Diagnosis perubatan

(Dilencongkan dari Kaedah diagnosis)

Diagnosis (dari bahasa Greek dia = melalui dan gnosis = pengetahuan) yang boleh didefinisikan sebagai proses menyiasat sesuatu menggunakan pengetahuan yang sedia ada. Diagnosis merupakan proses mengenalpasti penyakit melalui tanda penyakit, simptom dan hasil pelbagai langkah diagnostik. Kesimpulan yang didapati melalui proses ini dikenali sebagai diagnosis. Penggunaan istilah ini biasanya digunakan oleh ahli bidang perubatan, contohnya doktor, ahli biologi dan lain-lain lagi.

Diagnosis perubatan

Istilah "kriteria diagnostik" mengtakrifkan gabungan simptom yang membenarkan doktor memastikan diagnosis sesuatu penyakit yang berkenaan. Penggunaan bahasa ini biasanya hanya digunakan dalam perubatan dan jarang sekali digunakan oleh masyarakat setempat.

Pada dasarnya, seseorang yang menunjukkan gejala-gejala (Simptom) terhadap sesuatu penyakit akan segera berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan. Mereka kemudian akan membuat analisis berdasarkan sejarah perubatan seseorang pesakit atau membuat beberapa ujian mental, fizikal atau kedua-duanya sekali. Selepas mendapat keputusan daripada analisis tersebut, mereka kemudian akan membuat kesimpulan yang tepat dan seterusnya memberikan rawatan.