KV62 ialah makam Tutankhamun di Lembah Raja-raja di Mesir yang menjadi masyhur kerana harta karun yang terkandung di dalamnya.[1] Makam ini dijumpa dalam tahun 1922 oleh Howard Carter, terletak di bawah runtuhan pondok-pondok pekerja dalam Zaman Ramesses; ini menerangkan mengapa makam ini terselamat daripada kerosakan makam yang dilakukan semasa zaman itu. "KV" ialah singkatan buat Valley of the Kings (Lembah Raja-raja), disusuli nombor yang menetapkan makam-makam individu di Lembah.

Hiasan dinding di dalam ruang makam KV62 lebih sederhana berbanding dengan makam-makan diraja lain di Lembah Raja-raja.

Rujukan sunting

  1. ^ "Tutankhamun". University College London. Dicapai pada 2007-06-10.