KRI Nuku (373) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda korvet.

KRI Nuku milik Indonesia ini merupakan kapal peronda korvet generasi moden kelas Type 133.1 yang terbaru menyertai tentera laut Indonesia. Kapal peronda KRI Nuku memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan sebagai kapal anti-kapal selam.

Kapal peronda korvet ini dibina oleh VEB Peenwerft, Wolgast, Jerman Timur pada tahun 1981 sebagai Warent 224, yang digunakan seketika oleh tentera laut Jerman Barat. Pihak Indonesia membelinya pada 1992. Ia dibina khusus sebagai kapal anti-kapal selam tetapi boleh berperanan untuk tujuan meronda. Ia boleh dikendalikan oleh 20 hingga 59 orang anak kapal.

Kapal lain dalam kelas yang sama termasuk KRI Kapitan Patimura, KRI Unting Suropati, KRI Lambung Mangkurat, KRI Tjut Nya Dhien, KRI Sultan Thaha Syaifuddin, KRI Sutanto, KRI Sutedi Senpoputra, KRI Wiratno, KRI Memet Sastrawiria, KRI Tjiptadi, KRI Hasan Basri, KRI Iman Bonjol, KRI Pati Unus, KRI Teuku Umar, dan KRI Silas Papare. Kesemuanya berupaya berperanan bagi pertempuran dibawah permukaan laut (anti-submarine warfare).

KRI Nuku bersaiz 75.2 meter x 9.78 meter x 2.65 meter/ (246.7 x 32.1 x 8.7 kaki). Berat penuh berisi sekitar 900 tan.

Persenjataan sunting

Torpedo sunting

KRI Nuku dilengkapi dengan empat tiub pelancar torpedo 15.7 inci.

Peluru berpandu sunting

Sistem pertahanan udara adalah dua pelancar peluru berpandu SA-N-5, peluru berpandu darat-ke-udara yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan 2 RBU-6000 bagi peranan anti-kapal selam (ASW RL) dan juga mempunyai 2 para (Deep Charge).

Meriam sunting

Meriam utama kapal perang KRI Nuku yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam berkembar 57mm/70 caliber DP. Kapal peronda ini juga dilengkapi dengan satu mesingan 30 mm berkembar pelbagai guna.

Penangkis tindak balas sunting

Pelancar umpan PK-16 decol RL yang dilancarkan dalam mod ganggu (distraction) atau menawan (seduction) bagi mengaburi peluru berpandu musuh. Selain itu ia turut mempunyai sistem pemintas Watch Dog intercept.

Pengesan sunting

Radar penerima amaran kapal ini adalah MR-302/Strut Curve bagi carian permukaan dan udara yang bersepadu dengan sistem tembakan MR-123 Vympel/Muff Cob. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas dan meninjau.

Kapal anti-kapal selam (ASW) ini juga dilengkapi dengan sonar aktif berfrekuensi sederhana di badan kapal jenis MG-322T.

Tujahan sunting

Kapal peronda ini mempunyai tiga enjin diesel yang disambung kepada tiga gandar bagi menghasilkan kuasa sebesar 14,250 bhp, dengan kelajuan beroperasi 25 batu nautikal. Mempunyai jarak rondaan sejauh 950 batu pada kelajuan 12 knot.