Kawasaki Kisen Kaisha, Ltd. (bahasa Jepun : 川崎汽船株式会社 - Kawasaki Kisen Kabushiki-gaisha) atau K Line ialah sebuah syarikat perkapalan Jepun. Ia memiliki armada kapal dagang yang besar terdiri daripada kapal kontena, kapal kargo pukal, kapal pembawa gas, Kapal RO-RO dan kapal tangki. Ia merupakan syarikat perkapalan ke-11 terbesar di dunia.

Kontena K Line di atas sebuah trak.

Syarikat ini diasaskan pada 5 April 1919 dan aktiviti perniagaannya merangkumi pelbagai sektor seperti pengangkutan marin, agensi insurans, pergudangan, dan semua jenis pengangkutan dalam pengangkutan antara mod yang melibatkan air, darat dan udara.

Pautan luar sunting