Kacang buah pinggang

Kacang buah pinggang merupakan satu daripada varieti kacang. Kacang ini dinamakan sedemikian kerana bentuk dan warnanya yang menyerupai buah pinggang.

Kacang buah pinggang
Kacang buah pinggang mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 1,393 kJ (333 kcal)
Karbohidrat 60 g
- Gula 2 g
- Serabut diet 15 g
Lemak 1 g
Protein 24 g
Air 12 g
Asid pantotenik (B5) 0.8 mg (16%)
Folat (vit. B9) 394 μg (99%)
Kalsium 143 mg (14%)
Besi 8 mg (62%)
Magnesium 140 mg (39%)
Kalium 1406 mg (30%)
Zink 3 mg (32%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Di India, kacang jenis ini dibuat masak kari. Di Mexico, kacang ini dimakan dengan nasi. Di kawasan selatan Amerika Syarikat terutama New Orleans, Louisiana, kacang buah pinggang dimakan dengan nasi, ia dikenali sebagai red beans and rice.

Sejarah sunting

Kacang ini berasal dari Peru. Diperkenalkan di Eropah dalam abad ke-15 oleh orang Sepanyol. Kemudiannya, ia dibawa oleh pedagang Sepanyol dan Portugis ke benua Afrika dan Asia. Disebabkan kacang ini murah dan mengandungi protin yang baik, maka ia mudah digemari dan dimakan seluruh dunia. Antara pengeluar komersial kacang buah pinggang kering adalah India, China, Indonesia, Brazil dan Amerika Syarikat. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kidney Bean". The World's Healthiest Foods. Dicapai pada 2014-11-28.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.