Kacip adalah sepasang bilah bertaut dan bertangkai yang digunakan untuk membelah kekeras dan buah keras lain seperti buah pinang; malah ia merupakan antara alat utama dalam tepak sirih.[1][2]

Sepasang kacip berhias kepala kuda dari Bali, dalam pameran Tropenmuseum Belanda

Alat ini ditukangkan dari besi dengan ukuran panjang ditetapkan antara 10 hingga 22 sentimeter; pembuatan kacip ini agak sukar dilakukan berbanding menukang keris dan parang di mana kemahiran tinggi dan mendalam diperlukan sehingga ada yang mengambil tempoh setinggi 10 tahun latihan untuk sempurna.[1] Kacip ini boleh dibentuk sama ada secara bersegi ("jantan") mahupun membulat ("betina").[2]

Hulu kacip boleh dihiasi dengan dibentuk menyerupai pelbagai jenis haiwan seperti kuda, gajah, monyet, burung dan kerbau.[3][4]

Kepercayaan sunting

Dalam adat melenggang perut orang Melayu, kacip diletakkan bawah bantal anak kecil yang tidur kerana dipercayai mampu menghalau makhluk halus.[2]

Kacip pernah dipercayai mampu menjauhkan "badi" kucing yang dikatakan mampu merasuk mayat akibat tergeser dengan kucing tersebut lalu badi ini membangunkan mayat; kacip atau barangan besi seumpamanya diletakkan pada bawah tangan mayat yang dlipatkan.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohd Zulkifli Zainuddin (15 Mac 2015). "Mahaguru kacip pinang". Berita Harian.
  2. ^ a b c "Kacip". Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  3. ^ Norliah Md. Zain (16 Jun 2021). "Penggunaan kacip dalam masyarakat Melayu". Pelita Brunei.
  4. ^ Rooney, Dawn F. (1992). Betel Chewing Traditions in South-East Asia. Kuala Lumpur Malaysia: Oxford University Press. m/s. 4, 44. ISBN 0-19-588620-8.
  5. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 6: Magic Rites as affecting the Life of Man". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 398 – melalui Project Gutenberg.