Ka (kana)


, dalam hiragana, atau dalam katakana, ialah salah satu kana Jepun, yang mewakili satu mora. Kedua-duanya mewakili [ka]. Bentuk kedua-dua kana ini berasal daripada 加.

Japanese Hiragana kyokashotai KA.svg
Hiragana
Japanese Katakana KA.png
Katakana
Transliterasi: ka
Hiragana Man'yōgana:
Katakana Man'yōgana:
Unicode: U+304B, U+30AB
kana - gojūon
n wa ra ya ma ha na ta sa ka a
tsu wi ri mi hi ni chi shi ki i
ru yu mu fu nu tsu su ku u
we re me he ne te se ke e
wo ro yo mo ho no to so ko o

Aksara ini boleh digabungkan dengan dakuten, untuk membentuk が dalam hiragana, ガ dalam katakana, dan ga dalam perumian Hepburn. Nilai fonetik bagi aksara yang telah diubah suai ialah [gɑ] pada kedudukan permulaan, dan berubah antara [ŋa] dan [ɣa] di pertengahan perkataan.

Handakuten (゜) tidak digunakan bersama ka dalam teks Jepun normal, namun ia boleh digunakan oleh ahli bahasa untuk menandakan sebutan sengau [ŋa].

か adalah partikel pertanyaan yang paling sering digunakan. Ia juga kadang kala digunakan untuk membataskan pilihan.

が digunakan untuk menandakan tumpuan perhatian pada sebaris ayat, terutamanya kepada subjek tatabahasa.

Bentuk Rōmaji Hiragana Katakana
Normal k-
(か行 ka-gyō)
ka
kaa
, kah
かあ, かぁ
かー
カア, カァ
カー
Dakuten tambahan g-
(が行 ga-gyō)
ga
gaa
, gah
があ, がぁ
がー
ガア, ガァ
ガー

Susunan lejangSunting

Hiragana か terbina oleh tiga lejang:

  1. Satu garis melintang yang berpusing dan mati pada cangkuk yang menghadap ke kiri.
  2. Satu garis lengkung menegak yang memotong garis pertama.
  3. Satu garis lengkung kecil di sebelah kanan.

Katakana カ terbina oleh dua lejang:

  1. Satu garis melintang yang berpusing dan mati pada cangkuk yang menghadap ke kiri.
  2. Satu garis lengkung menegak yang memotong garis pertama.

Perwakilan berkomunikasi lainSunting

Carilah , , , dalam Wiktionary, kamus bebas.

Braille Jepun, か atau カ diwakilkan sebagai:

●-
--
-●

Kod Wabun untuk か, atau カ, ialah ・-・・.