Kacip fatimah
Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila[1]. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.
Kacip fatimah | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Penanaman
suntingKacip fatimah biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh dibiak menggunakan biji benih.
Kegunaan
suntingAir rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.
Ia juga digunakan untuk merawat PCOS.Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) merupakan sejenis penyakit sistem reproduksi wanita akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan. Ia memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.[2]