Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955

kabinet menteri di Malaysia 1955-1957

Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955 merupakan jemaah menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan pada 1 Ogos 1955. Kabinet ini dibentuk semasa British masih lagi menjajah Tanah Melayu. Kabinet ini dibentuk selepas parti Perikatan menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 1955 di seluruh Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.

Kabinet Jemaah Menteri ini masih lagi mengandungi pegawai tinggi British. Kesemua 15 jemaah menteri ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivary pada 4 Ogos 1955 di King's House, Kuala Lumpur setelah Raja-raja Melayu mengesahkannya mengikut Perjanjian Persekutuan. 15 jemaah menteri ini mengangkat sumpah taat setia menjalankan tugas dan akuan rahsia pada 9 Ogos 1955 di hadapan Ketua Hakim Mr. Prethaser.

Kepimpinan kabinet ini dilanjutkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, walaupun terdapat beberapa rombakan dengan penambahan portfolio baharu selepas kemerdekaan. Kabinet ini dibubarkan dengan sebuah pilihan raya umum pertama pascakemerdekaan yang diadakan pada 19 Ogos 1959.

Senarai anggota (1955-1957)

sunting
 
Anggota Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955. Duduk dari kiri: C.J. Thomas (Setiausaha Kewangan), H. S. Lee (Menteri Pengangkutan), Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Donald MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi), D.J. Watherson (Ketua Setiausaha), J.P. Hogan (Peguam Negara), dan Dr. Ismail Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi). Berdiri dari kiri: Bahaman Samsuddin (Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran), O.J. Spencer (Setiausaha Ekonomi), Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian), A.H.P. Humphrey (Setiausaha Pertahanan), Suleiman Abdul Rahman (Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar), V. T. Sambanthan (Menteri Buruh), Sardon Jubir (Menteri Kerjaraya), Leong Yew Koh (Menteri Kesihatan), Ong Yoke Lin (Menteri Perhubungan, Telekom dan Pos), A.S.H. Kemp (Setiausaha Negeri), dan Too Joon Hing (Timbalan Menteri Pelajaran).
Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955-1957[1]
Portfolio Nama Perwakilan
Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj[2] Sungei Muda
Menteri
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Sungei Muda
Menteri Pelajaran Abdul Razak bin Hussain[3] Semantan
Menteri Kesihatan (termasuk portfolio Kebajikan Masyarakat) Leong Yew Koh[4] Ipoh-Menglembu
Kementerian Hasil Bumi (termasuk portfolio Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan) Dr. Ismail Abdul Rahman Johor Timor
Menteri Pengangkutan Kolonel H. S. Lee Lantikan
Menteri Pertanian (termasuk portfolio Perhutanan, Perikanan dan Penempatan Bekas Polis Khas) Aziz Ishak Selangor Barat
Menteri Kerja Raya Sardon Haji Jubir[5] Segamat
Menteri Buruh V. T. Sambanthan[6] Kinta Utara
Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar Suleiman Abdul Rahman Johor Bahru
Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom Ong Yoke Lin Kuala Lumpur Barat
Timbalan Menteri dan Pembantu Menteri
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Bahaman Samsuddin Telok Anson
Timbalan Menteri Pelajaran Too Joon Hing Kinta Selatan
Pembantu Menteri Pertanian dan Kerjasama Mohd Khir Johari Kedah Tengah
Pembantu Menteri Kesihatan Abdul Rahman Talib Pahang Timor
Pembantu Menteri Kerja raya Abdul Khalid Awang Osman Kelantan Selatan
Anggota (Pegawai British)
Setiausaha Kewangan C. J. Thomas
Setiausaha Ekonomi Oscar A. Spencer
Setiausaha Pertahanan A.H.P. Humphrey
Peguam Negara M. J. Hogan
Ketua Setiausaha Negara D. C. Watherston

Senarai anggota selepas kemerdekaan 1957

sunting

Kabinet persekutuan selepas merdeka mengandungi anggota berikut::[7]

Portfolio Pemegang jawatan Party Perwakilan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman UMNO Sungei Muda
Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak Hussein UMNO Semantan
Menteri
Menteri Hal Ehwal Luar Tunku Abdul Rahman UMNO Sungei Muda
Menteri Pelajaran Mohd Khir Johari UMNO Kedah Tengah
Menteri Pertahanan Abdul Razak Hussein UMNO Semantan
Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman Suleiman Abdul Rahman UMNO Johor Bahru
Menteri Kewangan H. S. Lee MCA Nominated
Menteri Hasil Bumi Bahaman Samsudin UMNO Telok Anson
Menteri Pengangkutan Abdul Rahman Talib UMNO Pahang Timor
Menteri Pertanian dan Kerjasama (Koperasi) Abdul Aziz Ishak UMNO Selangor Barat
Menteri Kesihatan V. T. Sambanthan MIC Kinta Utara
Menteri Kerja raya, Pos dan Telekom Sardon Jubir UMNO Segamat
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat Ong Yoke Lin MCA Kuala Lumpur Barat
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Tan Siew Sin MCA Malacca Central

Mesyuarat kabinet pertama pascamerdeka

sunting

Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk pimpinan kerajaan.[8]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Malaysia, National Archives of. (n.d.). 1955 Cabinet Diarkibkan 2016-03-29 di Wayback Machine (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ Merupakan Presiden UMNO
  3. ^ Merupakan Timbalan Presiden UMNO
  4. ^ Merupakan Setiausaha Agung MCA
  5. ^ Merupakan Ketua Pemuda UMNO
  6. ^ Merupakan Presiden MIC
  7. ^ Arkib Negara: Mesyuarat Kali Pertama Kabinet Merdeka (in Malay)
  8. ^ Arkib Negara Malaysia online[pautan mati kekal]

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.