Kak Ros (Upin & Ipin)

watak cereka

Ros lahir di Selangor, 27 Mac 1995; umur 25 tahun) ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin, dan cucu kepada Opah. Upin, Ipin dan kawan-kawan yang sebaya dengan mereka semua memanggilnya Kak Ros.

Nur Roselia binti Abdul Salam
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Ezdiani Ahmad Fauwzi (musim 1)
Ida Shaheera (musim 2-7)
Sheila (musim 7)
Neysa (musim 8-kini)
Balqis Fadhullah Lee (Geng: Pengembaraan Bermula)
Informasi
Nama panggilanRos
GelaranKak Ros
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
PekerjaanMurid Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Durian Runtuh
KeluargaUpin (adik lelaki)
Ipin (adik lelaki)
Opah (nenek)
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

RupaSunting

Ros ialah seorang gadis remaja yang belajar di sekolah menengah. Di rumah, Ros sentiasa memakai baju kurung. Tetapi pemakaiannya berubah sejak beberapa musim terbaru; dia kelihatan berpakaian baju berlengan panjang berwarna merah jambu keunguan dan berseluar seakan seluar sukan yang panjang. Dia hanya bertudung jika sewaktu hari bersekolah, atau berhari raya.

PerwatakanSunting

Ros bersikap tegas terhadap adik-adiknya, dan sering memarahi Upin dan Ipin sesekali dia mendapati mereka bernakal. Kadang-kadang sikap tegas terhadap adik-adiknya itu ditegur oleh Opah yang lebih berlembut dengan adik-beradik kembar itu. Sungguhpun demikian, Ros tetap menyayangi Upin dan Ipin walau apapun.