.

TORPEDO sunting

Kapal KRI Martadinata dilengkapi dengan tiga tiub torpedo 12.75 inci berkembar.

PELURU BERPANDU sunting

Tiada maklumat.

MERIAM sunting

Meriam utama kapal perang KRI Martadinata yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76.2 mm/50 kaliber yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan dua mesingan 12.7 mm, satu 37 mm berkembar dan satu mesingan 25 mm berkembar.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES" sunting

Kapal KRI Martadinata juga mempunyai motar Anti Kapal Selam Hedgehog.

PENGESAN sunting

KRI Martadinata memiliki radar pengesan carian udara SPS-6E 2-D.

Selain itu, KRI Martadinata juga dilengkapi dengan sistem sonar EDO 786; SQS-45(V); SQS-39(V); SQD-42(V) yang dipasang pada badan kapal.

TUJAHAN sunting

Kapal KRI Martadinata mempunyai empat enjin disel disambung kepada kotak gear yang menghasilkan 7,000 bph secara berterusan dengan satu gandar dan mampu bergerak pada kelajuan 20 knot.

Pegawai pemerintah KRI Martadinata sunting

Pautan luar sunting