KRI Tongkak (652) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina oleh Lurssen, Vegesack, Jerman dan dipasang oleh P.T. PAL SY, Surabaya di Indonesia. Dilancarkan pada 1989, KRI Tongkak merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya.

KRI Tongkak mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai dan diperlengkap untuk perang anti kapal selam.

Kapal KRI Tongkak sepanjang 58.1 meter; 7.62 meter x 2.75 meter (190.6 kaki panjang x 25 kaki x 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Tongkak mempunyai seseran 423 tan panjang.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.

Torpedo sunting

2 tiub torpedo 21 inci berkembar.

Meriam sunting

Meriam utama kapal perang KRI Tongkak yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal Bofor 57 mm/70 kaliber yang mampu memuntahkan 200 biji/minit pada jarak 17 km ( 9.3 batu nautikal) menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Berat termasuk sarung "weight to shell" 2.4 kg.

Terdapat juga satu mesingan 40 mm dan dua mesingan 20 mm.

Penangkis langkah balas sunting

Sonar: PHS-32 hull mounted MF EW: DR-2000 S3 intercept, Dagie decoy RL

KRI Tongkak dilengkapi dengan sistem pemintas EW: DR-2000 S3 dengan sistem pelancar umpan chaff Dagie decoy RL.

Pengesan sunting

KRI Tongkak memiliki sonar pengesan pada badan kapal PHS-32 ('ML').

Tujahan sunting

Kapal KRI Tongkak mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan kelajuan 27.25 knot.