Kabung

Spesies tumbuhan

Kabung, enau, atau aren (Inggeris: common sugar palm) ialah spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan India timur. Nama botaninya ialah Arenga pinnata (sin. A. saccharifera).[1]

Kabung
Enau
Pokok kabung.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. pinnata
Nama binomial
Arenga pinnata
Fail:Pokok Kabung.jpg
Anak pokok kabung

Penerangan sunting

Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah kelapa pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Batang pokoknya kukuh berkayu di luar tetapi agak lembut dan berserabut pada terasnya.

Bunga kabung tumbuh berjambak, dengan bunga jantan dan betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan pokok kabung menghasilkan nira yang boleh dijadikan tuak, cuka atau gula.

Buah kabung yang disebut "belolok" atau "beluluk", berjuntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandannya mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah berwarna hijau. Buah ini berbahaya untuk dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.

 
Arenga pinnata di Singapura Istana Park

Kegunaan sunting

Buah sunting

 
Buah kabung atau belolok

Belolok yang masih muda dileraikan dari tandan dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam ditebus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah bersaiz besar. Isi tersebut direbus lagi sampai mengeluarkan tekstur menyamai agar-agar yang liat berwarna putih jernih.[2]

Belolok yang telah diolah ini disebut sebagai "buah kabung" atau "buah kantau",[2] dan "kolang-kaling" di Indonesia.[3] Buah bak agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna. Buah itu dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di beberapa kawasan di Asia Tenggara.[perlu rujukan]

Nira sunting

Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung (atau gula enau). Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.[3] Antara makanan yang popular dengan campuran gula ini adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.

Serat dan daun sunting

Serat kulit batang yang dipanggil "ijuk" boleh diolah untuk dijadikan tali, berus dan penyapu. Lidi ijuk yang disebut "sagar" sesuai dijadikan perkakas tulis. Sagar akan diraut dan dicelupkan di dalam dakwat untuk menulis terutama dalam seni khat.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Uhl, Natalie W. and Dransfield, John (1987) Genera Palmarum – A classification of palms based on the work of Harold E. Moore. Lawrence, Kansas: Allen Press. ISBN 0-935868-30-5 / ISBN 978-0-935868-30-2
  2. ^ a b Balqis Jazimah Zahari (21 Jun 2016). "Buah 'beracun' laris sepanjang Ramadan". Berita Harian. Dicapai pada 2022-03-19.
  3. ^ a b Florido, Helen B.; de Mes, Priscilla B. (2003). "Sugar palm [Arenga pinnata (Wurbm.) Merr.]" (PDF). Research Information Series on Ecosystems (dalam bahasa Inggeris). 15 (2): 1–7.
  4. ^ طالب الخط (13 Januari 2018). "Pena Kaligrafi: Mengenal Kalam Jawi (Java Reed)". Kaligrafi Islam (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-03-19.
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.

Pautan luar sunting