Kak Yong

adalah pengacara rancangan radio RTM bertajuk 'Permintaan Apa itu'

Kak Yong atau 'Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir' adalah pengacara rancangan radio RTM bertajuk 'Permintaan Apa itu'.Beliau kerabat diraja Negeri Sembilan. Beliau mula menjadi ahli keluarga RTM pada tahun 1977 sebagai pekerja sementara dan tetap sebelum mengambil keputusan berhenti pada tahun 2002.

Rancangan 'Pemintaan Apa Itu' disiarkan selama setengah jam, setiap pagi Sabtu, 9.30 pagi akan ke udara sejak 1977 hingga 2002. Rancangan itu mendapat ilham dari Noramin. Rancangan itu dimulakan oleh Noramin yang dikenal sebagai Busu Noramin. Mereka bergandingan selama empat tahun dari 1977 hingga 1980.

Kak Yong, anak sulung daripada empat beradik dan merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Lagu yang dipopularkan ialah Sakit Gigi nyanyian Indra Shahril, Kain Pelikat (Anuar Zain dan Ellina) dan lagu-lagu nyanyian Andrian, Siti Musliha serta Gadis Melayu nyanyian Othman Hamzah.


Pada 1980, Noramin bekerja di rdio NHK Jepun selama empat tahun. Jadi Kak Yong diganding dengan Abang Chik@ Zainal Abas dan masa ditambah selama 45 minit. Tahun 1985, Kak Yong diganding pula dengan Abang Bull@ Hasbullah Awang. Konsepnya lebih ceria dan very friendly. Selain surat menyurat, kami mengundang tetamu ke studio terdiri daripada personaliti untuk segmen soal jawab.

Kak Yong diganding pula dengan Abang Salleh Abdul Rahman selama tiga tahun mulai 1989.Pada 1992, Kak Yong ditugaskan bersendirian. Beliau menjemput tetamu undangan seperti pemain boling negara, Shazlin Zulkifli dan artis seperti Syafinaz dan Kristal.

Hos kanak-kanak turut dijemput iaitu Adibah Ali Rahman,9, dan Nor meirysha Nurol Ashikin, 9, dengan Kak Yong sebagai anchor.

Keluarga sunting

Kak Yong pernah berkahwin dengan Sherkawi Jirim pada September 1978 hingga 1996 tetapi tidak mempunyai anak . Kak Yong pernah mengendalikan rancangan kanak-kanak untuk TV3. [1]

Rujukan sunting