Perkahwinan hantu

(Dilencongkan dari Kahwin hantu)

Perkahwinan hantu (Bahasa Cina: 冥婚pinyin: mínghūn; secara harfiahnya "kawhin roh") ialah suatu amalan budaya Cina di mana salah satu atau kedua-dua orang yang dikahwinkan ini telah pun meninggal dunia.[1]:99 Ia masih diamalkan pada zaman ini walaupun tidak begitu sekerap zaman dahulu.[2]

Perkahwinan hantu
Bahasa Cina: 冥婚
Maksud harfiah: "netherworld marriage"

Sebab berkahwin sunting

Perkahwinan sebegini dilakukan dengan beberapa sebab tertentu termasuklah:

  • menyempurnakan hubungan pasangan yang telah bertunangan sebelum salah satu tunang tersebut meninggal dunia,[3]:29
  • memasukkan seorang pemudi sunti dalam sesebuah salasilah keluarga,[1]:82
  • meneruskan nasab keluarga,[3]:29
  • mengelakkan situasi "langkah bendul" - yakni seorang adik tidak boleh kahwin dahulu sebelum abangnya.[3]:29

Persediaan sunting

Mas kahwin sunting

Hantaran mas kahwin sesama kedua-dua keluarga bergantung kepada budi bicara kedua-dua keluarga tersebut; ada hantaran yang diberikan seringkas sampul merah.[1]:98 namun kajian dan pemerhatian yang dilakukan Janice Stockard menunjukkan bahawa pihak pengantin lelaki (tidak kira yang hidup atau mati) perlu memberikan rumah yang boleh dihuni bakal isteri.[1]:98

Upacara sunting

Upacara yang dilakukan lebih kurang sama dengan perkahwinan yang diadakan jika calon pengantin masih hidup, cuma calon yang meninggal dunia akan diwakili patung yang diperbuat daripada kertas, buluh,[4]:71 atau kain.[5]:147 Kedua-dua pengantin ini masih akan berpakaian cantik yang lazim dalam perkahwinan sebegini dan dihiasi barang kemas.[4]:71 Pengantin lelaki hidup yang masih akan berkahwin dengan pasangan pilihan yang telahpun meninggal dunia akan mengenakan sarung tangan hitam berbanding yang putih.[5]:149 Keberadaan pengantin mati juga akan dilambangkan dengan peletakkan papan roh dalam patung mewakili si mati.[5]:147

Ketika majlis kenduri diadakan, pengantin akan ditempatkan di sebuah bilik khas bersama barangan seni kertas berupa perabot, orang gaji dan pakaian yang akan dibakar agar dapat dibawa ke dunia lain untuk kegunaan alam sana.[4]:71

Pengantin yang mati itu sendiri dilayan seakan masih hidup semasa upacara dan majlis dilangsungkan.[6]:151 Papah roh pengatin akan diletakkan dengan papan-papan nenek moyang keluarga setelah habisnya majlis.[5]:148

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Stockard, Janice E. Daughters of the Canton Delta
  2. ^ "一個人的婚禮…女友過世男辦冥婚". 東森新聞. 東森新聞网. 6 November 2015. Dicapai pada 14 February 2016.
  3. ^ a b c Topley, Marjorie. "Ghost Marriages Among the Singapore Chinese"
  4. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Topley, Marjorie 1956 tidak disediakan
  5. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan noteJordan tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Wolf, Arthur P. tidak disediakan
  • Baker, Hugh D. R. Chinese Family and Kinship. New York: Columbia University Press, 1979.
  • As quoted by Baker: Ball, J. Dyer, Things Chinese: or Notes Connected with China, London, 1904.
  • Freedman, Maurice.Family and Kinship in Chinese Society. Stanford, CA: Stanford university Press, 1970.
  • Ikels, Charlotte. "Parental Perspectives on the Significance of Marriage." Journal of Marriage and the Family Vol. 47 No. 2 (May 1985):253-264.
  • Jordan, David K. Gods, Ghosts, and Ancestors: The Folk Religion of a Taiwanese Village. Berkeley, Los Angeles, London: University of California Press, 1972.
  • The Cult of the Dead in a Chinese Village. Stanford, CA: Stanford University Press, 1973.
  • Stockard, Janice E. Daughters of the Canton Delta: Marriage Patterns and Economic Strategies in South China, 1860-1930.Stanford, CA: Stanford University Press, 1989.
  • Topley, Marjorie. "Ghost Marriages Among the Singapore Chinese." Man (Published by the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland) Vol. 55 (Feb., 1955): 29-30.
  • Topley, Marjorie. "Ghost Marriages Among the Singapore Chinese: A Further Note." Man (Published by the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland) Vol. 56 (May, 1956).
  • Wolf, Arthur P. Studies in Chinese Society. Stanford, CA: Stanford University Press, 1978.
  • Wolf, Arthur P., and Chieh-shan Huang. Marriage and Adoption in China, 1845-1945. Stanford, CA: Stanford University Press, 1980.

Pautan luar sunting