Kadhalil Sodhapuvadhue Yappedi

Kadhalil Sodhapuvadhue Yappedi(Tamil: காதலில் சொதப்புவது எப்படி, English: How To Mess Up In Love) merupakan filem romantik komedi Bahasa Tamil 2012. Ia ditayangkan serantak di seluruh dunia pada 17 Februari 2012. Filem ini berdasarkan sebuah filem pendek yang menjadi terkenal di You Tube.Filem ini mendapat sambutan yang baik di seluruh dunia dan menjadi hit.

Kadhalil Sodhappuvadhu Yeppadi/Love Failure
Ksyi.jpg
Promotional poster
PengarahBalaji Mohan
PenerbitSasikanth Sivaji
Siddharth
Nirav Shah
PenulisBalaji Mohan
Lakon layar olehBalaji Mohan
Dibintangi olehSiddharth
Amala Paul
Muzik olehThaman
SinematografiNirav Shah
Disunting olehT. S. Suresh
Syarikat
penerbitan
Y NOT Studios
Etaki Entertainment
PengedarDil Raju (Telugu Version)
Mula ditayangkan
17 Februari 2012 (2012-02-17)[1]
NegaraTemplat:Film India
BahasaTamil
Telugu

PlotSunting

Arun (Siddharth) dan Parvathi (Amala Paul) memberi wawancara mengenai kisah cinta mereka. Tetapi mereka mula bergaduh sebelum temuduga bermula.Kemudian filem Menggulung semula 5 bulan lebih awal. Arun bertemu Parvathi di kantin kolej.Lama kemudian, mereka menjadi kawan. Ibu Parvathi, Saroja bercerai dengan Akilan suaminya. Parvathi tinggal dengan ibunya. Tetapi sebab mereka bergaduh tidak didedahkan kepada penonoton pada masai ini.Semantara itu, kawan Arun,Vignesh cuba melafazkan cintanya pada Rashmi,pelajar tahun pertama. Tetapi Rashmi memangil Vignesh sebagai abang serta mempekenalkan teman lelakinya.Arun cuba untuk membantu Vignesh bangkit dari kekecewanya. Rakan Arun memangil Arun untuk bercuti di Pondicherry untuk melawat rakanya John. Cathy, teman wanita John mula bercekap dengan mesra dengan Arun dan ia menyebabkan persilisihan faham antara John dan Cathy.Cathy hanya ingin membantu Arun dalam masalal percintaanya dengan Parvathi.Sementara itu Akilan menghampiri Prabhu untuk perceraian. Prabhu yang merupakan bapa Arun menasihati Akilan untuk bersatu kembali dengan Saroja selepas mengetahui bahawa Akilan ialah Bapa Parvathi.Akilan dan Saroja akhirnya bersatu dalam ulang tahun perkhawinan ke-60 datuk dan nenek Parvathi.Manakala Rashmi menyedari bahawa kekasihnya adalah seorang playboy, beliau menyedari ini dan memberitahu ini kepada Vignesh dan menerima cinta sejati. Akhirnya, Parvathi dan Arun juga kembali bersatu selepas satu insiden pergaduhan bodoh di kantin yang sama mereka bertemu sebelum ini.

WatakSunting

  • Siddharth sebagai Arun, Pelajar tahun kedua ECE. Merasakan bahawa hidupnya tiada cabaran jadi mengambil cabaran untuk mencari teman wanitanya
  • Amala Paul sebagai Parvathi, Pelajar kejuruteraan tahun pertama. Jatuh cinta pada Arun dan pada masa yang sama menghadapi masalah keluarga.
  • Ravi Raghavendra sebagai Prabhu, Bapa Arun.Seorang peguam dan sangat rapat dengan anaknya
  • Sri Ranjani sebagai Vasanthi, Emak Arun, seorang surirumah dan mengawal rumahnya sepenuhnya.
  • Suresh sebagai Akilan Venkatesan, Bapa Parvathi, Perniagaan adalah minatnya namun banyak kerugian wang dalam perniagaan dan berpindah jauh dari keluarga
  • Surekha sebagai Saroja, Ibu Parvathi, Bekerja dengan Southern Railways.Tidak suka kepada sikap cuai suaminya dan ingin bercerai.
  • Arjun sebagai Siva, Kawan Arun & Vignesh. Gagal dalam cinta beberapa kali. Oleh kerana pengalaman cintanya dia bertindak sebagai Love Guru kepada rakan-rakanya.
  • Vignes sebagai Vignesh, Kawan siva & Arun. Jatuh cinta dengan pelajar tahun pertama ,Rashmi.
  • Dhanya Balakrishna sebagai Rashmi.Pelajar tahun pertama ECE. Bercinta dengan pelajar tahun akhir ECE,Jayashimha.


Runut BunyiSunting

Kadhalil Sodhappuvadhu Yeppadi/
Love Failure
 
Runut bunyi oleh Thaman
Dikeluarkan pada28 Januari 2012 (2012-01-28)(Telugu version)
29 Januari 2012 (2012-01-29)(Tamil version)
Dirakam pada2012
GenreFilm soundtrack
PenerbitS. Thaman
Tracklist (Tamil version)
No. TajukLirikSinger(s) Masa
1. "Parvathi Parvathi"  Madhan KarkySiddharth 3.24
2. "Azhaipaya Azhaipaya"  Madhan KarkyKarthik, Harini 4.13
3. "Ananda Jaladosam"  Balaji MohanSiddharth 2.08
4. "Thavarugal Unargirom"  Madhan KarkyThaman 4.14
5. "Azhaipaya Azhaipaya - Reprise"  Madhan KarkyKarthik 3.05
Jumlah masa:
16.64

RujukanSunting

  1. ^ Rangarajan, Malathi (2012-02-11). "Goofing up your love life". Chennai, India: The Hindu. Dicapai pada 11 February 2012.