Kabul adalah ibu negara dan bandar terbesar di Afghanistan. Penduduk berjumlah 3 juta orang. Terletak pada 1800 meter dari aras laut di lembah sempat antara pergunungan Hindu Kush dengan Sungai Kabul.

Kabul
کابل
Pemandangan satu seksyen bandar Kabul
Istana PresidenSquare
[[File:|Masjid Abdul Rahman|149px]]Taman Babur
Wazir Akbar KhanHotel Serena
Dari kiri atas ke kanan
Pemandangan satu seksyen bandar Kabul; Istana Presiden; Square; Masjid Abdul Rahman; Taman Babur; Wazir Akbar Khan; Hotel Serena
Kabul is located in Bumi
Kabul
Kabul (Bumi)
Koordinat: 34°32′N 69°10′E / 34.533°N 69.167°E / 34.533; 69.167Koordinat: 34°32′N 69°10′E / 34.533°N 69.167°E / 34.533; 69.167
Negara Afghanistan
WilayahKabul
Bilangan daerah22
Kerajaan
 • Datuk BandarHamdullah Nomani
 • Pemangku Datuk BandarAbdullah Habibzai
 • Ketua PolisAsmatullah Dawlatzai
Keluasan
 • Metropolis275 km2 (106 batu persegi)
 • Metro
425 km2 (164 batu persegi)
Aras
1,791 m (5,876 ft)
Penduduk
 (2015)
 • Metropolis4.6 juta
 • Demonim
Kabuli
 [1]
Zon waktuUTC+4:30 (Afghanistan Standard Time)
Kod kawasan(+93) 20
IklimBSk
Peta Kabul
Muzium Negara Afghanistan
Galeri Negara Afghanistan
Taman Baghi Babur (Taman Babur)
Taman Baghi Bala
Di Tengah Bandar Kabul
Taman Bibi Mahro

Kabul dihubungkan dengan bandar Ghazni, Kandahar, Herat dan Mazari Sharif melalui jalan lingkaran . Kabul boleh dimasuki dari Pakistan di tenggara dan dari Tajikistan di selatan.

Pengeluaran utama Kabul ialah senjata api, kain, perabot dan gula bit. Sejak 1970 Kabul berhadapan dengan perang yang berterusan sehingga mengurangkan aktiviti ekonominya.

Sejarah sunting

Kabul telah berusia 3000 tahun. Ia terletak dalam Laluan Sutera di selatan dan Asia Tengah. Pada 1506 Babur telah membina ibu kota Kabul bagi Empayar Mughal. Pada 1776 pula, Timur Shah Durani telah membina Kabul menjadi sebuah ibu kota moden. Penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik dan pelbagai budaya . Kabul dalam pembinaan semula selepas era peperangan.

Sejarawan menyatakan Kabul telah wujud antara tahun 2000 hingga 1500 sm. Dalam buku Rig Veda yang dikarang sekitar 1700-1100 sm , istilah "Kubhā" merujuk kepada Sungai Kabul yang menjadi petempatan Kabura oleh Achaemenids sekitar 300 sm. Kabul juga berasal dari istilah 'Chabolo'. Menurut bahasa Sanskrit, Kabul berasal dari istilah Kamboj.

Demografi sunting

Penduduknya seramai 2,536,300 pada 2006. Penduduknya mengamalkan agama Islam Sunni terutama keturunan Tajik. Lain-lain mazhab ialah Shiah Hazaras dan Farsiwan. Etnik utama ialah Pashtun yang juga bermazhab Sunni. Minoriti ialah etnik Uzbek yang bercakap bahasa Turki. Lain-lain ialah Sikh, Hindu dan dialek Indo-Arya.


Pengangkutan sunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul menjadi sistem perhubungan ke destinasi luar negara melalui Ariana Afghan Airlines. Lapangan terbang ini sedang diperbesarkan dan dijangka siap pada tahun 2008.

Pengangkutan awam pula merupakan Millie Bus yang memliki 200 bua bas. Teksi berwarna kuning membawa penumpang di sekitar kota Kabul.

Bilangan kereta swasta semakin meningkat . Antaranya kereta Toyota, Land Rover, BMW dan Hyundai.

Perhubungan sunting

Sistem telekomunikasi di Kabul semakin cekap. Perkhidmatan internet turut disediakan.

Rangkaian televisyen disediakan oleh :

  1. Ayna TV
  2. Ariana TV
  3. Khorasan TV (dipancar dari Amerika Syarikat.
  4. Lamar TV
  5. Shamshad TV
  6. Tolo TV
  7. Afghanistan National TV

Kewangan sunting

Bank yang terdapat di Kabul ialah Da Afghanistan Bank, Afghanistan International Bank (managed by the Dutch ING Bank), Standard Chartered Bank, Kabul Bank, Azizi Bank, Punjab National Bank, Habib Bank dan lain-lain.

Pentadbiran sunting

Bandar Kabul terbahagi kepada 15 buah daerah dan terbahagi kepada 18 sektor.

Bandar Kabul terbahagim kepada :

  1. Shahr-e Naw (New City)
  2. Wazir Akbar Khan
  3. Macro Ryans (1, 2, 3 and 4)
  4. Khair Khana (1, 2 and 3)
  5. Klola Pushta and Taimani
  6. Kartey Parwan
  7. Kartey Naw (New Quarter)
  8. Kartey (3 & 4)
  9. Darul-Aman
  10. Chehlstoon
  11. Chendawol
  12. Shahr-e Kohna (Old City of Kabul)
  13. Deh Buri
  14. Bibi Mahroo

Kemudahan awam sunting

  • Taman
    • Bāgh-e Bābur Park (Babur's Gardens)
    • Bāghi Bālā Park
    • Lake Qargha Park
    • Zarnegar Park
    • Shar-e Naw Park
    • Bagh-e Zanana (Women's Park)


  • Perkuburan
    • Mausoleum of Tamim Ansar

Pendidikan sunting

Universiti di Kabul sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Factbook tidak disediakan