Kabali ialah filem mob gangster Bahasa Tamil dari India. Kabali ialah filem ke-159 Rajinikanth arahan Pa. Ranjith yang memaparkan kisah kehidupan sebenar kumpulan penjenayah (Don) di India. Radhika Apte, John Vijay, Kishore, Rithvika, Kalaiyarasan, Dhansika, dan Dinesh Ravi memainkan peranan sokongan. Selain itu, beberapa artis tem­pat­an Malaysia yang terkenal seperti Rosyam Nor, Norman Hakim, Yank Kassim dan Zack Taipan 7 turut memegang watak penting dalam filem tersebut. Filem ini juga dialih suara kepada bahasa Melayu[1]. Penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia, Bangkok dan Hong Kong.[2][3][4] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai 2016 dan 29 Julai 2016 dalam versi bahasa Melayu.

Kabali
PengarahPa. Ranjith
PenulisPa. Ranjith
Dihasilkan olehS. Thanu
Dibintangi
SinematografiG. Murali
Disunting olehPraveen K. L.
Muzik olehSanthosh Narayanan
Syarikat
penerbitan
V Creations
Diedarkan oleh
  • Gemini Film Circuit (India)
  • Le Grand Rex (Perancis)
  • Malik Stream Corporations (Malaysia dan Singapura)
Tarikh tayangan
  • 21 Julai 2016 (2016-07-21) (Malaysia)
Masa tayangan
151 minit
NegaraIndia
BahasaTamil
BajetMYR60 juta(100 kror)
Pecah panggungMYR372 juta(612 kror)

Beberapa laman web tempatan juga sudah mula memberi ulasan mengenai filem Kabali. Antaranya, cinema.com.my, Mrsjamal.com, dan sebagainya. Kabali telah menjadi filem kedua terbesar di India dalam kutipan. Kabali ialah filem pertama bahasa Tamil di yang telah mengutip 600 kror.

Pelakon sunting

  • Rajinikanth sebagai Kabalishwaran aka Kabali
  • Radhika Apte sebagai Kumudhavalli Kabaliswan
  • Sai Dhansikha sebagai Yogitha Kabaleeswaran
  • Winston Chao sebagai Tony Lee
  • Kishore sebagai Veerasekaran
  • Dinesh sebagai Jeeva
  • Kalaiyarasan sebagai Tamizh Kumaran
  • John Vijay sebagai Ameer
  • Nassar sebagai Tamizh Nesan
  • Riythvika sebagai Meena
  • Sangili Murugan sebagai Pemilik Istana
  • Rosyam Nor sebagai Kumpulan Samseng Geng 43
  • Charles Vinoth sebagai Tamizh Maaran
  • Mime Gopi sebagai Loganathan
  • R. Amarendran sebagai Velu/Venu
  • Lijeesh sebagai Seeni
  • Vanessa Cruez sebagai Singari
  • Visvanth sebagai Jai
  • Hari Krishnan sebagai Tiger
  • Gajaraj sebagai Marthandam
  • Sampath Ram sebagai Sampath
  • Rama sebagai Mallika
  • Uday Mahesh sebagai Durai
  • Gabriella Sellus
  • Nandakumar sebagai Anbu
  • Ramesh Thilak sebagai Tamil Malaysia
  • Soundarya Bala Nandakumar sebagai Penyanyi Pub
  • Darkey sebagai penyanyi
  • Norman Hakim sebagai Orang Kanan
  • Yank Kassim sebagai Samseng Malaysia I
  • Zack Taipan sebagai Samseng Malaysia II

Produksi sunting

Perkembangan sunting

Pada bulan Jun 2015, Pengarah Pa. Ranjith mengumumkan usaha ketiganya sutradara bersama Rajnikanth melalui Twitter. Dalam temu bual dengan IndiaGlitz, penerbit S. Thanu mendedahkan bahawa Rajinikanth sendiri telah meminta beliau untuk menerbitkan filem Kabali ini. Santhosh Narayanan telah disahkan sebagai penggubah muzik filem itu, meneruskan kerjasama dengan Ranjith. Pada mulanya, dua tajuk dicadangkan iaitu, Kaali dan Kannabhiran, tetapi ahkirnya telah dipilih tajuk Kabali.

Pemilihan Pelakon sunting

Pengarah Pa. Ranjith mengumumkan melalui Twitter bahawa filem seterusnya akan dilakonkan oleh Rajnikanth. Kemudiannya, terdapat spekulasi bahawa watak Rajinikanth berdasarkan ketua kongsi gelap yang sebenar dari Chennai.

Penggambaran sunting

Penggambaran filem ini dimulakan di AVM Studio Chennai. Ia kemudianya dilakukan di Malaysia, Bangkok dan Hong Kong .

Kutipan Antarabangsa sunting

Kabali telah mengutip telah sebanyak RM63 juta(AS$16 juta) pada hari pertama. Kabali merupakan kutipan hari pertama terbesar di India. Kabali telah mengutip RM155 juta(AS$40 juta) pada hujung minggu pertama, satu lagi rekod yang merupakan terbesar di India. Selepas empat minggu, Kabali telah mengutip RM181 juta(AS$45.6 juta) di seluruh dunia.

India sunting

Kabali telah mengutip RM45 juta(AS$11.6 juta) pada hari pertama di India. Selepas tiga hari, Kabali telah mengutip RM89 juta(AS$23 juta), RM175 juta(AS$44.8 juta) selepas 28 hari.

Luar India sunting

Kabali telah mengutip RM28.5 juta(AS$6.4 juta) pada hari pertama di rantau antarabangsa. Di Malaysia, Kabali telah mengutip RM6.7 juta(AS$1.5 juta) pada hari pertama. Di Amerika Syarikat, Kabali telah mengutip RM12 juta(AS$2.7 juta) pada hari pertama. Selepas tiga minggu, Kabali telah mengutip RM114 juta(AS$25.6 juta) di kawasan luar India. Di Malaysia, Kabali telah mengutip lebih daripada RM16.5 juta(AS$3.75 juta). Kabali telah tercatat sebagai kutipan terbesar bagi filem India di Malaysia. Di Amerika Syarikat, Kabali telah mengutip RM21 juta(AS$5.4 juta) dan juga tercatat sebagai kutipan terbesar filem Tamil di sana. Kabali juga merupakan filem India selatan pertama yang mengutip lebih daripada 100 kror di luar India.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/i-kabali-i-dialih-suara-bahasa-melayu-1.192191
  2. ^ "Pa Ranjith's Tamil film with Rajinikanth titled Kabali". Hindustan Times. IANS. 2015-08-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-22. Dicapai pada 2015-08-22.
  3. ^ "Rajinikanth's next film is 'Kabali'". The Hindu. IANS. 2015-08-17. Dicapai pada 2015-08-22.
  4. ^ "Rajinikanth's 159th film titled 'Kabali'". The Indian Express. 2015-08-17. Dicapai pada 2015-08-22.

Pautan luar sunting