Kad pintar ialah sejenis kad bersaiz poket yang dipautkan dengan litar bersepadu. Ia diperbuat daripada pelastik, biasanya polvinil klorida (PVC), namun kadang-kadang poliester berasaskan polyetilena tereftalat (polyethylene terephthalate), akrilonitril butadiena stirena atau polikarbonat.

Kad pintar jenis perhubungan mempunyai pad perhubungan yang berbeza, seperti kad SIM ini.
Fail:Carte vitale anonyme.jpg
Carte Vitale, kad pintar yang digunakan bagi insurans kesihatan di Perancis.

Kad pintar boleh digunakan untuk pengenalan, pengesahan, penyimpanan data dan pemprosesan aplikasi.[1] Kad pintar mungkin menyediakan pengesahan keselamatan yang kuat untuk daftar diri tunggal (SSO, single sing-on) dalam pertubuhan-pertubuhan besar.

Faedah sunting

Faedah kad pintar berkaitan secara langsung dengan bilangan maklumat dan aplikasi yang diaturcarakan untuk digunakan pada sesebuah kad. Sebuah kad pintar sentuh atau tanpa sentuh boleh diaturcarakan dengan pelbagai kelayakan perbankan (banking credential), kelayakan perubatan (medical entitlement), kelayakan lesen memandu atau pengangkutan awam, dan sebagainya. Pengesahsahihan berbilang faktor dan hampiran (proximity) boleh dan telah dibenamkan ke dalam kad-kad pintar bagi meningkatkan keselamatan untuk kesemua perkhidmatan pada kad berkenaan. Contohnya, sebuah kad pintar boleh diaturcarakan supaya hanya membenarkan urus niaga tanpa sentu jika ia juga sedang berada dalam jangkauan sebuah peranti lain. Ini dapat meningkatkan lagi keselamatan bagi kad pintar berkenaan.

Rujukan sunting

  1. ^ Multi-application Smart Cards. Cambridge University Press.

Lihat juga sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.