KRI Nanggala merupakan kapal selam kelas 209 kepunyaan tentera laut Indonesia yang dibina di dermaga kapal Rostock, Jerman. KRI Nanggala ditempatkan dalam Armada RI Kawasan Timur, di Surabaya.

KRI Nanggala di Laut Jawa dalam sebuah latihan pada 2015
Sejarah
Indonesia
Nama: KRI Nanggala
Bersempena dengan: Senjata Prabu Baladewa
Dipesan: 2 April 1977
Pembina: Howaldtswerke-Deutsche Werft
Dibaringkan: Mac 1978
Dilancarkan: 10 September 1980
Disiapkan: 6 Julai 1981
Ditauliah: 21 Oktober 1981
Pengenalan: 402
Status: Teleum Di Laut Bali
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal selam kelas-Cakra
Jenis: Kapal selam serbu
Sesaran:
  • 1,285 tan di permukaan
  • 1,390 saat menyelam
Panjang: 59.5 meter
Lunas: 6.3 meter
Draft: 5.5 meter
Jana kuasa:
  • 4 x mesin diesel MTU 12V493 AZ80 GA31L bertenaga 1.8 MW (2,400 hp) [1]
  • 4 x alternator Siemens bertenaga 2,300 hp (1.7 MW)
  • 1 x motor Siemens bertenaga 3.4 MW (4,600 hp)
  • 1 x syaf
Halaju:
  • 11 knot (20 km/j; 13 mph) di permukaan[1]
  • 21.5 knot (39.8 km/j; 24.7 mph) saat menyelam
Jarak: 8,200 nmi (15,200 km; 9,400 bt) pada kelajuan 8 kn (15 km/j; 9.2 mph)
Ketahanan: 50 hari[1]
Kedalaman ujian: 240 m (790 ka)[1]
Krew: 53 orang[2]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Sistem kendalian senjata Signaal Sinbad[1]
  • Radar permukaan Thomson-CSF Calypso, I-band
  • Sonar pencarian dan penyerangan aktif/pasif Atlas Elektronik CSU 3-2
  • Penjulatan pasif PRS-3/4
Peperangan elektronik
& pengumpan:
ESM : Thomson-CSF DR2000U[1]
Persenjataan:
  • 8 × 533 mm (21 in) tabung[1]
  • 14 x torpedo AEG SUT

KRI Nanggala (402) merupakan kapal selam kedua dalam kelas. Sebelum ini KRI Nanggala digunakan oleh salah satu dari 12 kapal selam kelas Tjakra buatan Russia (kelas Whiskey) yang dihapuskan sekitar tahun 70-an.

KRI Nanggala dibina oleh Howaldtswerke, Kiel, Jerman pada 1981. Merupakan kapal selam jenis 209/1300 yang banyak digunakan oleh Angkatan Laut sedunia. Mempunyai motto Tabah Sampai Akhir.

KRI Nanggala termasuk dalam armada penyerang Angkatan Laut Republik Indonesia.

KRI Nanggala mengambil nama dari senjata pewayangan.

Data Teknikal sunting

KRI Nanggala memiliki berat selam 1,395 tan. Mempunyai dimensi 59,5 meter x 6,3 meter x 5,5 meter. Berenjin diesel elektrik, 4 diesel, 1 shaft menghasilkan 4,600 shp. Menghasilkan pecutan sehingga kelajuan 21.5 knot. Mempunyai 34 anak kapal.

Persenjataan sunting

Merupakan sebahagian dari armada penyerang, KRI Nanggala dilengkapi dengan senjata 14 buah topedo 21 inci dalam 8 tabung.

Deria dan eletronik sunting

KRI Nanggala mempunyai sonar dari jenis CSU-3-2 suite.

Operasi sunting

KRI Nanggala terlibat dalam latihan gabungan TNI AL-US Navy, CARAT-8/02 yang diadakan pada 27 Mei - 3 Jun 2002. CARAT (Coorperation Afloat Readiness and Training) adalah bantuan latihan tentera Amerika terhadap tentera negara sahabat di Asia Tenggara. Latihan CARAT ini berlangsung di perairan Laut Jawa, Selat Bali dan Situbondo.

Dalam Latihan Operasi Laut Gabungan (Latopslagab) XV/04 di Samudera Hindia, pada 8 April hingga 2 Mei 2004, KRI Naggala berhasil menenggelamkan eks KRI Rakata, sebuah kapal tunda samudera buatan 1942 dengan torpedo SUT.

Kehilangan sunting

Pada 21 April 2021, Panglima Tentara Nasional Indonesia Marsyal Hadi Tjahjanto mengumumkan bahwa Nanggala gagal melaporkan statusnya setelah melakukan latihan penembakan torpedo di Laut Bali, sekitar 95 km (51 batu nautika) di utara Pulau Bali.[3][4] TNI AL menyatakan bahwa Nanggala meminta persetujuan pada 03.00 WIB untuk menyelam dan menembakkan Torpedo SUT. Pada pukul 04.00 WIB, Nanggala memasuki tahap penggenangan tabung torpedo. Komunikasi terakhir dilakukan pukul 04.25 WIB ketika komandan gugus tugas latihan memberikan kebenaran kepada Nanggala untuk menembakkan torpedo nombor 8.[5] Tjahjanto mengatakan bahwa mereka hilang kontak dengan kapal selam tersebut pada pukul 04:30 WIB.[6] TNI AL kemudian mengirimkan panggilan kecemasan ke International Submarine Escape and Rescue Liaison Office kira-kira pukul 09.37 WITA untuk melaporkan kehilangan kapal selam dan terdapat kemungkinan karam.[7] TNI AL juga menjelaskan kemungkinan bahawa bekalan elektrik Nanggala terputus sebelum turun ke kedalaman 600–700 m (2,000–2,300 ka).[8]

Saat dilaporkan hilang, Nanggala membawa 53 orang yang terdiri dari 49 orang anak kapal dan 3 orang pakar senjata.[2] Kolonel Harry Setyawan merupakan anak kapal berpangkat tertinggi. Selain itu, Leftenan Kolonel Heri Oktavian bertanggungjawab sebagai komandan kapal selam.[2] Pada 22 April, Laksamana Pertama Julius Widjojono mengatakan bahwa bekalan oksigen di Nanggala masih cukup bagi 53 orang hingga Sabtu, 23 April pukul 03.00 WITA.[9]

Pencarian sunting

Dalam sebuah sidang media, jurucakap TNI Angkatan Laut, Laksamana Pertama Julius Widjojono mengumumkan bahawa tiga buah kapal perang (KRI Diponegoro (365), KRI Raden Eddy Martadinata (331), dan KRI I Gusti Ngurah Rai (332)) dan kumpulan penyelam telah dikerahkan.[10] Janes Defence News pula melaporkan bahawa beberapa kapal perang lain juga dikerahkan ke lokasi pencarian.[11] Kementerian Pertahanan mengatakan bahawa kerajaan Singapura, Australia, dan India telah membalas permintaan bantuan yang dikirimkan oleh kerajaan Indonesia.[2] Angkatan Laut Republik Singapura mengerahkan bantuan kapal MV Swift Rescue, sementara Tentera Laut Diraja Malaysia mengerahkan kapal MV Mega Bakti menuju lokasi pencarian di Laut Bali.[12][13][14] Hingga Khamis, 22 April, TNI-AL telah mengerahkan enam kapal lain menuju kawasan pencarian. Kapal-kapal tersebut adalah KRI Suharso, KRI Hasan Basri, KRI Satsuin Tubun, KRI Singa, KRI Hiu, dan KRI Layang.[15] Yudo Margono mengatakan bahwa tiga buah kapal selam, lima puah pesawat, dan 21 kapal perang telah dikerahkan menuju kawasan pencarian setakat Khamis, 22 April.[16]

Sekitar pukul 07.00 WIB, pemantauan udara menemukan tumpahan minyak di sekitar lokasi diduga hilangnya kapal selam.[17] Jurucakap TNI Major Jeneral Achmad Riad melaporkan bahwa tumpahan minyak telah dikesan di beberapa lokasi. Beliau juga menambahkan bahawa KRI Raden Eddy Martadinata telah mengesan pergerakan di bawah air dengan kelajuan 2.5 knot (4.6 km/jam), tetapi objek tersebut menghilang sebelum dapat dikenal pasti.[18]

Pada sekitar pukul 14.15 WIB (07.15 UTC) pada hari esok, pihak Angkatan Laut India mengumumkan bahawa kenderaan penyelamat selaman dalam (DSRV) mereka telah berangkat dari prasarana angkatan laut mereka di Visakhapatnam, Andhra Pradesh menuju lokasi pencarian.[19] Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan A.S. John Kirby menyatakan bahawa jabatan itu menghantar aset udara untuk membantu pencarian.[20] Achmad Riad menyatakan bahawa A.S. menghantar pesawat peronda maritim P-8 Poseidon.[21] Pada 23 April, Komander Laksamana Muda Armada Australia Mark Hammond mengumumkan bahawa HMAS Ballarat dan HMAS Sirius akan menyertai operasi pencarian.[22] Negara-negara lain, termasuk Jerman, Perancis, Rusia, Turki, dan Thailand, turut menawarkan bantuan.[23]

Pada 24 April, TNI AL mengumumkan bahawa Nanggala telah disahkan karam.[24][25] Sebelumnya, puing-puing yang diduga berasal dari Nanggala dijumpai, termasuk serpihan pelurus tabung torpedo, pelitup paip pendingin, pelincir periskop dan tikar sembahyang.[26] Saat ini, Nanggala dikatakan berada pada kedalaman 850 meter, jauh di bawah kedalaman operasi maksimum pada 500 meter.[27]

Komander sunting

Heri Oktavian (kiri) dan Harry Setyawan, komander dalam KRI Nanggala ketika ia menghilang pada 2021
  • Mejar Laut (Leftenan komander) Muhammad Ali [id] (2004–2006)[28]
  • Mejar Laut Wirawan Ady Prasetya [id] (2013 – 16 Mei 2014[29])
  • Mejar Laut Harry Setyawan (16 Mei 2014[29] – 8 Disember 2015[30]) (hilang pada 2021)
  • Leftenan Kolonel Laut (Komander) Widya Poerwandanu (8 Disember 2015[30] – 29 September 2016[31])
  • Leftenan Kolonel Laut Ahmad Noer Taufik (29 September 2016[31] – 2 Disember 2016[32])
  • Leftenan Kolonel Laut Yulius Azz Zaenal (2 Disember 2016[32] – 20 Februari 2019[33])
  • Leftenan Kolonel Laut Ansori (20 Februari 2019[33] – 3 April 2020[34])
  • Leftenan Kolonel Laut Heri Oktavian (3 April 2020[34] – kini) (hilang pada 2021)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Saunders, Stephen, penyunting (2009). Jane's Fighting Ships 2009-2010. Jane's Information Group. m/s. 353. ISBN 9780710628886.
  2. ^ a b c d Pratama, Aprilandika (21 April 2021). "Daftar 53 Awak Kapal Selam KRI Nanggala yang Tenggelam di Bali". Kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-04-21.
  3. ^ Rahmat, Ridzwan (21 April 2021). "Indonesian Navy submarine missing in Bali Sea". Janes. Dicapai pada 21 April 2021.
  4. ^ Pattisina, Edna C; Puttranto, Angger (21 April 2021). "Kapal Selam KRI Nanggala-402 Hilang di Utara Bali". kompas.id. Dicapai pada 21 April 2021.
  5. ^ Yahya, Achmad Nasrudin (2021-04-22). "Komunikasi dengan KRI Nanggala-402 Masih Lancar hingga Tahap Penggenangan Torpedo, lalu Hilang Ketika Akan Diberi Otoritas". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-04-22.
  6. ^ "Indonesian navy checking on submarine after failure to report back from exercise". Reuters. 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  7. ^ Rahmat, Ridzwan (21 April 2021). "Indonesian Navy submarine missing in Bali Sea". Janes. Dicapai pada 21 April 2021.
  8. ^ Achmad Nasrudin Yahya, 'Sebelum Hilang, Kapal Selam KRI Nanggala-402 Diduga Sempat Alami Black Out' [Before Disappearing, Indonesian National Submarine Naggala-402 Believed to have had a Black Out], Kompas.com, 22 April 2021.
  9. ^ Kadafi, Moh (2021-04-22). "Oksigen di KRI Nanggala-402 Hilang di Perairan Bali Hanya Bertahan 3 Hari". merdeka.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-22.
  10. ^ Yahya, Achmad Nasrudin (2021-04-22). "TNI AL Pastikan Stok Oksigen Aman Bagi 53 Personel Kapal Selam KRI Nanggala-402". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-04-22.
  11. ^ "Indonesian Navy submarine missing in Bali Sea". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-22.
  12. ^ "Indonesian submarine KRI Nanggala goes missing during torpedo firing drill". Defense Brief (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  13. ^ "Indonesian navy checking on submarine after failure to report back from exercise". Reuters. 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  14. ^ "Indonesia searching for 53 crew aboard missing submarine, seeks Australia, Singapore help". Reuters. 2021-04-21. Dicapai pada 2021-04-23.
  15. ^ Fanani, Ardian. "6 KRI Ada di Banyuwangi Cari Kapal Selam Nanggala-402 yang Hilang". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-04-22.
  16. ^ Jamaluddin, Masrur. "Indonesian Navy searches for missing submarine with 53 people on board". CNN. Dicapai pada 2021-04-22.
  17. ^ "Search for missing Indonesian submarine finds oil spill | Reuters". archive.is. 2021-04-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-21. Dicapai pada 2021-04-21.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  18. ^ "Vessels from Singapore and Malaysia to assist in search for missing Indonesian submarine". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-22.
  19. ^ SpokespersonNavy [@indiannavy] (2021-04-22). "#IndianNavy's Deep Submergence Rescue Vessel (DSRV) departed from #Visakhapatnam to support #IndonesianNavy in Search & Rescue efforts for #KRINanggala. In this moment of crisis our prayers are with the @_TNIAL_, our brothers in arms onboard #KRINanggala & their families file[camera emoji]" (Twit) – melalui Twitter.
  20. ^ Anshori, Yuddy Cahya Budiman, Sultan (2021-04-23). "Desperate hunt for missing Indonesian submarine as oxygen set to run out". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 2021-04-23.
  21. ^ Suadnyana, Sui. "Bantuan LN Pencari KRI Nanggala-402: MV Swift-Pesawat Poseidon". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 2021-04-23.
  22. ^ Hodge, Amanda (23 April 2021). "Australian warships join submarine search; oxygen to run out in hours". www.theaustralian.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 2021-04-23.
  23. ^ Renuki H., Rendy (22 April 2021). "10 Negara Siap Bantu Pencarian Kapal Selam KRI Nanggala 402". Medcom (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  24. ^ Post, The Jakarta. "Indonesian Navy says missing KRI Nanggala 402 sank". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-24.
  25. ^ Beech, Hannah; Suhartono, Muktita (24 April 2021). "Debris From Indonesian Submarine Is Found, Ending Hopes of Rescue". The New York Times. Dicapai pada 24 April 2021.
  26. ^ Suadnyana, Sui. "Kepingan Komponen KRI Nanggala-402 Ditemukan, Diduga Ada Keretakan". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-04-24.
  27. ^ Rompies, Chris Barrett, Karuni (24 April 2021). "Indonesian submarine declared sunk after debris found". The Sydney Morning Herald.
  28. ^ "Laksma TNI Muhammad Ali, S.E., M.M., Gubernur AAL Yang Baru". Tentara Nasional Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 18 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 22 April 2021.
  29. ^ a b "Jabatan Komandan KRI Nanggala-402 Diserahterimakan". Tentara Nasional Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 19 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  30. ^ a b "Dua Kapal Selam TNI AL Berganti Komandan | WEBSITE TENTARA NASIONAL INDONESIA". Tentara Nasional Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 9 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  31. ^ a b "Komandan Kapal Selam Jajaran Koarmatim Berganti Tugas". Tentara Nasional Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 29 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  32. ^ a b "Jabatan Komandan KRI Nanggala-402 Diserahterimakan". Tentara Nasional Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 5 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  33. ^ a b "Sertijab Komandan KRI Nanggala-402 – ANTARA News Jawa Timur". Antara News. 20 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  34. ^ a b "Tongkat Komando Komandan Sekolah Awak Kapal Selam Beralih". Tentara Nasional Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 3 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.

Pautan luar sunting