Kahwin Muda ialah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Chacha Maembong dan Fadlan Hazim.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 22 Ogos 2016 hingga 8 September 2016 menggantikan Marhaban Kome Oi.

Kahwin Muda
Genre
Ditulis olehErma Fatima
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arrai Abdullah
Tempoh siaran19–21 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Ogos 2016 – 8 September 2016

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang impian Syed Rizal (Fadlan Hazim) dan Nilam (Chacha Maembong) yang mahu berkahwin sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Persahabatan yang rapat sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, Rizal dan Nilam sering digelar sebagai Romeo & Juliet. Mereka berdua sudah berjanji untuk berkahwin selepas tamat SPM, jadi mereka tidak sabar menanti untuk tamat zaman persekolahan.

Kedua-dua keluarga tahu akan hubungan baik antara Rizal dan Nilam. Keluarga Rizal terkejut apabila Rizal menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Nilam sebaik habis SPM. Mereka berpendapat bahawa Rizal dan Nilam terlalu muda dan belum bersedia untuk berdikari. Rizal dan Nilam tertekan kerana janji dan impian mereka dihalang.

Rizal menganggap dia adalah pelindung kepada Nilam. Rizal berusaha untuk mencari jalan kerana Nilam mengimpikan sebuah perkahwinan yang mengikut adat dan budaya orang Melayu. Malangnya, Rizal dan Nilam tidak berjaya memujuk orang tua mereka sehingga Rizal membuat keputusan ingin membawa Nilam bernikah di sempadan Golok.

Kedua-dua keluarga menjadi gempar selepas kehilangan Rizal dan Nilam. Akhirnya, mereka bersetuju dengan permintaan Rizal dan Nilam. Puan Sharifah Sapura, nenek kepada Rizal telah meletakkan syarat kerana dia mahu mengajar pasangan muda ini bahawa perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab yang besar.

Mereka tidak akan menyara hidup Rizal dan Nilam selepas mereka berkahwin. Rizal perlu belajar hidup berdikari sepenuhnya. Kegembiraan Rizal dan Nilam apabila berjaya merealisasikan impian untuk berkahwin selepas tamat persekolahan mula dihimpit dengan pelbagai cabaran hidup. Sudah bersediakah pasangan muda ini mengharungi asam garam rumah tangga?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (20 Ogos 2016). "Drama bersiri Kahwin Muda lakonan Fadlan Hazim dan Chacha Maembong". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Ogos 2016.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Kahwin Muda Berikutnya
Marhaban Kome Oi Abang Sado Boleh Beres