Kabinet Muhyiddin Yassin

kabinet kerajaan Malaysia bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin
(Dilencongkan dari Kabinet Malaysia 2020)


Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Muhyiddin telah dibentuk pada 10 Mac 2020, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020 lalu.

Kabinet Malaysia 2020
Flag of Malaysia.svg
Kabinet Malaysia ke-21
2020–kini
TSMY Menteri Dalam Negeri.jpg
Tarikh dibentuk1 Mac 2020
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraAl-Sultan Abdullah
Ketua kerajaanTan Sri Muhyiddin Yassin
No. menteri32
Ahli parti
Status dalam badan perundanganKerajaan majoriti gabungan
Parti pembangkang
Ketua pembangkangAnwar Ibrahim
Sejarah
Istilah perundanganParlimen Malaysia ke-14
PendahuluKabinet Mahathir ketujuh

SejarahSunting

Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.[1] Ini bermakna pengakhiran kabinet Mahathir ketujuh, di mana Muhyiddin merupakan Menteri Dalam Negeri. Berikutan penarikan diri BERSATU daripada gabungan Pakatan Harapan (PH)[2] juga pemecatan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memulakan "Langkah Sheraton"[3] dan peletakan jawatan sembilan ahli parlimen lain dari PKR yang setia kepada Azmin[4], gabungan pemerintahan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menyebabkan parlimen tergantung. Walau bagaimanapun, atas permintaan Yang di-Pertuan Agong, Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berikutan vakum pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli parlimen ke Istana Negara pada 26 dan 27 Februari. Tujuannya untuk memberi kebenaran kepada setiap ahli parlimen memilih Perdana Menteri baharu. PH mahu Mahathir untuk kembali namun kemudian mencalonkan Anwar Ibrahim kepada jawatan[5] berdasarkan janji Mahathir untuk melepaskan tampuk pentadbiran kepada Anwar sebelum menarik balik pencalonan tersebut sekali lagi.[6] Pengembalian semula Mahathir telah mendapat sokongan dari BERSATU sendiri, BN, PAS, Parti Warisan Sabah (WARISAN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti politik lain yang diwakili di Parlimen. Walau bagaimanapun, BN, PAS dan GPS menentang Parti Tindakan Demokratik (DAP) di gabungan pemerintah, dengan cara yang sama Mahathir menentang pemulangan "kleptokrat dan pengkhianat" yang sama.

Pada 28 Februari, Istana Negara menyatakan bahawa tiada calon Perdana Menteri, sama ada Mahathir, Anwar, Muhyiddin atau Bung Moktar Radin yang mencalonkan diri sendiri, memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, Baginda memberi peluang lagi kepada para pemimpin semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mencadangkan Perdana Menteri yang baharu pada hari berikutnya.

Hasilnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin mempunyai majoriti Dewan Rakyat,[7] kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin di kenyataan istana. Menurut Setiausaha-Agung PAS Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah disokong 114 ahli parlimen mewakili BERSATU, BN, PAS, GBS dan GPS.[8] Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg kemudian mengumumkan bahawa GPS bukanlah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang baru diwujudkan tetapi sebuah parti yang memberi keyakinan dan pembekalan kepada Muhyiddin.

Walaupun dakwaan Mahathir bahawa beliau mendapat sokongan daripada 114 orang ahli parlimen untuk kembali ke jawatan Perdana Menteri pada malam sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.[9]

Pada pagi 9 Mac, Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu. Beliau akan mengumumkan barisan Kabinet itu pada petang hari yang sama selepas mendapat perkenan baginda.[10]

KomposisiSunting

Pada 9 Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan Kabinet dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama di Istana Melawati, Putrajaya.[11][12] Kedudukan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan kerana "tiada keperluan untuk melantik sesiapa". Sebaliknya, Menteri-menteri Kanan akan menggantikan Perdana Menteri apabila ketiadaannya sekiranya keperluan itu berlaku.[13]

Jemaah menteriSunting

Berikut merupakan kandungan kabinet pada 10 Mac 2020:[14]

      PN (14)       BN (11)       GPS (4)       Bebas (2)       PBS (1)

Portfolio Penjawat Parti Kawasan parlimen Penggal mula Penggal tamat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin AP PN (BERSATU) Pagoh 1 Mac 2020 Penyandang
Menteri Kanan Kluster Kewangan dan Ekonomi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Mohamed Azmin Ali AP PN (BERSATU) Gombak 10 Mac 2020
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan, Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob AP BN (UMNO) Bera
Menteri Kanan Kluster Infrastruktur, Menteri Kerja Raya Dato' Sri Fadillah Yusof AP GPS (PBB) Petra Jaya
Menteri Kanan Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia, Menteri Pendidikan Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin PN (BERSATU) Senator
Menteri Kewangan Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Bebas Senator
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato' Sri Mustapa Mohamed AP PN (BERSATU) Jeli
Tugas-tugas Khas Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof AP PN (BERSATU) Alor Gajah
Parlimen dan Undang-undang Dato' Takiyuddin Hassan AP PN (PAS) Kota Bharu
Hal Ehwal Agama Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Bebas Senator
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili AP GBS (PBS) Kota Marudu
Menteri Pengangkutan Dato' Sri Ir. Dr. Wee Ka Siong AP BN (MCA) Ayer Hitam
Menteri Alam Sekitar Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man AP PN (PAS) Kubang Kerian
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan AP BN (MIC) Tapah
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa AP BN (UMNO) Ketereh
Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Mohd Harun AP PN (BERSATU) Titiwangsa
Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Noraini Ahmad AP BN (UMNO) Parit Sulong
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah AP BN (UMNO) Lenggong
Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hamzah Zainudin AP PN (BERSATU) Larut
Menteri Kesihatan Dato' Sri Dr. Adham bin Baba AP BN (UMNO) Tenggara
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee AP PN (BERSATU) Beluran
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad AP PN (BERSATU) Mersing
Menteri Luar Negeri Dato' Seri Hishammuddin Hussein AP BN (UMNO) Sembrong
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi AP GPS (PBB) Kapit
Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Saifuddin Abdullah AP PN (BERSATU) Indera Mahkota
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hajah Zuraida Kamaruddin AP PN (BERSATU) Ampang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Haji Khairy Jamaluddin AP BN (UMNO) Rembau
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar AP GPS (PBB) Santubong
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali AP PN (PAS) Kuala Nerus
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Dato' Sri Nancy Shukri AP GPS (PBB) Batang Sadong
Menteri Perpaduan Negara Dato' Halimah Mohamed Sadique AP BN (UMNO) Kota Tinggi
Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican AP BN (UMNO) Kepala Batas

Timbalan MenteriSunting

Berikut merupakan Timbalan Menteri pada 10 Mac 2020 dan mulai 29 September 2020:

      PN (20)       BN (13)       GPS (4)       Bebas (1)

Portfolio Penjawat Parti Kawasan parlimen Penggal mula Penggal tamat
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Datuk Lim Ban Hong BN (MCA) Senator 10 Mac 2020 Penyandang
Timbalan Menteri Pertahanan Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz AP PN (BERSATU) Tanah Merah
Timbalan Menteri Kerja Raya Dato' Eddin Syazlee Shith AP PN (BERSATU) Kuala Pilah 6 Julai 2020
Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh AP PN (BERSATU) Sri Gading 10 Mac 2020 4 Jun 2020[15]
Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Dr. Mah Hang Soon BN (MCA) Senator Penyandang
Muslimin Yahaya AP PN (BERSATU) Sungai Besar
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abd Rahim Bakri AP PN (BERSATU) Kudat
Mohd Shahar Abdullah AP BN (UMNO) Paya Besar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi Arthur Joseph Kurup AP BN (PBRS) Pensiangan
Tugas-tugas Khas Datin Mastura Mohd Yazid AP BN (UMNO) Kuala Kangsar
Parlimen dan Undang-undang Dato' Shabudin Yahaya AP PN (BERSATU) Tasek Gelugor 6 Julai 2020[16]
Dato' Eddin Syazlee Shith AP PN (BERSATU) Kuala Pilah 10 Mac 2020 6 Julai 2020[17]
Hal Ehwal Agama Ahmad Marzuk Shaary AP PN (PAS) Pengkalan Chepa Penyandang
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Dato' Hanifah Hajar Taib AP GPS (PBB) Mukah
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah AP GPS (PBB) Limbang
Timbalan Menteri Alam Sekitar Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad BN (UMNO) Senator
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim AP PN (PAS) Pendang
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu AP PN (BERSATU) Segamat
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff AP PN (PAS) Rantau Panjang
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Mansor Othman AP PN (BERSATU) Nibong Tebal
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju AP PN (BERSATU) Saratok
Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Ismail Mohamed Said AP BN (UMNO) Kuala Krau
Jonathan Yasin AP PN (BERSATU) Ranau
Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali AP PN (BERSATU) Bagan Serai
Datuk Aaron Ago Dagang AP GPS (PRS) Kanowit
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah AP BN (UMNO) Jasin
Dato' Che Abdullah Mat Nawi AP PN (PAS) Tumpat
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato' Abdul Rahman Mohamad AP BN (UMNO) Lipis
Dato' Henry Sum Agong AP GPS (PBB) Lawas
Timbalan Menteri Luar Negeri Dato' Kamarudin Jaffar AP PN (BERSATU) Bandar Tun Razak
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Rosol Wahid AP PN (BERSATU) Hulu Terengganu
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin AP BN (UMNO) Padang Besar
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Sri Ismail Abd Muttalib AP BN (UMNO) Maran
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim AP PN (PAS) Kuala Terengganu
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin AP PN (BERSATU) Masjid Tanah
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng AP BN (MCA) Tanjung Piai
Willie Mongin AP PN (BERSATU) Puncak Borneo
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Dr. Jeffrey Kitingan AP PN (STAR) Keningau 29 September 2020[18]
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Dato' Sri Ti Lian Ker BN (MCA) Senator 5 Mei 2020 Penyandang
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal PN (BERSATU) Senator 10 Mac 2020

Penasihat-penasihat dan Duta Khas Perdana MenteriSunting

  1. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam) : Tan Sri Dr Jemilah Mahmood[19]
  2. Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri) : YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang AP [20]
  3. Duta Khas Perdana Menteri ke China (Bertaraf Menteri) : YB Dato' Sri Tiong King Sing AP [21]
  4. Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Bertaraf Menteri) : YB Dato' Sri Richard Riot Jaem AP[22]

PerubahanSunting

Di bawah Kabinet ini:


Lihat jugaSunting

Nota & RujukanSunting

  1. ^ Tan, CK (2020-02-25). "Mahathir resignation leaves coalition's campaign promises hanging". Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-01.
  2. ^ Abd Mutalib, Zanariah (2020-02-24). "BERSATU keluar PH". BH Online. Dicapai pada 2020-03-01.
  3. ^ "Azmin, Zuraida dipecat". BH Online. 2020-02-24. Dicapai pada 2020-03-01.
  4. ^ Arifin, Latifah (2020-02-24). "11 Ahli Parlimen PKR keluar parti". BH Online. Dicapai pada 2020-03-01.
  5. ^ Hussain, Hasniza (2020-02-26). "PH sepakat calon Anwar sebagai Perdana Menteri". Sinar Harian. Dicapai pada 2020-03-01.
  6. ^ "Anwar steps aside, endorses Dr Mahathir as PM representing PH coalition". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-29. Dicapai pada 2020-03-01.
  7. ^ "Malaysian king chooses Muhyiddin Yassin over Mahathir to be prime minister". South China Morning Post. 29 February 2020.
  8. ^ "Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong". Sinar Harian. 2020-02-29. Dicapai pada 2020-03-01.
  9. ^ "Muhyiddin Yassin sworn in as Malaysia's new prime minister - Xinhua | English.news.cn". www.xinhuanet.com. Dicapai pada 2020-03-01.
  10. ^ Muhyiddin umum Kabinet 5 petang ini Harian Metro
  11. ^ "Mufti Wilayah Menteri Agama, CEO CIMB Menteri Kewangan". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
  12. ^ "Six new senators sworn in at Dewan Negara | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-03-10.
  13. ^ Mat Ruzki, Rafidah; Sulaiman, Noor Atiqah (2020-03-09). "4 Menteri Kanan ganti TPM". BH Online. Dicapai pada 2020-03-09.
  14. ^ "Senarai penuh Kabinet". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
  15. ^ Meletak jawatan pada 4 Jun 2020.
  16. ^ Perlantikan bagi mengisi kekosongan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang)
  17. ^ Pertukaran portfolio bagi mengisi kekosongan Timbalan Menteri Kerja Raya.
  18. ^ Jeffrey Kitingan letak jawatan Timbalan Menteri kerajaan Persekutuan
  19. ^ "Dr Jemilah appointed PM's special advisor on public health". New Straits Times. 31 Mac 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  20. ^ "Hadi appointed special envoy to Middle East". The Star. 2 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  21. ^ Beliau telah dicalonkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 9 Mac 2020, namun menolaknya, kemudian digantikan oleh Dato' Sri Ti Lian Ker.
  22. ^ Richard Riot dilantik duta khas PM ke Asia Timur, Dicapai pada 14 Mei 2020
  23. ^ Pewujudan MEWA akan membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air dan perkhidmatan air