KRI Warakas (816) adalah kapal perang milik tentera laut Indonesia yang dilancarkan pada tahun 2004.

KRI Warakas adalah kapal perang jenis bot peronda pantas yang dibina sendiri di Fasilitas Pemeliharaan dan Perbaikan TNI-AL. KRI Warakas adalah sepanjang 36 meter.

Pelancaran dan penauliahan kapal perang tersebut dilakukan oleh Kepala Staf TNI-AL, Laksamana TNI Bernard K Sondakh di dermaga Komando Lintas Laut Militer TNI-AL, Jakarta.

KRI Warakas (816) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis bot peronda pantas yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Warakas memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Warakas dibina oleh Kemudahan Pemulihan dan Pembaikian tentera laut Indonesia Fasharkan, Jakarta.

Kapal peronda ini yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Boa, KRI Welang, KRI Suluh Pari, KRI Katon, KRI Sanca, KRI Warakas, KRI Tedong Naga, KRI Panana, KRI Kalakae.

KRI Warakas dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

TORPEDO sunting

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU sunting

Tiada maklumat

MERIAM sunting

KRI Warakas yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan sepucuk meriam ringan meriam Oerlikon 20 mm/70 yang mampu memuntahkan 250 - 320 biji peluru seminit. Jarak berkesannya adalah sejauh 4.3 kilometer dengan berat peluru .1 kilogram.

Meriam Oerlikon 20 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar. Selain itu ia merupakan senjata bagi menentang kapal-kapal kecil (terbatas).

Selain itu ia juga dilengkapi dengan 1 - 2 pucuk mesingan 12.7 mm sebagai senjata sampingan.


PENANGKIS "COUNTERMEASURES" sunting

Tiada maklumat

PENGESAN sunting

Tiada maklumat

TUJAHAN sunting

KRI Warakas mampu bergerak pada kelajuan 31 knot.

Pautan luar sunting